Kecuaian kakitangan hospital semakin menjadi-jadi.
Blog alkerohi sangat prihatin tentang masalah ini. Banyak yang dituliskan di sini, sini, sini, sini, sini dan di sini.
Selagi rakyat Malaysia kurang peka, selagi itu kita akan menjadi rakyat negara miskin sedangkan nilai perkhidmatan yang dibayar kepada kerajaan samada cukai secara langsung atau tidak, adalah tinggi.
Lihat apa kata Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Rosnah Rashid.
RM7 juta dibayar untuk kes kecuaian perubatan
24/07/2009 2:55pm
KUALA LUMPUR 24 Julai - Kerajaan telah membayar pampasan sebanyak RM7 juta kepada pesakit akibat kes kecuaian perubatan di hospital kerajaan sejak 2007 sehingga kini. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, jumlah bayaran pampasan sebanyak itu masih dianggap kecil berbanding negara-negara lain.
Kementerian Kesihatan, katanya, menerima purata aduan kes kecuaian oleh kakitangan perubatannya antara lima hingga lapan kes sebulan dalam tempoh yang sama.
"Kebanyakan kes aduan kecuaian itu terus dibawa ke mahkamah, dan ini sebenarnya menjejaskan kredibiliti dan imej doktor itu, di samping menambahkan beban dan tekanan terhadap pengamal perubatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Penyelesaian Alternatif Pertikaian (ADR) Kecuaian Perubatan 2009 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak di sini hari ini.
Beliau berkata, selain daripada membawa kes itu ke mahkamah, terdapat pilihan lain bagi menyelesaikan isu itu, iaitu melalui ADR yang merangkumi timbang tara, pengantaraan, pendamaian dan perundingan.- BERNAMA
Kerajaan membayar wang rakyat kerana kecuaian kakitangan hospital.
Apakah tindakan yang diambil terhadap kakitangan yang cuai itu. Minta Rosnah nyatakan statistik tindakan terhadap kakitangan yang terlibat.