Wednesday, May 16, 2007

2 Badut Parlimen Cari Nahas

GALI DAN KAMBUS SENDIRI

Ahli Parlimen DAP kawasan Batu Gajah, Cik Fong Po Kuan menjadi tumpuan sepanjang minggu ini. Isu si badut dari Kinabatangan, Bung Mokhtar dan si badut dari Jasin, Mohd Said Yusof – pakar tutup mata sebelah , semasa membincangkan kebocoran parlimen, bukan tersilap langkah tetapi sengaja mencari nahas masuk ke topik “ ahli parlimen Batu Gajah pun bocor sebulan sekali”.


Menurut perangkaan tahun 2006, sejumlah 21 ahli parlimen wanita mewakili 13,077.6 juta wanita di Malaysia dan 198 ahli parlimen mewakili 13,562.6 juta lelaki. Wakil wanita di parlimen cuma 9.6% sahaja.


Kes sexual harrassment atau gangguan seksual di tempat kerja seperti yang dilaporkan kepada PDRM pada tahun 2006 adalah 28 oleh majikan dan 40 oleh rakan sekerja. Si badut berdua ini jika dilaporkan adalah dari kalangan rakan sekerja Cik Fong.


Dalam pada itu beberapa NGO semalam meluahkan rasa kecewa dengan tindakan dua badut berkenaan. Mereka melancarkan tunjuk perasaan secara aman di hadapan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat . Mereka juga meminta YB Datuk Shahrizat Bt Abdul Jalil, menteri kementerian berkenaan mengambil tindakan agar si badut berdua memohon maaf.


Ada yang mengatakan mereka berdua tidak pernah mengenal erti 'gender-wanita' dan oleh itu tidak faham makna ibu, isteri, kakak dan puteri.


Jangan tiru sini dan ini sudahlah.

Monday, May 14, 2007

Tun, Tolonglah ! UMNO Berkurap



Nazri Aziz kembali lagi. Bukan sahaja Tun Dr Mahathir menjadi sasarannya, Datuk Mukhriz Mahathir juga cuba dilipatnya sekali. Baginya pandangan dan kritikan bekas orang nombor satu dalam UMNO, dalam BN dan dalam pentadbiran negara selama 22 tahun kini menjejaskan BN. Itukah adat berpolitik ? Atau tanda terimakasih UMNO kepada pemimpinnya ? Bila kucing tidak bergigi, tikus pun berani melompat tinggi.

Adakah ini masej Nazri ? "Tun, janganlah mencampakkan baju, nanti nampak kurap UMNO".

*Doa untuk Tun


Saturday, May 12, 2007

Ibu : Kau Tiada Pendua

Ampunilah Kami


Empat belas tahun yang lalu iaitu pada tahun 1993, ibuku yang sedang uzur tidak dapat bersama kami menunaikan rukun Islam kelima. Ibu menderita menghidap penyakit kencing manis dan lemah jantung. Adakalanya dari Keroh ke hospital Baling, ke hospital Sungai Petani dan selalu juga ke hospital swasta di Pulau Pinang untuk menerima rawatan.


Tanpa ibu siapalah aku


Sambil bersalam ibu memegang erat tanganku. Kelihatan air mata mengalir membasahi pipinya. Seolah-olah enggan melepaskanku pergi. Wajahnya yang layu sejak beberapa tahun yang lalu kadangkala mengembalikan nostalgiaku. Tanpa ibu siapalah aku.


Ibu sepertimana aku tinggalkannya


Pesawat terbang tinggi membelah angkasa . Aku pula cuba mententeramkan diriku - ibu masih mempunyai abangku, adik-adikku, saudara-mara lain malah abbaku juga masih di sisinya.
Dari dalam pesawat ku layangkan kad kepada ummi yang dikasihi. Setelah beberapa hari di Madinah, aku menelefon ibu bertanyakan khabarnya. Sungguh gembira ibu dan juga aku apabila dapat mendengar suara masing-masing. Lebih-lebih lagi aku rasakan ibu masih seperti di kala aku tinggalkannya bersama ucapan salam dan lambaian tempohari. Kad yang ku tuliskan untuk ibu dan keluarga juga telah diterimanya.


Terasa kelainan


Kerap aku menghubungi ibu. Selang sehari dua aku menelefonnya dan bertanyakan khabar keluarga. Rindu kepadanya bukan kepalang. Walaupun baru beberapa hari di luar negara, aku terasa sangat kelainan.


Ibu menunggang kuda putih


Tugasku selesai di bumi anbiya. Di maktab tempat kami tinggal ada jiran dari Perlis, Pulau Pinang dan juga Perak. Masing-masing berehat sementara menanti masuknya waktu solat. Ketika ku lelapkan mata sebentar, aku dapat melihat ibu dalam pakaian serba putih menunggang juga kuda putih yang berjalan secara perlahan-lahan melihat kearah aku. Ibu melambai-lambaikan tangan kepadaku. Aku tertanya-tanya di mana diriku. Rupanya aku bermimpi yang tak pernah adanya selama kurang lebih satu bulan kami di sana.


Aku terkejut digerakkan dari tidur. Kata petugas di situ, ada panggilan telefon dari Malaysia. Aku diminta menunggu di lobi. Hatiku tesentak juga. Siapakah yang sanggup mencari aku sehinggalah ke alamat maktab yang tidak pernah ku khabarkan . Sebelum ini aku yang sering menelefon ke Malaysia. Rupa-rupanya suara itu adalah suara datuk saudaraku. Bertanya khabarku. Sambil itu menasihatkanku bahawa setiap yang hidup pasti akan menemui ajalnya. Kita pewaris sementara bumi perlu menerima hakikat dan meneruskan perjalanan hidup. Manusia dan segala-galanya di dunia ini akan kembali kepada Allah swt. Hatiku seperti dilanda gempa bumi, menjerit, mendahului pemikiranku untuk mengetahui apakah cerita di sebalik kata-kata itu. Semoga tidak ada sesuatu yang ‘tidak kena’.


Aku kaku dan lidahku kelu mendengar nasihat itu. Aku mengharapkan satu noktah segera.


Ibu pergi buat selamanya


Aku diberitahu ibu kembali ke rahmatullah. Innalillahi wainnailaihi rajiun.
Ibu disemadikan sebentar tadi. Segala-galanya telah diuruskan dengan selamat. Tergamam seketika namun, Allah menyanyangi ibu lebih dari kami.


Makkah – penduduk bumimu yang pernah mencerca Rasulullah saw sehingga membuatkan Rasul berhijrah ke Madinah memakukan satu sejarah yang tidak dapat aku lupakan sehingga bila-bila. Makkah, di dadamu ku menangis meluahkan kenangan berlalu bersama dan jasa ibu. Makkah - Haram Shariff menjadi saksi.


Kini, 14 tahun kehidupanku tanpa ibu. Segala-galanya tanpa ibu . Ibu – kau simbol kedewasaan, kejayaan dan kebahgiaan . Kestabilan keluarga , masyarakat dan negara bermula darimu.


Tiada pendua ibu


Aku berpesan kepada diriku dan juga kepada yang masih mempunyai ibu. ‘Ibu’tidak ternilai harganya. Hormat dan taatilah ibu. Ibu tidak dapat dibeli, ibu tidak dapat diganti, persamaan ibu tidak ada pada orang lain. Ibu adalah ibu. Tiada yang boleh menduakannya. Oh ibu , kehilanganmu…


Doa dari anakmu


Semoga Allah swt mencucuri rahmat dan meletakkanmu di syurgaNya bersama orang-orang yang beriman dan solehah. Ibu pada hari esok seluruh dunia meraikan Hari Ibu. Namun bagiku - aku meraikanmu setiap hari dalam doaku……. Ibu, ampunilah kami.

Friday, May 11, 2007

Anwar Ganggu Dan Ajak Kami Di Dalam Penjara

TAK SABAR NAK ...

Beberapa hari yang lalu saya berkesempatan bertandang ke sebuah Jabatan Penjara Malaysia kerana urusan tertentu. Dalam perbualan dengan beberapa pegawai penjara yang pada mulanya agak pendiam menunjukkan reaksi dan sikap mereka terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.


“Semasa dia mula-mula masuk penjara, habis kami semua diganggunya. Bukan setakat diri dia sahaja , kami semua diajaknya. Susah nak jaga dia” kata seorang pegawai kedua tinggi di penjara berkenaan.


Saya mendengar dengan penuh minat. Apa yang diganggunya dan apakah yang diajaknya?


“Masa dulu di penjara ada permainan judi yang dikenali dengan nama loto. Boleh dikata satu penjara gila main judi itu. Tapi bila Anwar masuk dalam dia mula campurtangan. Dia akan datang dan berbisik tentang keburukkan bermain judi itu. Hasil usahanya, sekarang sudah tidak ada lagi permainan judi tersebut di penjara ” kata pegawai penjara yang akan pencen dalam setahun dua lagi.


Waktu masuk solat, dia akan panggil kami semua. Dia akan menjadi imam. Bukan setakat untuk dirinya tetapi untuk kami juga kebaikkan itu” tambah warder di situ.


“Kami puji dia. Jika dia siasat sesuatu perkara mesti sampai ke akar umbi. Baru dia hentam. Dalam penjara pun macam tu juga. Dia akan datang dan kacau kami. Dia suruh kami belajar rajin-rajin supaya cepat naik pangkat. Malah ketika itu dia pernah tolong pilihkan soalan yang dirasakan akan keluar dalam peperiksaan” kata mereka.


Anwar slow-talk


Pernah satu hari banduan hendak mengamuk dan tunjuk perasaan. Anwarlah orang yang dikatakan ‘slow-talk’ dengan mereka dan akhirnya tak jadi. “Anwar ni pandai bicara . Cakapnya boleh dipakai orang” tambah salah seorang dari warder menceritakan pengalaman menjaga dan melayan Anwar yang pertama kalinya disumbat ke dalam penjara akibat peristiwa Baling pada tahun 1974.


“Apa yang mengecewakan, Anwar tak sabar nak jadi PM. Dia cuba kuis Tun Dr Mahathir. Dia gagal melihat apa yang terjadi kepada Musa Hitam” tambah seorang daripada mereka.


Karisma apa yang ada pada Anwar


Saya sempat menjolok soalan kepada mereka. Ada lagikah karisma dan masa depan Anwar dalam pentas politik di Malaysia ?


Seperti berpakat memberikan respon. “Susah nak cari orang macam tu. Pengaruh dia kuat. Gelabah Pak Lah dibuatnya sekarang. Tak naikkan gaji kami macam CUEPACS minta, kita pakat sokong Anwar dalam pilihanraya ini”. Sambil mereka ketawa , “naik gaji pun kita sokong Anwar juga”.


Ke situ pula mereka…..

Tuesday, May 8, 2007

Mengandung Luar Nikah Dan Buang Bayi

“Saya sedang mengandung lapan bulan. Saya perlukan tempat untuk bersalin. Ibu dan bapa dia tahu anak dalam perut saya adalah anak dia. Saya pernah tidur dengan dia di rumah dia. Ketika itu ibu dan bapa dia tidak berkata apa-apa. Sekarang mereka mendakwa, entah anak dalam perut ini anak jantan mana. Saya tidak mahu buat laporan polis kerana kasihankan dia. Dia sedang menjalani latihan (badan beruniform).Malah pegawai di situ beritahu, tak payahlah report, kasihan dia. Nanti saya hantar awak ke JKM. Dia orang ada tempat bersalin” diantara sedutan laporan yang dibuat kepada agensi bekenaan.


Masalah pembuangan bayi samada di kalangan remaja atau orang dewasa bukanlah sesuatu yang perlu disimpatikan. Lain pula kata sesetengah ahli NGO. Ggolongan yang membuang atau memusnahkan bayi adalah mereka yang memerlukan perhatian. “Perhatian” ini diandaikan dan disinonimkan NGO sebagai ‘masih ada yang menyanyang”. Suatu andaian atau kiasan yang tidak masuk akal.


Laporan Khas: JKM sedia lindungi anak tak sah taraf (BH 07.05.07)

Oleh Azrul Affandi Sobry

“Unit khas beri perkhidmatan bergerak bantu selesai masalah ibu terlanjur

MASIH ada yang sayang. Sesungguhnya, masyarakat perlu sedar bahawa masih ada ruang….”


Adakah kerana mereka tidak disayangi sebelum ini lalu ‘termengandung’ untuk disayangi? Atau, adakah kerana mereka di dalam keadaan tertekan, didera, diabaikan dan sebagainya membuatkan mereka mengandung ? Persoalannya, adakah ketika persetubuhan dilakukan dengan keadaan rela atau dipaksa? Adakah ketika persetubuhan dilakukan dalam keadaan susah hati, kecewa, tertekan, dipukul, diterajang dan sebagainya ? Di manakah persetubuhan dilakukan ? Siapakah pasangan tersebut? Bila dilakukan ?


Sumber Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada memaklumkan bahawa agensi tersebut menubuhkan unit membendung gejala membuang bayi. Pada hemat saya ini merupakan taktik ‘testing the market’. Apa tidaknya, mereka sudah lama menjalankan tanggungjawab menyelamatkan kes pembuangan bayi. Ada yang memberitahu sejak JKM ditubuhkan hampir 60 tahun yang lalu.


Sumber JKM juga mengatakan bahawa ‘bakal’ pembuang bayi akan juga dibantu dengan kewangan jika bayi tersebut diserahkan kepada agensi tersebut ? Apakah yang dimaksudkan ?
Malah ramai kakitangan agensi berkenaan dan badan kebajikan sukarela yang mengendalikan kes seumpamanya memberitahu mereka sebenarnya terlibat dalam kes subhah. Seolah-olah menjadikan agensi atau tempat NGO sebagai kilang beranak. Dari dahulu lagi pegawai atasan agensi berkenaan belum dapat menyelesaikan perkara ini. “Itu sebabnya they are testing the market dengan mengatakan bahawa ibu dan bayi akan dilindungi dari dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa” kata En X .


Selama ini pun kes-kes pembuangan dan penderaan ‘diselamatkan’, diberi perlindungan, diberi kaunseling dan sebagainya. Malah dari A sampai Z.


Pelaku persetubuhan samada yang lelaki atau yang perempuan bukanlah mangsa kecuali dilakukan secara paksa. Kes paksaan dikategorikan sebagai kes rogol. Mangsa rogol wajib diselamatkan, diberi perlindungan dan dikaunselingkan.


Jika kes suka sama suka seperti yang sedang berlaku sekarang dibiarkan dan disokong, maka tunggu dan lihatlah , beribu lagi kes-kes baru akan muncul. Perangkaan terbaru mengikut sumber JKM adalah seperti berikut:


“ .. pada 2004 hingga 2006 mencatatkan 145 bayi iaitu 56 bayi lelaki dan 89 bayi perempuan diserahkan kepada JKM dalam keadaan yang masih hidup dan sihat. Tetapi jumlah itu berbeza dengan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mencatatkan 176 kes bayi terbuang dalam tempoh sama, kerana jumlah bayi dicatatkan polis termasuk bayi dijumpai mati”


Ini tidak termasuk yang diserahkan melalui pintu belakang termasuk oleh kakitangan hospital atau pelegar awam yang sering menjadi orang tengah seperti yang berlaku di beberapa hospital baru-baru ini.


