Thursday, June 17, 2010

Apa kata Tun M, Taib Mahmud sama lama seperti Samy Vellu

Abdul Taib B Mahmud Ketua Menteri Sarawak kini berusia 74 tahun. Sudah 29 tahun memegang jawatan sebagai Ketua Menteri.

Beliau adalah Presiden Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) yang menganggotai Barisan Nasional. Taib berasal dari keturunan Melanau.

Pernah menjadi ahli parlimen dan dilantik sebagai ahli kabinet Malaysia.

Lahir pada tahun 1936 iaitu tahun yang sama dengan kelahiran Samy Vellu.

Banyak perkara-perkara yang tidak diingini berlaku semasa pemerintahannya. Malah pemerhati politik menyifatkan Taib sebagai 'kurang bersemangat demokrasi'.

Tun Dr Mahathir Mohamed telah menyifatkan Samy sebagai sudah lama dalam politik dan sepatutnya pergi sebelum orang semakin tidak sukakannya.

Apa kata Tun terhadap Abdul Taib Mahmud ?

Ada yang sinonimkan Taib Mahmud itu sebagai Sarawak dan Sarawak itu sebagai Taib Mahmud. Kenapa begitu ?

Empayar hartanah keluarga Taib di Kanada?

No comments: