Saturday, July 31, 2010

Sejak 2008, Melayu busuk di Pulau Pinang-2

Ini pondok Jahara dan Hilmi
Pernahkah anda mendengar Dr Mahathir Mohamed mengakui kesilapannya.

Samada mengaku merosakkan badan kehakiman, membiarkan rasuah berleluasa di Malaysia, mencampuri tugas penjawat awam, membiarkan kadar tol naik pada paras yang sukar dipercayai dan diterima, meletakkan harga kenderaan buatan Malaysia dengan mencekik rakyat sendiri, memecat hakim-hakim yang berwibawa, berperanan mengharamkan Umno pada tahun 1987, membiarkan polis melebamkan Anwar Ibrahim, pembunuhan syuhada Memali, membahagikan kekayaan negara terutama sekali ekuiti 30% Bumiputera kepada beberapa individu yang terdiri dari keluarga dan kenalannya dan bermacam-macam lagi ?

Ada ! Saya pernah mendengar satu setakat ini. Kadar tol terlalu tinggi. Ini di'ia'kannya baru-baru ini namun diletakkan kesalahan itu kepada menteri berkenaan dengan berkata, "kami (kabinet) bukan tahu semua. Itu yang dibentangkan dalam mesyuarat bagi diluluskan".

Jadi, hari ini Umno Pulau Pinang berteriak seperti sedang dirogol oleh Pakatan Rakyat.

Sedangkan merekalah yang 'merogol' semua bangsa di Pulau Pinang sehinggalah tahun 2008.

Kenapa masih ada rumah seperti ini di Pulau Mutiara.

Rumah ini bukan baru wujud. Sudah melebihi 52 tahun - sama naik dengan pemerintahan Umno, Gerakan dan Barisan Nasional di Pulau Pinang.


Lupakah wakil rakyat Barisan Nasional bahawa mereka mendapat undi daripada penyokong parti mereka sendiri selama lebih 50 tahun. Tanggungjawab siapakah melunaskan amanah sosial ini ?

Namun wakil-wakil rakyat yang lahir dari acuan Dr Mahathir Mohamed tidak lupa tentang diri isteri, suami, anak-anak dan kroni mereka.

Pondok usang siapakah ini ?
Ini pondok Zainal, Farid dan Jasmin
Melayu masih miskin. Ya ! Pengundi Melayu yang dibodohkan dan dikeldaikan oleh Umno Pulau Pinang.

Siapa pula yang mahu memikul tanggungjawab bahawa Melayu dan India Pulau Pinang menjadi pengemis di negeri yang kaya itu .

Siapa pengkhianat itu ?


Baca jika rajin :
Sejak 2008, Melayu busuk di Pulau Pinang-1

Friday, July 30, 2010

PKFZ : Sandiwara lagikah

Ling Liong Sik bekas Menteri Pengangkutan dituduh terlibat dalam kes PKFZ.

  • Jadikah dia dibicarakan, atau adakah keputusan bicaranya bakal meyerupai keputusan kes Perwaja-Eric Chia
  • Kenapa belum ada lagi pemimpin Melayu yang terlibat dalam kes PKFZ didakwa

Betulkah semakin ramai masyarakat gelisah dan seboleh-bolehnya tidak mahu hadir ke mahkamah Malaysia ?

Wednesday, July 28, 2010

Penerapan nilai kasta dlm pentadbiran awam ?

Sidek Hassan akan meninggalkan perkhidmatan awamnya dalam keadaan diselimuti gembira, malu dan ditohmah.

Senario berubah menuju masyarakat bertamadun tetapi PM dan KSN seperti ketinggalan ciri-ciri kemanusiaan normal.

Ketua Setiausaha Negara yang dikatakan orang kampung Najib Bangsawan tentu gembira dengan keputusannya mewujudkan kasta dalam perkhidmatan awam.

Ada kasta yang boleh berkecimpung dalam politik dan ada yang diharamkan.

Kasta guru dari kumpulan 41 hingga 48 dibolehkan. Guru berlainan kasta dari itu, tidak dibolehkan aktif politik.

Kakitangan lain yang kastanya tidak semulia guru 41-48, perlu menjauhkan diri dari politik Berahmin atau Bangsawan seperti khayalan Najib Bangsawan yang berasal dari 'istana'.

Di India, bukan bangsa 'pariah'nya berada pada kasta yang paling rendah. Kaum Harijan menduduki empat tangga ke bawah dari keturunan pariah.

Namun hampir 700,000 masyarakat Harijan hari ini sangat gembira dan hilang kekastaan mereka apabila beramai-ramai memeluk Islam.

Di Malaysia, Najib Bangsawan sedang mencuba idea baru ini - pecah dan memerintah pentadbiran awam mengikut kasta.

Pecah macamanapun, Harijan dalam perkhidmatan awam di Malaysia hanya boleh gembira dan hilang kekastaan mereka apabila pakat-pakat mengundi dan berhijrah di dalam pilihanraya ketigabelas nanti.

Sistem kasta Najib dan Sidek hanya cantik dan sesuai diamalkan dalam istana mereka dan di dalam parti politik Barisan Nasional sahaja.

Atau jika ada kehidupan tidak bertamadun, Najib dan Sidek lsepatutnya menjadi penghulu untuk meneruskan sistem mulia mereka di sana dan bukannya di dalam perkhidmatan awam.

Bukankah lebih molek, kesemua kakitangan awam dibenarkan berpolitik. Termasuk siswa-siswi di menara gading !

Ada yang mahu mencabar di mahkamah, jika keputusan ini terus kekal dan menjadi sebahagian dari perintah am.

Lutfi : Media, rasuah dan kesihatan

Media bebas, banteras rasuah dan rawatan kesihatan untuk semua

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Budaya rasuah ternyata mampu menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah regim. Khazanah kekayaan negara, biar betapa melimpah sekalipun, akan dipunggah tanpa batas, untuk mengenyangkan kroni dan suku-sakat penguasa, yang kemudiannya digunakan untuk mempertahankan survival kuasa.

Amalan korupsi semakin merebak dan mewabak apabila ruang awam bagi masyarakat sivil dijerut dan tambah mengecil. Rakyat tidak berpeluang menyalurkan bantahan dan protes secara berkesan bagi memperbetulkan keadaan. Sesiapa yang cuba membongkar dan menyelongkar penyelewengan "akan disusahkan".



HUBUNGAN TIMBAL-BALAS

Kebebasan bersuara sememangnya mempunyai hubungan timbal-balas dengan kemajuan ekonomi sesebuah negara dan berpeluang menyekat budaya bobrok salahguna kuasa, memperkemaskan urus tadbir dan sistem penyampaian awam, serta mengelak daripada pembaziran dan kebocoran dana kerajaan.