Bacalah apa yang diceritakan oleh seorang gadis yang pernah mengandung:


“Kawan lelaki saya membawa saya menaiki motosikal ke rumahnya. Ibu dan bapa dia ada di rumah ketika itu. Saya berjumpa dengan mereka. Saya bermalam disalah sebuah bilik di rumah teman saya itu. Empat kali dia lakukan. Pada mulanya sakit. Dia tak pakai kondom. Tetapi saya tak kisah selepas itu. Esok pagi dia hantar saya balik. Lepas itu kami melakukan lagi beberapa kali termasuk di rumah kawan. Sekarang saya mengandung tujuh bulan. Dia tak mahu saya. Sudah ada perempuan lain”.


Mangsakah gadis ini ? Melakukan persetubuhan secara gembira dan sukarela dengan pengetahuan bakal ibu dan bapa mertuanya ? Masih ada yang tidak menyanyanginya ?


Biasanya yang diselamatkan adalah mangsa. Bukan yang secara sukarela. Perlukah suami isteri yang bersetubuh diselamatkan ? Sisukarelawan bersetubuh tanpa ikatan yang sah adalah pencaci agama dan peruntuh moral bangsanya. Mereka perlu dihukum.


Agensi kerajaan atau badan NGO wajib membantu menyelesaikan kemelut ini. Gadis dan wanita hendaklah diberi perlindungan sehingga lahirnya bayi. Jika susah, bapa bayi perlu dicari melalui kaedah DNA . Selepas itu dakwa mereka berdua di atas kesalahan yang dilakukan . Sesiapa sahaja yang memberikan ruang tempat berlakunya perkara keji itu tidak sepatutnya terlepas dari hukuman.

Barat dan timur mempunyai nilai kemanusiaan yang berbeza. Seorang kawan yang pernah belajar di Amerika memberitahu bagaimana ia melihat adegan ranjang dan persetubuhan dilakukan di bawah tangga bilik kuliah oleh pelajar di sana. Mampukah kita menerima slot ini di sini dengan alasan “masih ada yang sayang”.


Cadangan memberikan insentif oleh agensi seperti ini bukan sahaja penggalak kepada seks luar nikah malah nun di hujung sana sudah kelihatan nilai-nilai keruntuhan peradaban dan tamadun bangsa.


Pelaku melakukan dosa dengan keseronokkan sementara. Kakitangan agensi penyelamat bersubhat memberikan perlindungan dan insentif. Apa kata para mufti ? Testing the market !

Sunday, May 6, 2007

YB Din Merbok - Penasihat

Kalimullah Jadi Penaung Blogger


Hari tu YB Din macam tak suka orang berblog. Lani YB Din suruh blogger buat dua kumpulan pula. Hak profesional satu, hak tak profesional satu. YB Din, YB sihat ka ? YB Din masuk hak mana ? Hari tu YB Din balik Singapura – YB Din kata lain di media. Ni YB Din balik mai dari Peranchis cakap lain pula. Ishh.. takut lupa ka apa.

Ada
satu lagi. Depa kata YB Din sebenak-benaknya bercadang nak jadi penasihat Persatuan blogger Malaysia. Betoika ? Member YB, Kalimullah jadi penaung. Amacam? Depa kata YB Din dok kalut pasai tu gamaknya. Sapa yang nak pegang blog profesional dan sapa yang bukan pro ?.
Depa kata .. sapa kata? Orang kampung Merbok la.. dua-dua tak cukup 'isyarat'.

Saturday, May 5, 2007

Siapa Kata Haram

JOM HEBOH TV3. PERAK TUAN RUMAH

Apa nak buat ? Sekarang nak jadi lagi.

YAB Dato' Tajol Rosli ADUN Pengkalan Hulu @ Keroh . Apa habaq ?

Friday, May 4, 2007

Ramai Yahudi Dibunuh Di Iran


Kejamnya Teokrasi Iran.

Sejak revolusi Iran pada tahun 1979 dan sejak di bawah pemerintahan Mahmoud Ahmadenijad seorang pemimpin yang dikatakan ganas oleh Bush, ramai Yahudi telah dibunuh berbanding kematian yang minima di Afghanistan, Iraq dan Palestin serta tiada kematian di kalangan tentera negara tercanggih di dunia.
'Sumber' berita dari barat.

