Berapa gaji bulan Musa Hassan, KP Negara
Sejak beberapa tahun yang lalu iaitu ketika pentadbiran Mahathir Mohamed lagi, sudah semacam satu trend penjawat awam yang sebulu dengan Perdana Menteri dilanjutkan perkhidmatannya secara kontrak.
Jika ditanya, saya langsung tidak bersetuju dengan amalan yang cukup bengap ini. Ianya seolah-olah menandakan bahawa kurang atau tiadanya pengganti orang nombor satu dalam kementerian atau agensi-agensi tertentu.
Jika dilihat, tidak banyak perubahan yang dapat mereka lakukan selepas tamat masa perkhidmatan sebenar. Mereka memanaskan kerusi seperti 'ayam telor'.
Ada yang mendakwa, wang rakyat dihabiskan di atas kepentingan politik untuk menjaga masa hadapan politikus tertentu terutama mereka yang berada di atas.
Setakat melanjutkan kontrak enam bulan tidak mengapa. Ini sampai empat, lima dan enam tahun.
Bukan sahaja melemahkan semangat penjawat awam yang sedang menunggu, malah membuatkan mereka 'burn-out' semata-mata kepentingan politik Perdana Menteri.
Lihat sahaja gaji bulanan Musa Hassan sebagai contohnya ;
PANGKAT: KETUA POLIS NEGARA
I. GRED GAJI SSM: VUYY3
III. TARIKH KUAT KUASA: 1.7.2007
RM13849.67
Gajinya sahaja RM13, 849.67 sebulan.
Elaun rumahnya RM2500.00
Elaun Keraian RM5100.00
Imbuhan Tetap Jawatan RM3000.00
Belum lagi elaun pemandu, elaun pembantu rumah, tukang kebun dan lain-lain elaun.
Jadi, macamana ? Berilah peluang pada yang lain !
3 comments:
hehehe... nak bagi peluang, perpukori dan tarakspinner untuk buat cerita, kata " ooo.... penjawat awam yang salah... bukan menteri yang salah... peliknya yang sambungkan kontrak diorang tu... menteri... hehehe" lagipun gaji dan elaun2 tu yang gomen kasi, berapa pulak yang "underground world" kasi... dengar2 banyak juta juga tu... takkan "haramun kalau makan sorang, hala llun kalau kongsi2" macam kata si AK47 tuh kot... hahaha... politik malaysia.. dan ahlun2 politiknya...
Belum masuk pencen RM6000 lagi agaknya.
salam sdra ano I dan II
gaji musa bukan dibayar oleh umno atau bn saja. ini, masyarakat kena faham.
jika kerja jaga najib atau umno sj, jadilah kp umno atau bn. terimalah gaji dr mereka.
jika tidak, rakyat berhak menyoal setiap sen yg dibayar. belum lagi ada yg menyumpah. tk pd rakyat malaysia.
2. takda dah ka pengganti musa. polis dibawah yg lain semua bebal, bangang, dan berpenyakit babi gila kah ?
itu saja. fikir secara rasional.
Post a Comment