Walaupun agensi membanteras tumbuk-rasuk seperti Badan Pencegah Rasuah (yang mula beroperasi 1 Oktober 1967) ditingkatkan menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (pada 1 Januari 2009), namun sekiranya ruang rakyat bersuara disempitkan, yang membataskan lagi upaya "semak dan imbang", apatah lagi jika kuasa mendakwa masih mutlak di bawah Jabatan Peguam Negara (yang sering melakukan pendakwaan jenayah terpiliuh), jangan haraplah kedudukan negara kita dalam ranking dunia akan meningkat.

Negara-negara yang mencapai kedudukan terbaik dalam ranking Transparency International mengenai rasuah, seperti Denmark (tangga pertama), Sweden (pertama), New Zealand (pertama), Finland (kelima) dan Switzerland (kelima) juga menduduki tempat teratas dari segi ranking demokrasi (Denmark, 1; Sweden, 2; New Zealand, 4; Finland, 3; Switzerland, 6)) dan kebebasan akhbar (Denmark, 2; Sweden, 4; New Zealand, 6; Finland, 1; Switzerland, 6).

Pengecualian hanya berlaku ke atas Singapura, yang berada pada kedudukan ke-4 (indeks rasuah) walaupun ranking demokrasinya 74, dan kebebasan akhbar, 114. Statistik merujuk rekod tahun 2007.

Mungkin atas sebab itulah, bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew sering mendakwa bahawa sistem tidak demokratik lebih baik dalam membawa kemajuan ekonomi.

MENYANGGAH HIPOTESIS LEE

Bagaimanapun, Prof Emeritus Amartya Sen, pemenang Hadiah Nobel Ekonomi 1998, menyanggah "hipotesis Lee" itu, dengan mengatakan bahawa ia "adalah berdasarkan empirisisme yang bertaburan, dirumus dari informasi sangat terpilih dan terhad, berbanding sebarang ujian statistik umum ke atas data meluas yang sedia ada."

Jelasnya, terdapat banyak bukti bagi menunjukkan bahawa yang diperlukan untuk menjana pertumbuhan ekonomi lebih cepat adalah iklim ekonomi lebih mesra dan bukannya sistem politik lebih keras.

Beliau menegaskan bahawa respons kerajaan terhadap penderitaan akut rakyat sering bergantung pada tekanan yang dikenakan terhadapnya. "Dalam sejarah ngeri kebuluran di dunia, tiada kebuluran besar pernah berlaku di mana-mana negara merdeka dan demokratik dengan kebebasan akhbar yang relatif," tambah beliau.

Dalam pada itu, buku panduan Trasparency International 2002 meletakkan media yang bebas adalah sama pentingnya dengan kehakiman yang independen, dalam usaha melawan rasuah.

"Perlindungan sumber informasi adalah syarat utama yang diperlukan wartawan agar dapat menjalankan tugas dengan bebas. Wartawan harus yakin bahawa dia dapatmenyebarkan berita tanpa terancam kena denda atau dipenjarakan kerana tidak mengungkap sumber informasinya," tulisan itu dipetik.

Ia turut menyenaraikan faktor-faktor mengapa badan antikorupsi gagal berfungsi dengan berkesan, antaranya, kemahuan politik yang lemah, tidak ada sumber daya atau peruntukan sewajarnya, campur tangan politik, gagal melibatkan masyarakat dan badan itu sendiri korup!

Agensi membanteras rasuah hanya dapat menjalankan tugasnya dengan efektif jika mendapat dokongan politik dari tingkat tertinggi pemerintahan, memiliki sumber daya yang memadaiuntuk menjalankan misi, wewenang yang memadai untuk memperolehi dokumen dan untuk meminta keterangan dari saksi, dan memiliki pimpinan yang dipandang mempunyai integriti yang tinggi.

LONGGOKAN UMPAN RASUAH

Dalam hal ini Lee Kuan Yew (walaupun mempunyai rekod hitam-legam menzalimi musuh politiknya; baca dua memoir politik Said Zahari, Dalam Ribuan Mimpi Gelisah dan Meniti Lautan Gelora ) memang dikenali mempunyai kemahuan politik yang tinggi untuk membanteras rasuah, berbeza dengan pimpinan kerajaan Malaysia yang seringkali dilihat lebih suka "membersihkan pemimpinnya yang dituduh rasuah".

Malah Umno itu sendiri terbukti bergelumang dengan amalan rasuah dalam proses pemilihan kepemimpinannya, dan kempen pilihan raya umum sering dilonggokkan dengan umpan rasuah oleh pemimpin BN dalam pelbagai bentuk, yang kian sukar dijebak undang-undang. Pelik juga, ada tokoh Umno yang dihalang menyertai pertandingan parti kerana terbukti rasuah tetapi masih dilantik memegang jawatan kanan dalam kerajaan.

Justeru, saya dan beberapa rakan wartawan memutuskan untuk kembali mengaktifkan kembali gerakan bebaskan media melalui Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) agar rakyat seluruhnya mendapat manfaat. Tanpa media bebas, segala "kebusukan" dalam pemerintahan sukar dibanteras, dan kekayaan negara hanya berlegar di kalangan pihak tertentu yang rapat dengan serambi kuasa sahaja.

Selain melobi agar reformasi menyeluruh ke atas Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP), peraturan lain yang mengongkong, misalnya Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) harus turut dirombak. Hanya dengan pembentukan masyarakat bermaklumat yang matang sahaja mampu melahirkan sistem semak dan imbang yang berkesan.

II. HARAKAH DAN PROGRAM KEBAJIKAN RAKYAT

Pengalaman berkampung di wad HUKM - dan sebelumnya naik-turun hospital awam dan swasta, juga pusat perubatan tradisional bagi mendapatkan rawatan - diharap dapat mendekatkan diri dengan realiti kehidupan sebahagian anggota masyarakat yang jarang diberi perhatian.

Selain melihat sendiri penderitaan pesakit, berbicara dengan keluarga yang resah menanti, menyelami kegelisahan mereka yang terpaksa menunggu lama, saya turut berdepan dengan banyak kes "pengabaian" akibat kekangan kewangan pesakit.

Malang sekali apabila si miskin (di negara yang makmur-mewah ini) seolah-olah dinafikan hak mendapat rawatan yang berkualiti hanya kerana kesempitan hidup, dan terpaksa menadah ehsan orang lain.

Dengan peningkatan pelbagai penyakit kronik yang kini tidak mengenal mangsa, kos rawatan semakin membebankan termasuk kepada mereka yang kelihatan "agak senang hidupnya".Teknologi perubatan memang semakin canggih, namun fenomena "antara dua darjat" menyebabkan ia mungkin dinikmati oleh golongan berada sahaja.

PERKASAKAN HOSPITAL AWAM

Terasa keperluan yang cukup mendesak agar hospital awam kita diperkasakan secara tuntas, tanpa lengah agar - seperti janji Pakatan Rakyat - setiap rakyat berhak menikmati perkhidmatan kesihatan awam yang terbaik pada kos yang berpatutan. Pakatan juga akan menimbangkan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan awam supaya lebih setanding dengan perkhidmatan sektor swasta.

Benar juga luahan seorang pesakit buah pinggang yang banyak berkongsi pengalaman dengan saya: "Bagi orang macam kita, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat patut diangkat menjadi agensi kerajaan terpenting, ya? Pejabat zakat dan baitulmal pula mesti mudah membantu, kan?"

Tambahnya, "masalah besar, you pun tahu, elit Umno-BN melihat projek kebajikan seperti pembinaan hospital, kontrak bekalan ubat dan peralatannya, untuk kaut untung berlipatganda ... rasuah pun banyak."

Seorang rakan, jurutera kanan sering merungut: "Dalam setiap projek, sekurang-kurangnya RM10 juta hanya untuk rasuah politik. Nilai projek meningkat hanya untuk mengenyangkan kroni dan dana politik parti pemerintah. Semua projek yang berpotensi untuk buat duit dijalankan melalui rundingan, bukan tender terbuka. Hang masih ingat kes bekas setiausaha politik Nor Yaacob, Hasbie Satar?"

(Terdapat kajian merumuskan bahawa projek raksasa yang melibatkan pembinaan infrastruktur lebih disukai daripada projek untuk pembangunan luar bandar, sektor pertanian dan pembasmian kemiskinan kerana skop untuk melakukan rasuah adalah lebih luas dan lumayan lagi. Begitu juga dengan perbelanjaan kendalian, operasi serta penyelenggaraan mesin dan lain-lain aset kerajaan kurang diminati daripada perbelanjaan jentera dan peralatan baru).

RASUAH TETAP PENGHALANG UTAMA

Sepatutnya soal dana tidak menjadi masalah besar bagi mempastikan rakyat mendapat kemudahan perubatan terbaik. Lihatlah betapa pembaziran peruntukan kerajaan begitu besar sekali, sebahagiannya berpunca daripada amalan korupsi, seperti yang pernah diakui Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hasan, sehingga jumlahnya mencecah puluhan bilion ringgit. (Ada dakwaan bahawa pemerintahan Dr Mahathir Mohamad membazirkan lebih RM100 bilion dalam pelbagai skandal kewangan).

Malah, banyak kes pembinaan hospital di negara ini tertangguh, seperti di Shah Alam, dan ada pula yang sudah disiapkan tetapi mengalami kecacatan yang begitu ketara, misalnya di Johor Bahru dan Alor Setar. Sebahagiannya juga disebabkan amalan rasuah. Masakan tidak, peruntukan besar sudah dipotong untuk komisyen politik.

Apabila saya mendapat serangan pertama jantung, awal pagi Disember 2009, dan dikejarkan ke sebuah hospital awam berdekatan, pemeriksaan mendapati saya "okey saja" dan dibenarkan pulang tanpa dibekalkan sebarang ubat. Hinggalah apabila pada sebelah petang, Dato' Husam Musa menziarahi dan menggesa saya ke sebuah pusat perubatan swasta.

Hari itu juga, selepas ujian angiogram, saya diminta menjalani rawatan angioplasti esoknya. Saya masih mengingati balasan SMS Husam terhadap rakaman penghargaan keluarga kami: "Saya melihat sendiri ada rakan-rakan yang tidak dapat diselamatkan kerana lambat dirawat."

Beliau mengharapkan Harakah dapat memulakan inisiatif membantu dan memudahkan rakyat Malaysia yang kesempitan bagi mendapatkan rawatan terbaik. Selama ini Harakah berjaya mengendalikan tabung kemiskinannya (TKH) dengan baik. Agihannya merata ke seluruh negara. Banyak keluarga yang memerlukan sudah dibantu. Sumbangan pembaca juga cukup membanggakan.

Konsep "kerajaan berkebajikan" sebenarnya boleh diterapkan, sekadar mampu, meskipun Pakatan belum mengambil alih sepenuhnya pemerintahan negara ini, bagi meringankan rakyat daripada bebanan kos sara hidup yang meningkat dengan drastik.

Melalui SMS, yang mengungkapkan kesyukuran di atas kejayaan pembedahan "bypass" saya, pembaca yang mahukan Harakah lebih proaktif mendekati degup jantung rakyat bawahan. "Sdr bernasib baik kerana ramai yang membantu, tetapi bagaimana dengan orang biasa yang juga sakit teruk," kata seorang daripadanya.

DEKATI DEGUP JANTUNG RAKYAT BAWAHAN

"Banyak isu seharian masyarakat, seperti kenaikan harga barang dan kecekapan PBT, boleh disorot dari perspektif lebih menarik. Harakah patut turun padang membantu menyelesaikannya, dan usah lupa mempromosi program kebajikan parti terutama Ramadan nanti," seorang pembaca dari Seremban menelefon.

"Jangan biarkan media lain, misalnya TV3 lebih ke depan dalam program membantu golongan miskin dan yang hidup tersepit. Harakah mesti lebih kreatif menjejaki isu-isu rakyat. Jurang kaya-miskin yang kian melebar harus didekatkan. Dedah gelagat pemimpin boros yang asyik perkayakan diri dan suku-sakat," ujarnya lagi.

Insya-Allah, Harakah cuba memanfaatkan pelbagai cadangan itu, sekurang-kurangnya menyokong pelbagai usaha kebajikan bagi menyuburkan semangat untuk membelanjakan harta di jalan Allah. Al-Quran sendiri banyak mendorong, antaranya, maksud al-Baqarah, ayat 261: "Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya ...."

Imam Ahmad meriwayatkan dari Ibnu Mas'ud, bahawasanya ada seorang lelaki yang menginfakkan seekor unta yang hidungnya telah diberi tali di jalan Allah. Lalu Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: "Engkau pasti akan datang pada hari kiamat kelak, dengan 700 unta yang telah ditalikan hidungnya."

Tuesday, July 27, 2010

Sejak 2008, Melayu busuk di Pulau Pinang-1

BERTAHUN LALU, PEMIMPIN UMNO PULAU PINANG HIDUP DALAM SYURGA, NAMUN RAKYAT MELAYUNYA MENDERITA BERLINANGAN AIR MATA DARAH

Sejak Lim Guan Eng dari parti DAP dan rakan-rakannya dari Pakatan Rakyat memenangi majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada Mac 2008, dan mula memerintah, beratus ribu orang Melayu dikatakan menjadi miskin, p
apa, fakir, susah, melarat, merana, merempat, durjana, menderita, sengsara, azab, kedana, bulut, bangsat, sengkek, makan kawat, makan dawai, makan tali, makan nasi dengan garam, makan capati dengan kicap, kais pagi makan pagi, hirup darah sesama sendiri dan menjadi pengemis jalanan.

Salah seorang daripada Melayu menderita dikenali sebagai Azhar Ibrahim.

Semasa pemerintahan Umno, Gerakan dan Barisan Nasional, rumahnya bertaraf banglo.

Kini, katanya lagi Melayu hilang segala-galanya di Pulau Pinang.

Ramai yang sudah berpindah randah ke Kulim, Sungai Petani, Lunas, Baling dan Keroh.

Apakah Guan Eng telah merampas semuanya dan hanya membenarkan beliau tinggal di pondok usang yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Pulau Pinang sama seperti kehidupan nelayan dan orang kampung yang kaya raya dan bertaraf jutawan di Penaga (gambar pondok Azhar).

(Terimakasih kpd Sdra Din Binjai membenarkan gambar dari blognya Sharp Shooter diambil)

Adakah Little Napoleon dalam tentera ?


Mana ada Little Napoleon dalam pasukan tentera. Adakah.

Macam tak percayalah.

Tapi boleh jadi ianya 'terjadi'. Mungkin setelah mengetahui menteri mereka dan kabinet lebih dahsyat dari itu.

Jika ada, kita perlu bimbang akan keselamatan negara. Ke mana Malaysia hendak dibawa oleh Melayu UMNO.



Lagi bekas sarjan TUDM dakwa ditindas
'Mengapa k'jaan rahsia kos kontrak pertahanan?'
Usaha jamin keselamatan Tharmendran

(Tajuk berita kecil Malaysiakini)

Monday, July 26, 2010

Pinjaman peribadi utk penjawat awam dr kerajaan


Ramai kakitangan awam membuat pinjaman wang dengan institusi kewangan dan Ah Long pada kadar bunga yang tinggi.

CUEPACS asyik asyik membangkitkan keprihatinannya tentang isu tersebut.

Apa kata Perbendaharaan memikirkan insentif pinjaman peribadi secara syarak untuk penjawat awam yang mahu menggunakan wang bagi tujuan kenduri-kendara, menambah-baikkan rumah, melancung dan sebagainya.

Sama seperti pinjaman perumahan, komputer dan pinjaman kenderaan.

Apa kata Menteri Kewangan dan Presiden CUEPACS Omar Osman ?

Sunday, July 25, 2010

Kajian mengenai Ismail Merican KP Kesihatan

Ramai pembaca mahu tahu gaji dan elaun Ismail Merican a.k.a. Ketua Pengarah KKM - Kementerian Kesihatan Malaysia.

Wajarkah ?

Jika ya, sesiapa yang ada maklumat, tolonglah e melkan ke blog ini.

Kami bercadang untuk mengkaji beberapa perkara;

  • Umur sudah mencecah 63 tahun
  • Tak banyak perubahan yang kelihatan dilakukan
  • Adakah timbalan-timbalan Ketua Pengarahnya sesuai menggantikannya
  • Kenapa ada yang menggelarnya ayam daging. Sesuaikah ?
  • Berapa pencennya
  • Berapa gajinya selepas sambung kontrak
  • Adakah beliau dipengaruhi faktor-faktor lain untuk terus menyambung kerja
  • Berapa lama lagi perlu ia sambung kerja
  • Pengguna berpuas hati atau tidak dengan khidmatnya
Kakitangan KKM di Putrajaya dan seluruh Malaysia dialu-alukan memberikan pandangan.

Saturday, July 24, 2010

Kalimullah kebal, better shut-up


Mahu lawan dengan siapa. Mahu gertak. Mahu pertikai Kalimullah ? Dia punyai kenalan 'sangat besar'.

Setakat Perkasa, JMM, Malaysia Instinct, Hishamuddin Tun Hussein - better shut-up and go away !

Murugiah tidak secocok dgn Palanivel

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri T Murugiah baru berusia 46 tahun. Berasal dari Perak Darul Ridzuan.

Pada 16 Mei 2009 Murugiah dipecat oleh M Kayveas Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) kerana beberapa kemelut politik dalaman yang melibatkan mereka berdua.

Jawatankuasa Kerja Pusat MIC kelmarin menerima permohonan Murugiah untuk menjadi ahli parti yang dipimpin oleh Samy Vellu. Tidak kira di atas sokongan siapa.

Sepanjang pemerhatian, saya mendapati Murugiah seorang pemimpin yang rajin bekerja baik sebagai orang kuat parti dan sebagai timbalan menteri.

Biro Pengaduan Awam yang diletakkan di bawah portfolionya menunjukkan prestasi yang sangat baik.

Usia mudanya memberikan peluang dan harapan kepadanya untuk melonjak tetapi pada hemat saya, bukan melalui parti MIC selagi Samy masih bergayut.

  • Juga selagi Samy masih ada di dalam MIC, banyak risiko Murugiah. Kelajuannya pasti akan cuba dibendung oleh Samy.
  • G Palanivel, orang nombor dua MIC yang disusukan Samy sudah tentu semakin nampak lorong menuju kematian politiknya. Palani tidak akan mendiamkan diri.
  • Jawatankuasa peringkat tertinggi MIC yang bermandi bunga berkali-kali sebelum ini terpkasa ke India lagi bagi tujuan mencantas Murugiah.
  • Peringkat akar umbi yang tidak berpuas hati dengan kemasukan Murugiah ke dalam MIC sudah pasti tidak akan berdiam diri.

Biarpun Samy memberikan alasan bahawa Murugiah hanya akan dapat memegang jawatan dalam parti selepas tiga tahun memasuki MIC - tiada siapa dapat meramalkan dengan tepat apa akan berlaku.

Gandingan Murugiah dan Subramaniam kelihatan lebih serasi berbanding Palanivel dan Murugiah.

Namun, ramai yang berpendapat, buat masa ini Murugiah seolah-olah meletakkan leher di hadapan Samy untuk disembelih masa hadapan politiknya.

Siapa tidak kenal Samy. "I'm Samy. I'm the president and I'm the law"

Lagi cepat Samy mencabut diri dari politik MIC, kurang risiko untuk Murugiah. Bukan tidak ada langsung.

Friday, July 23, 2010

Gaduhkah Ketua Menteri, KSN dan PKN

Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang Nik Ali Mat Yunus sepatutnya diminta oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang untuk ditukarkan.

Bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sallehuddin Mohamed berkata demikian ketika mengulas pergeseran Ketua Menteri dan SDO negeri tersebut.

Malangnya Sidek setelah menerima arahan kabinet memberitahu media tiada apa-apa tindakan yang akan diambil terhadap Ali termasuk menukarkannya.

Biarpun Ali masuk rumah orang tanpa memberi salam ?

Tan Sri Sallehuddin, Sidek Hassan KSN sekarang juga dikatakan bermasalah. Macamana nak buat ?

Kakitangan Putrajaya tidak menyenangi penyambungan kontraknya selama setahun lagi.

Penjawat awam heboh mengatakan bahawa tugasnya disambung bukan kerana merit tetapi kerana 'orang sekampung' dengan Najib Tun Razak.

Bukan sahaja macam-macam ada, semua jenis pun ada !


Bekas KSN : KM tak sepatutnya bergaduh
Berapa gaji bulan Musa Hassan, KP Negara

Penan : Mana ada kes rogol ?

Bukankah Suhakam, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Polis dan kerajaan Sarawak sendiri yang menafikan sebelum ini bahawa berlakunya rogol terhadap kaum Penan ?


Bermakna betullah penafian pihak yang berkuasa itu biarpun Penan mengadu sejak tahun 2000 lagi bahawa kemaluan anak, isteri, kakak dan ibu mereka ditembusi secara tidak sah.

Parti politik pembangkang seperi PAS, Keadilan dan DAP tidak mengeluarkan penafian tersebut. Juga, bukan mereka yang memerintah Sarawak.

Hebat kerajaan Sarawak. Ketua Menterinya dari UMNO. Apakah ini sebahagian dari sumbangan UMNO terhadap kaum Penan ?

Kasihan penduduk Sarawak yang diperbodohkan oleh UMNO selama lebih setengah abad.

Jika rajin, baca di sini:

Apa kata Tun M, Taib Mahmud sama lama seperti Samy Vellu


Thursday, July 22, 2010

Dalam Najib Bangsawan jamin, harga barang mula naik

Dalam 'Najib Bangsawan Melayu' menjamin harga barang tidak akan naik, pasaran tetap mencerminkan keadaan sebenar.

Banyak rungutan mula diterima apabila pengguna tidak berpuas hati dengan lonjakan melulu tersebut. Apa lagi ?

Berbanyak-banyak terima kasih kepada Najib dan UMNO.

Dengar cerita, orang MCA dan Gerakan pun tidak senang hati dengan rungutan orang ramai ini.

Marilah mari, kita mengundi, si UMNO lagi !

Wednesday, July 21, 2010

Kerajaen perpaduang perlu

Terengganu satu penggal sahaja.

Perak sudah tumbang.

Kedah 50-50.

Penang tak gelisah. Pasai takdak pejuang perpaduang. Selangor masih ada muncikari Umno.

Puak PAS ni sembang macam depalah majoriti di parlimen dan DUN. Hampa pebetoi la dulu tanggapan pengundi.

Adakah pengundi 2008 memangkah kerana depa syok kat hampa. Tak pa, jika depa tak syok, mungkin depa bengang kat UMNO dan BN lalu diberikan undi kepada PR.

Kerja hampa la ni ialah, adjust bagi depa syok kat PAS dan PR.

Bila hampa dok perasan lagu hampa hebat sangat, bermakna hampa dok syok soghang-soghang.

Adakah UMNO akan layan hampa diketika depa menang pilihanraya 2008 dengan selesa. Tarak pasai la...

Raja-raja lagi depa perambat. Penjawat awam pun depa tak layan. Mufti-mufti ni depa anggap macam kucing kurap. Rakyat depa perbodohkan.

"Kerajaen perpaduang" ni hampa pikiak hari lain la. Panjang masa dia. Hari baik dibuang-buang, hari buruk dikejar-kejar. Perbetoi dulu harapan pengundi.

Jangan-jangan yang diligan tak dapat, yang dikendong berciciran.

Tuesday, July 20, 2010

KJ, KH dan MNY : Kami kebal ?



[sila klik gambar untuk besarkan]

"Kami bertiga seperti dalam filem P.Ramlee"


Biasa dengar semut makan ayam. Kami boleh lakukannya sekaligus.

Betulkah kami kebal seperti kata orang kampung Malaysia ? JMM tak perlu hingaq.

[21 Julai 2010 8.09am Pembetulan. Bukan MNY tetapi NMY]

Monday, July 19, 2010

Mulia Melayu tanpa UMNO, mulia manusia tanpa babi

Malas nak ulas panjang-panjang.

Dato' Hj Mahfuz Omar menulis di dalam blognya. Melayu lebih mulia tanpa UMNO.

Saya tambah sedikit perkara yang telah diketahui umum - manusia lebih mulia tanpa babi dan ciri-cirinya.

Sunday, July 18, 2010

Nor Mohamed Yakcop dan nasi kandaq Alok Staq

Sapa bohong.

Choo Keong buhongka, Nor Mohamed Yakcop buhong.

Aku tak mau kacau. Tapi yang aku tau la, Nor Mohamed Yakcop ni kebal. Tun Mahathir, Abdullah Badawi, Najib Razak dan UMNO kebalkan dia.

Macam-macam dia buat. Tarak pa... Duit dia la ni berjuta-juta.

Berlainan pula dengan sepupu dia. Sepupu dia bukanlah ahli politik atau menteri. Sepupu dia dok juai nasi kandaq di pekan Alok Staq. Hampa sahih tak tau hak mana satu.

Kawan di Jelutong kata, esok kalu hampa jumpak dia (Nor Mohamed) di Madras, lusa hampa jumpak dia balik di Pokok Machang, Penang - sahih kaki ni tak mengaku punya yang kelmarin dialah dok ada di Madras.

Jeneh apa dia ni ?

Balik ceghita Choo Keong. Nor Mohamed kata apa yang Choo Keong sebut tentang dirinya, semuanya tak betul.

Bermakna, dari cerita Nor - Choo Keong la buhong.

Nor Mohamed nafi dakwaan
Dakwa dan penjarakan Nor Mohamed Yakcop

Saturday, July 17, 2010

Beng Hock : PDRM tidak cekap

Jika anak Najib Tun Razak di tempat Teoh Beng Hock ?

Bayangkan perasaan Najib dan Rosmah Mansor.

Bayangkan apa yang telah dilakukan oleh Polis DiRaja Malaysia yang berketuakan Musa Hassan.

Bayangkan apa akan terjadi pada SPRM.

Wah ! Semua itu perlu dibayangkan. Hakikatnya ?

Pembunuh Beng Hock di mana. PDRM tidaklah secekap seperti yang dibayangkan.

Rawatan Cakra Alam : Sheih, apa jadi ?

[Di e mel kpd Dato' Wan Mohamad Bin Dato' Sheikh Abd Aziz Ketua Pengarah JAKIM pagi 17 Julai 2010 - wan@islam.gov.my ]

Penderitaan dan tangisan mereka yang menghidap penyakit bukan sahaja perlu dikasihani malah jika berkemampuan bantulah mereka.

Beberapa bulan yang lalu Pusat Rawatan Cakra Alam di Taman Maluri, Cheras di hebohkan menjalankan perniagaan tanpa mengikut kehendak pengguna.