Wednesday, May 2, 2007

BIJAKNYA PENGUNDI CINA

SEMBANG KEDAI KOPI


“Letak binatang pun boleh menang” marah Najib. “Aku tak fahamlah perangai orang kita ni. Kalau dah mula sembang, ini tak kena itu tak kena. Harga barang naik, tambang naik, rasuah sana-sini, masalah sosiallah, itulah dan macam-macam lagi”.


“Tengok pengundi Cina tang tu. Depa tau pemimpin dulu tak buat kerja. Depa tolak. Depa undi pembangkang. Oghang kita bagi batik sehelai luruh habeh iman dan maruah” menyampok Dolah.


Kata Gopala, “itu Melayu Kelantan pandai. Orang Sabah bijak. Orang India duduk tengah-tengah. Saya hairanlah, macamana ini orang boleh pi pangkah itu juga”.


Tambah Dolah lagi, “macam ni nak jaga kedaulatan negara. Jadi macam askar Iraq dululah. Bagi duit, dijualnya negara Iraq kepada Amerika. Apa dapat sekarang. Padan dengan muka depa”.


“Hampa tak dengak PM suruh parti Cina di bawahnya kaji sebab orang Cina tak undi depa” tanya Najib.


“Tanya apa. Orang Cina dia tak mau kain batik, dia tak mau gula, dia tak mau duit RM50.00, buat apa jalanraya dalam pilihanraya, buat apa elektrik, ayak, buat apa tengok muka wakil depa masa tu. Semua dalam pilihanraya. Awat sebelum tu tak bolehkah?” tegas Dolah dengan suara tinggi.


“Macam ni kalu, biak mampoih semua wakil rakyat satu-satu. Senang orang Melayu. Dapat duit RM50.00 seorang, dapat batik sehelai, gula sekilo, sadin satu tin….. Orang lain dapat akal dan pembangunan” perli Najib.


"Senang ja orang kita ni...nak bagi sedap hati.. serah saja pada qada dan qadar. Puaih.." menyampok tuan punya gerai.


Saya sempat mendengar lebihkurang beginilah perbualan empat orang di sebuah gerai minuman di Permatang Tinggi Pulau Pinang. Saya 'menamakan' mereka untuk memudahkan cerita. Hebat mereka berempat. Perlukah mereka berada di dalam Parlimen ? Bimbang-bimbang mereka juga akan menjadi 'seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul' atau 'bikin tak serupa cakap'.

Tuesday, May 1, 2007

SELAMAT UNTUK PEKERJA


1 MEI 2007

Boleh dikatakan negara-negara hampir di seluruh dunia meraikan 1 Mei sebagai hari pekerja. Gerakkan pekerja melalui kesatuan-kesatuan sekerja telah bermula sejak tahun 1886 lagi. Di Malaysia ia bukan sahaja merupakan hari cuti umum tetapi juga disambut sebagai hari kejayaan pekerja dalam mengangkat martabat mereka yang gigih, berdedikasi dan bekerja secara berpasukan bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti serta produktiviti negara.

Dalam pada itu Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), memohon kepada kerajaan supaya mempertimbangkan kenaikan gaji asas kakitangan awam antara 10 hingga 40 peratus. Kata Omar Osman Presiden CUEPACS, ‘‘tuntutan itu dibuat bukan untuk membebankan kerajaan tetapi memandangkan kos sara hidup kakitangan sektor awam, terutama golongan berpendapatan rendah yang semakin meningkat". Difahamkan semakan gaji kali terakhir yang dilakukan kerajaan adalah pada tahun 1991.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) juga memperjuangkan gaji minima , elaun sara hidup dan beberapa insentif lain untuk pekerjanya berlandaskan kepada faktor ekonomi juga. Hampir 900,000 kakitangan awam sokongan menanti pengumuman yang bakal dibuat Perdana Menteri.
Terlalu banyak cabaran-cabaran baru sedang menunggu. Apapun kita mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja-pekerja di Malaysia dan di seluruh dunia.