Wednesday, August 5, 2009

Satu Ogos : Siapa menegakkan benang yang basah

Ogos yang pertama telah berlalu. Demonstrasi untuk 'tidak mahukan ISA' telahpun diadakan secara besar-besaran oleh rakyat yang prihatin tentang hak asasi manusia.

Kini semacam ada provokasi baru yang datangnya dari kerajaan dan UMNO supaya mereka yang kerugian akibat peristiwa tersebut, menuntut pampasan dari 'dalang' pencetus kejadian 1 Ogos itu.

Nampaknya Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mempunyai pandangan mereka sendiri terhadap apa yang telah berlaku.

Mereka beranggapan bahawa:

  • Polis telah menyebabkan lalulintas di sekitar ibu negara terjejas teruk dengan mengadakan sekatan jalan raya yang tidak sepatutnya
  • Jaminan GMI kepada kerajaan bahawa semuanya akan berjalan lancar tidak dipedulikan oleh KDN dan polis
  • "Jika polis dan KDN benarkan kita berhimpun secara aman, pasti Kuala Lumpur tidak lumpuh 1 Ogos lalu dan tidak timbul suasana kecoh atau peniaga rugi" kata Dr Hatta Ramli.
  • Polis juga yang mengarahkan peniaga menutup kedai-kedai mereka. Ada berita mengatakan peniaga yang tidak mengikut arahan polis ini telah menerima keuntungan yang berganda hasil jualan mereka
  • Peniaga dan pengguna bertempiaran lari adalah kerana tembakan gas pemedih mata oleh polis dan bukan angkara para demonstrator

Ada pemerhati politik beranggapan, pengalaman lalu jelas membuktikan mana-mana demonstrasi yang diadakan oleh pihak pembangkang di Malaysia akan menjadi kacau bilau jika polis campur tangan.

Apapun, kita tunggu dan lihat pihak mana yang akan memulakan, jika ada, prosiding di mahkamah bagi menegakkan pendirian mereka.

Harap-harap tu, tidak ada yang hendak mengakkan benang yang basah.

1 comment:

Anonymous said...

Memangla..Polis pon menjalankan tugasnya sebagai penjaga keamanan dalam negara. Kerugian kepada peniaga khususnya peniaga Melayu tidak dapat d sangkal lg. Yg bangang Melayu gak dok jd gila d jalanan, yg rugi pun Melayu gak. Bodohla Melayu yg buat tu. Dah le jem jln xigt. Memang bodo tahap cipan la si Cameleon (Anwar) tu. Bukan aku yg kata majalah The Economist yg kata. Gelak aje bangsa Cina, India. Melayu2, xsedar2 diri gak dok kna kuda dgn si Cameleon.