Hatta ramai yang mengadu was-was dari segi syara'.

Apa jadi ? Apa tindakan pihak Jabatan Agama dan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) ?

Masyarakat memerlukan jawapan berkenaan operasi yang dijalankan oleh pusat ini samada sah dari segi undang-undang dan agama.

Apabila pegawai kerajaan tidur, rakyat tidur-tidur ayam memikirkan masalah mereka yang belum dapat diselesaikan.

Bangunlah. Setiap sen gaji anda dibayar oleh masyarakat.

Belum lagi berperang Sheih !

Friday, July 16, 2010

Harga barang : Apabila perompak bersatu dgn pengkhianat

Najib Tun Razak memberitahu wartawan di Alor Setar bahawa kerajaan UMNO menggunakan kaedah dan pertimbangan yang tidak membebankan rakyat dalam proses kenaikkan harga barangan keperluan pengguna.

Siapa lagi jika bukan rakyat yang hendak didahulukan.

Orang Melayu terutama sekali ahli UMNO perlu bangga dengan keputusan Najib Bangsawan yang tidak pernah mengalami kesusahan hidup sejak ia dilahirkan lagi. Ia dibesarkan dalam 'istana bapanya' yang tidak pernah mengenal keperitan masyarakat.

Katanya tindakan UMNO dan kerajaan bakal menjimatkan perbelanjaan kerajaan. Namun disatu pihak lagi, Jabatan Perdana Menteri sahaja membelanjakan RM4 bilion membakar keringat berdarah rakyat Malaysia.

Semua harga barang yang naik kata Najib, tidak akan membebankan rakyat.

Seorang aktivis masyarakat di Keroh memberitahu, "ianya akan menyenangkan pemimpin UMNO yang sudah dahaga projek. Mereka hutang merata. Rata-rata puak UMNO bergaduh sesama sendiri kerana isu utama iaitu wang projek dimanipulasi oleh satu puak sahaja"

Jika Melayu Kuala Kedah telan sebiji-sebiji apa yang Najib bohongkan, bermakna orang Kuala Kedah yang selama ini dalam keadaan cukup teruk dari segi ekonomi menerima hakikat bahawa mereka tidaklah cerdik.

Mana wang subsidi disalurkan ?

Abdullah Badawi memperuntukkan RM4 bilion subsidi minyak untuk memperbaiki kemudahan pengangkutan awam. Mana wang tersebut jika prasarana itu masih kelihatan sama ?

Orang seperti Najib yang hidup mewah dalam istana bapanya, kerajaan Sarawak yang menganggap negeri itu milik mereka, Sabah yang diketuai oleh pemimpin yang cukup bermasalah, Pahang yang hampir kekeringan dana awamnya, Perak jatuh negeri kedua miskin di Malaysia, Perlis yang mengharapkan bantuan persekutuan, Terengganu yang kaya dengan minyak tetapi rakyatnya masih miskin - selepas 52 tahun merdeka masih seakan-akan negara di Afrika.

Pemimpin, anak-anak, kroni dan kerabat mereka juga hidup dalam kesenangan. Rakyat didahulukan dalam segala keperitan.

Mahu mengharapkan payung negara ? Kebanyakkan mereka sama naik 'mencangkul' projek.

Inilah terjadi apabila perompak bersatu dengan 'pemimpin pengkhianat' lalu memperbodohkan masyarakat dengan kuasa yang diberikan oleh rakyat .

Jangan terkejut jika dibiarkan, satu hari nanti pentadbir di Malaysia akan melondehkan seluar masing-masing dan memberitahu, "hanya ini sahaja yang tinggal. Khazanah lain telah difaraidkan sesama kami"

Thursday, July 15, 2010

Pasir Selangor : Parti langit putra terlibat

Tiba-tiba sahaja isu mencuri pasir di Selangor diheboh-heboh kan oleh media perdana.


Seolah-olah isu ini dilontar dari langit sesudah kerajaan bertukar tangan. Agak-agak siapa dalang, pengkhianat atau yang berperanan disebalik tabir.

Ada jawapan ? Khalid Ibrahim ? Khir Toyo ?

Kenapa Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara berdiam diri dan saling menuding jari ke arah Selangor ?

Itulah jawapannya. Disebalik satu jari yang dituding, ke mana jari-jari lain menunjuk arah.

Tiba-tiba sahaja ? Ya, kerana isu ini datang dari pemimpin dan parti politik langit putra. Tiba-tiba lah.

MB Selangor perlu mendedahkan siapakah muncikari itu.

Wednesday, July 14, 2010

Sekarang saya tak dak kuasa dah - Mahdzir Khalid

"Sekarang saya tak dak kuasa dah".

"Bila aku dengar Det cakap lagu tu di Kampung Siam baru-baru ni, aku macam nak terpaku di situ menangis sampai mati kasihan dia" kata warga tua Siam, Boon Chong ketika ditemui di Pendang.

Siapa tidak kenal Mahdzir Khalid. Mantan Menteri Besar kesembillan Kedah , penyokong kuat Abdullah Badawi, yang pernah dinyahkan ke Sabah oleh Ahmad Lebai Sudin, Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena satu ketika dahulu.

Ketika ditampok pemerintahan, tidak sedarkan diri. Bercakap tidak memandang muka orang.

Hari ini, dia kumandangkan lagu, "sekarang saya tak dak kuasa dah".

Hari ini juga Bashah Hanipah seronok memegang jawatan Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Negeri Kedah. Mahadzir terlepas ke bawah.

Dalam dok terlepas ke bawah, pada 24 Jun yang lalu ketika berjumpa Shahrizat Abd Jalil di MADA Ampang Jajar, Alor Setar dia sempat meminta Shahrizat dan kerajaan persekutuan supaya "hentam (redah) sahaja segala prosedur kerajaan untuk kembalikan kuasa UMNO di Kedah"

Kata Boon Chong, "aku tak tau dia kata lagu tu. Dulu besi sekarang timah. Bukankah dia yang buat peraturan itu dulu. La ni aku macam nak paku dia pulak"

Sekarang saya tak dak kuasa dah. Det, hang sedaq tak pa dah. Di Selangor, Muhyiddin minta depa sedaq bahawa depa sudah jadi pembangkang.

Saman trafik : Rakyat didahulu agar berhemah


BINCANG-BINCANG MENGHIBUR LARA KERABAT BN
UMNO : Saman ekor akan diteruskan kata Ketua Trafik Bukit Aman Datuk Abd Aziz Yusof. Baguslah untuk tujuan mendidik.

MCA : Aziz kata tindakan itu selaras dengan tindakan undang-undang mengikut seksyen 17 dan 29 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

GERAKAN :Jadi, jangan tuduh kerajaan Najib Razak kurangan wang. Indeks NKRA Najib kerja Rosmah arah sangat baik.

