Tuesday, November 18, 2008

Hospital Sg Petani membahayakan


Walaupun pernah bekerja disatu tempat namun kerana kesibukkan, masing-masing kami jarang berjumpa.

(Gambar :Hiasan sahaja)


Sahabat sekelas saya ketika di ITM itu memberitahu bahawa suaminya telah beberapa kali masuk keluar wad. Suaminya mempunyai masalah jantung. Bukan sahaja Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani Kedah, malah beberapa hospital swasta termasuk Institut Jantung Negara juga pernah dihuninya.

Terbaru apabila muka dan beberapa anggota badan suaminya itu menjadi kebiru-biruan, seperti mahu dijemput ajal, dikejarkan ke HSAH Sg Petani untuk kesekian kalinya.

Olehkerana mempunyai rekod sakit jantung, ECG dilakukan dan pernah ditahan di wad hospital canggih itu. Asyik-asyik ubat penahan sakit diberikan walaupun kesakitannya berulang setiap masa.

Walaupun suami sahabat saya itu memberitahu tidak tahan sakit diabdomen dan dibahagian belakang, pegawai perubatan tidak segan-segan memberikan ubat yang sama.

"Hospital elok. Mesin pengimbas yang canggih. Tetapi mereka malas untuk melakukan pemeriksaan lanjut. Hanya bergantung kepada rekod sedia ada" merungut sahabat saya itu.

Akibat tidak tertahan, suaminya dibawa ke hospital swasta yang terletak jaraknya tidak jauh dari HSAH. Dalam beberapa jam sahaja didiagnosis penyakitnya itu. Suami sahabat itu bukan masalahnya dijantung tetapi ada batu karang dihempedu.

Akhirnya hempedu itu dibuang.

Sekali bawa ke hospital swasta sudah diketahui penyakitnya. Berulang hampir sepuloh kali di HSAH, mungkin keluarga sahabat saya itu boleh membayangkan muka penumpang-penumpang perkhidmatan awam yang kehulu-kehilir di sana tanpa dapat mengurangkan kesakitan orang kesayangannya.

Saya malas nak cerita panjang-panjang cerita hospital kerajaan ini. Biar berapa Menteri Kesihatan , KSU dan Ketua Pengarah menduduki singgahsananya, mentaliti kakitangan hospital kerajaan masih seperti mentaliti kelas ketiga.

Selagi mereka yang seperti ikan busuk dikepala masih dijadikan penumpang di Kementerian Kesihatan, belilah ubat dan alat secanggih manapun, pesakit tetap akan dijadikan mangsa.

Sesuatu perlu dilakukan secara agresif di Kementerian Kesihatan supaya masyarakat di Malaysia dapat diselamatkan.

4 comments:

Anonymous said...

Agaknye samalah dgn Hospital PutraJaya (HPJ) yg serba canggih peralatanya (X-ray terus dilihat di monitor computer) tetapi doktor-doktornya yg tak secanggih peralatan yg ada.

Anak sy pernah kemalangan dan dibawa ke HPK. Doktor (Melayu) bertugas kata kita hanya boleh tunggu dan lihat selama 48jam dan mana-mana hospital pun akan tunggu dan lihat.

Atas usaha pengatua sekolah anak saya, kami bawa dia ke PPUM dan dlm masa 4 jam doktor (India & Cina) memberitahu kami keadaan anak saya dan beberapa operation yg perlu dilakukan terhadap tempurung kepalanya utk mengurangkan tekanan dan kemungkinan membelah abdomennya kerana ada tanda-tanda internal bleeding.

Terima kasih PPUM dan doktor-doktor yg lebih comitted dengan peralatan yg tak secanggih HPJ. Mindset doktor (Melayu) yg complacent inilah yg akan meruntuhkan credibility hospital kerajaan.

Alhamdulillah anak itu kini belajar di KUSZA.

Nani, CHeras

cakapaje said...

Salam Tuan,

Pada saya, terdapat ramai kakitangan kerajaan - di hospital atau jabatan awam - yang rajin, ikhlas, dan mahu melakukan yang terbaik. Malangnya, mereka selalunya 'overworked' dan terasa diri seperti ditindas oleh pihak atasan di mana pihak atasan itu lazimnya naik pangkat kerana pandai mengampu.

Pekerja, mahupun awam atau persendirian,perlukan imbuhan sewajarnya. Imbuhan ini tidak semestinya wang ringgit, tapi pengiktirafan. Sayangnya, banyak pengiktirafan sekarang ini diberi kepada mereka yang tidak atau kurang layak.

Yang lebih penting, ketua jabatan perlulah ikhlas dalam menjalankan tugas, dan ahli politik tidak campur tangan tanpa sebab dalam urusan pentadbiran awam. Terdapat banyak kes di mana pegawai kecewa kerana tugas yang hendak atau telah dilakukan, dipintas oleh pihak atasan yang berada di bawah telunjuk ahli politik.

Rasanya Tuan faham maksud saya tentang siapa ahli politik (ramai) yang dimaksudkan.

AFRAR YUNUS said...

salam nani,
pagi ini di kosmo, dua hospital - kangar dan alor star disaman pesakit.

jika keluarga doktor atau kakitangan HPJ lah yg terlibat dlm kemalangan itu, nescaya digunakan habis kemudahan dan alat yg ada disitu. alhamdulillah, anak itu sihat dan sedang melanjutkan pelajaran di kusza.

ramai kakitangan hospital kerajaan yg menganggap pesakit sebagai - "ah!dah biasa dah kes macam ni" . mereka tidak menganggap, "jika satu pesakit ini dapat diselamatkan, sesungguhnya pahlanya cukup banyak, keluarga pesakit tidak akan kehilangan ahli yg disayangi, imej hospital akan naik" dsb.
semoga keluarga nani diberkati allah.
dan kepada pengkhianat perkhidmatan awam, ada balasannya.

AFRAR YUNUS said...

salam shah,
ampu mengampu sesuatu yg lazim dlm perkhidmatan awam. ketidakadilan dalam kenaikan pangkat, bebanan kerja yg tinggi dsb. itu sebabnya kita cadangkan supaya diwujudkan ombudsman dlm perkhidmatan awam. mana-mana yg tidak puas hati, dibawa ke ombudsman dan dibicarakan.
masyarakat tidak sepatutnya dimangsakan.
selagi politikus di malaysia yg memerintah masih berminda kelas ketiga, selagi itu perubahan sukar dilakukan.