KONSENSUS BEBAS : Mereka kutip saman yang dikeluarkan sejak tahun 2006 lagi - mungkin kerana terlompat tahun atau ada strategi PM yang perlu kita akur.

MIC : Kena faham, itu sapa kasi mati Altantunya. Lagi banyak kes tinggi profail kena siasat dan misti kena selesai. Pulis manyak kirja.

PERKASA : Tapi yang pastinya kes Altantunya dan kes-kes berprofail tinggi tidak akan diteruskan buat masa ini. Mungkin tidak selaras dengan peruntukan undang-undang yang ada. Pemimpin agung kita pula dituduh.

MIC : Lagipun 1Malaysia - Summa kes, rakyat misti kena dulu untuk jadi hemah.

PPP : Kes-kes berprofail tinggi bukanlah golongan rakyat. Dia orang ketua kita.

UMNO : Selamat ! Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

PPP : Mana selamat ? Apa macam kalu member of parliament bangkit ini isu. Atau nanti PRU 13 rakyat sudah marah sama kita ?

MIC : Itu jam rakyat kasi dulu, rakyat juga kasi utama..saman kapla, saman ekok summa kasi buang...

Tuesday, July 13, 2010

BTN : Masa depan sungguh kelam


Anak kecil main api, terbakar hatinya...

Biro Tata Negara boleh diibaratkan sebagai adik dan abang Perkasa. Bersemangat nasionalis cukup hebat.

Walau apa dan siapapun, selagi tidak didapati bersalah oleh mahkamah, selagi itu mereka tidak patut dilihat bersalah.

Air mata darah bercampur keringat, bumi dipijak milik orang. Masa depan sungguh kelam...

Dr Syed Haleem : Mavi Marmara dan pengalaman (1)

Alor Setar - Sukarelawan Malaysia, Dr Syed Mohd Haleem Syed Hassan yang berada di atas kapal Mavi Marmara ketika diserang tentera Israel pada 31 Mei 2010 yang lalu berada di Alor Setar dua hari sudah sempat menceritakan pengalaman beliau ketika berlakunya insiden tersebut.

Katanya semasa televisyen Malaysia menyiarkan peristiwa berkenaan, ramai kawan-kawan termasuk pesakitnya di Malaysia mendoakan agar kesemua penghantar bantuan yang terlibat dalam misi itu selamat.

Malah anaknya yang berusia tujuh tahun sangat-sangat sedih apabila tidak dapat melihat wajah 'walid'nya di awal insiden di kaca tv.
(Akan cuba mendapatkan rakaman penerangan tersebut. Foto ihsan Zamri Md Dali)

Monday, July 12, 2010

UMNO Sg Petani 'gado-gado' ada oksigen

Berita UMNO Sungai Petani 'ada gaduh-gaduh' tu perkara biasa sahaja.

Cerita Ali Yahaya Ketua Bahagian yang tidak disukai itu telah disampaikan oleh rakan-rakan Umno dari Sungai Petani beberapa bulan yang lalu.

Shahanim Mohd Yusof Ketua Puteri pun berani membuat keputusan. Baguslah. Bukan apa, kena beranilah. Jangan ikut sahaja. Betul, salah - biar rakyat tentukan.

Peliknya Abd Azeez Rahim Ketua bahagian yang bermasalah di Baling itu pun ada di situ untuk menyelesaikan masalah Sungai Petani.

Abd Aziz Sheikh Fadzir Kulim pun ada mewakili Majlis Tertinggi.

Pakat-pakat selesailah. Jangan jadi macam G7 Kubang Pasu sudahlah. Dulu depa 'pariah'kan Tun Mahathir Mohamed. Lepas tu depa angkat balik.

Pasai tu la aku tak beghapa percaya dengan puak Umno ni. Sat gi depa kata Mahathir baik, wira bangsa dan bla bla... - sat gi tu juga depa bulih kata Mahathir pariah, mamak, keling, satu sen pun tak guna dan macam-macam lagi.

Hampa gaduh aku tak pelik. Peliknya bila hampa tak gaduh dan tak cantas mencantas.

Oghang Kupang kata, "ada oksigen kita tak pelik, tarak oksigen yang kita pelik". Hebat puak Kupang ni.

Dato' Mae Baling apa habaq ? Lepaih kalah dengan Azeez Rahim, tak dengaq ceghita ni.

Apa kata suruh depa jemput FRU dan Samy Vellu dalam mesyuarat UMNO akan datang.

Shafie Apdal dan Bashah dok ada tang mana. Pastikan hampa tak sesat prosedur.

Saturday, July 10, 2010

Kekayaan Adil : Mahathir bermimpi

Apabila Tun Mahathir Mohamed memberikan pandangannya bahawa kekayaan negara perlu diagihkan secara adil dan bukannya secara sama rata kepada rakyatnya, maka saya teringat apa yang dikatakan oleh Profesor Jomo Kwame Sundram, mantan pensyarah ekonomi Institut Pengajian Tinggi Awam yang kini diberikan tugas di Bangsa-Bangsa Bersatu.


Mahathir bercakap soal kekayaan sesama kaum. Saya agak terkejut dengan kenyataan Mahathir.

Sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri dan biasa memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan, sepatutnya isu seperti ini tidak lagi timbul dan sesudah beliau tidak lagi di tampok pemerintahan.

Beliau sepatutnya malu pada diri sendiri kerana gagal memperbetulkan bukan sahaja ketempangan ekonomi, malah jurang politik dan sosial masyarakatnya. Beliau diantara pemimpin yang digelar autokratik. Satu ketika dahulu, beliau digelar Hitler dan Mahafiraun oleh musuh-musuh politiknya.

Sepatutnya dengan cengkaman pengaruh selama menjadi Perdana Menteri, beliau sudah dapat merubah apa yang beliau cakapkan dan bukan bercakap dalam keadaan tanpa ada kuasa sekarang.

Saya menerima hakikat bahawa proton, perindustrian lain, Petronas, lapangan terbang antarabangsa KLIA, Putrajaya dan pelbagai projek besar dan hebat wujud dan menaikkan namanya dan juga nama Malaysia.

Kita tidak alpa, rasuah mula bertapak dan menjadi wabak di zamannya. Badan kehakiman diperkosa. Agensi-agensi kerajaan dimanipulasi sebegitu rupa. Perkhidmatan awam terpaksa berhati-hati dalam tuntutannya. Hak asasi seperti kebebasan bersuara dan berhimpun mahasiswa dan orang awam berada pada tahap yang cukup teruk di bawah kepimpinan ala-diktatornya.

Belum lagi tuduhan demi tuduhan Barry Wain dalam bukunya 'Malaysian Maverick : Mahathir Mohamad in Turbulent Times'.

Biar beberapa Rancangan Malaysia digubal serta datang dan pergi.

Bak kata Profesor Jomo, ekuiti 30% kekayaan negara yang sepatutnya diberikan secara adil sesama orang Melayu pun telah disalahguna oleh Mahathir dengan memberikannya kepada beberapa individu atau kenalan yang dipercayainya sahaja.


Akhirnya Malaysia berada seperti ianya kelihatan pada hari ini. Dasar penswastaan negara Mahathir bukanlah membuka peluang persaingan ekonomi tetapi syarikat-syarikat gergasi tunggal diwujud dan dianugerahkan dalam penawaran perkhidmatan besar negara seperti TNB, Lebuhraya, MAS dan GLC seumpamanya.

Dasar-dasar itu merupakan faktor penyumbang pada ketidakstabilan rakyat dan negara pada hari ini. Mereka yang kaya, terus menambah-nambahkan kekayaan mereka. Golongan yang miskin semakin dihimpit kegelisahan.

Dasar penswastaan Mahathir akhirnya akan rebah satu demi satu kerana tanggungjawab sosial negara diperturunkan kepada syarikat-syarikat yang tidak berhati perut.

Kita bernasib baik kerana rakyat Malaysia bukan jenis mereka yang 'berbaju merah' di Thailand.

Jika tidak, sudah lama dipenjarakan mereka ini.

Mahathir berlegar-legar di arena politik Malaysia bukan sahaja kerana mahu mengaktifkan mindanya, tetapi juga berperanan sebagai pagar kepada mereka yang telah mendapat dan menikmati sebahagian dari ekuiti 30% Bumiputera, selagi masih boleh.

Hanya rakyat Malaysia sahaja akan menentukan samada Mahathir berwajah dua seperti dakwaan Barry Wain.

Adilkah apabila hanya beberapa kerat orang Melayu kroni sahaja yang melimpah-limpah mengaut kekayaan negara.

Belum lagi Melayu lain. Belum lagi Cina, Tamil, Kadazan dan sebagainya.

Mahathir rupanya masih bermimpi !
(Foto : Malaysiakini)

Thursday, July 8, 2010

Berapa gaji bulan Musa Hassan, KP Negara


Sejak beberapa tahun yang lalu iaitu ketika pentadbiran Mahathir Mohamed lagi, sudah semacam satu trend penjawat awam yang sebulu dengan Perdana Menteri dilanjutkan perkhidmatannya secara kontrak.


Jika ditanya, saya langsung tidak bersetuju dengan amalan yang cukup bengap ini. Ianya seolah-olah menandakan bahawa kurang atau tiadanya pengganti orang nombor satu dalam kementerian atau agensi-agensi tertentu.


Jika dilihat, tidak banyak perubahan yang dapat mereka lakukan selepas tamat masa perkhidmatan sebenar. Mereka memanaskan kerusi seperti 'ayam telor'.


Ada yang mendakwa, wang rakyat dihabiskan di atas kepentingan politik untuk menjaga masa hadapan politikus tertentu terutama mereka yang berada di atas.


Setakat melanjutkan kontrak enam bulan tidak mengapa. Ini sampai empat, lima dan enam tahun.


Bukan sahaja melemahkan semangat penjawat awam yang sedang menunggu, malah membuatkan mereka 'burn-out' semata-mata kepentingan politik Perdana Menteri.


Lihat sahaja gaji bulanan Musa Hassan sebagai contohnya ;


PANGKAT: KETUA POLIS NEGARA

I. GRED GAJI SSM: VUYY3

III. TARIKH KUAT KUASA: 1.7.2007


RM13849.67


Gajinya sahaja RM13, 849.67 sebulan.

Elaun rumahnya RM2500.00

Elaun Keraian RM5100.00

Imbuhan Tetap Jawatan RM3000.00

Belum lagi elaun pemandu, elaun pembantu rumah, tukang kebun dan lain-lain elaun.

Jadi, macamana ? Berilah peluang pada yang lain !

Wednesday, July 7, 2010

Politikus hingusan atau juvenile politician

Budak kampung yang boleh disuruh-suruh di kampung-kampung dikatakan sebagai betul bendul, lurus, bebal, bengap dan bermacam lagi.

Tidak kiralah budak itu tinggal di Balingkah, di Kulimkah, di Kerohkah atau di mana-mana sahaja.

Inikan pula berstatus wakil rakyat yang mengaku boleh disuruh-suruh untuk berbohong, mengatur strategi untuk matlamat menghalalkan cara dan sebagainya.

Bukankah ini menipu dan pembohong namanya. Bukan sahaja menyalahi undang-undang negara tetapi menyalahi hukum Allah.

Hendak dikatakan gila seratus peratus tidak boleh. "Mental disorder"lah agaknya.

Sekejap kata sedar, sekejap kata tidak sedar. Sekejap dipaksa, disuruh dan sekejap dilamun strategi.

Mengaku pula cara Islam - memalukan. Bukan sahaja tidak boleh dijadikan contoh, malah tidak patut wujud di mana-mana arena aktiviti kemanusiaan.

Dia berebut-rebut mahu dinobat dan dikenali sebagai bendol, budak suruhan, bentara, jongos dan akhirnya dikenali sebagai politikus hingusan, sewel, gelong atau juvenile politician.

Majlis akan rosak di mana sahaja orang seperti ini berada. Belum betul membilang jari, sudah mahu berkuasa sendiri.

Sunday, July 4, 2010

Samy masih sama !

Adakah tunjuk perasaan Gerakan Anti Samy berjaya ?

Tun Mahathir Mohamed sendiri kalah dalam gerakan seperti itu.

Ramai yang menaruh harapan kepada Nazri Aziz Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk meneruskan gerakan seakan-akan GAS.

Mereka percaya hanya Nazri yang boleh melakukannya.

Tetapi setakat ini Samy masih sama. Tiada siapa yang dapat menggugatnya. Baik Perdana Menteri dari UMNO, MCA, Gerakan dan ahli MIC sendiri.

Ahli-ahli UMNO dan Perkasa lagilah tidak berani dengan Samy The Kluang Man. Samy tetap hebat. Samy masih sama !

G.Palanivel dan mereka yang berada dalam Jawatankuasa MIC kebangsaan mungkin menganggap Samy sebagai Hang Jebat Tamil.

Wah ! Samy masih sama.

Saturday, July 3, 2010

Lebih 300 Pusat Jagaan tiada lesen dgn JKM

Difahamkan ada melebihi 300 Pusat Jagaan diseluruh Malaysia yang tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Betulkah. Kenapa jadi begitu ?

Pusat Jagaan ialah institusi perlindungan bagi mereka yang memerlukan jagaan termasuklah untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), Kanak-kanak, Warga Tua dan Wanita bermasalah.

Penghuni RTK mula berpindah
Keluarga lambat tahu anak hilang