Thursday, July 2, 2009

Mahdzir : Tidak mustahil Kedah jadi macam Perak

Kerajaan enam belas bulan PAS dan Pakatan Rakyat Kedah di'tembak' oleh DAP ekoran isu ternakan babi berhampiran pasar Kampung Berjaya, Mergong Alor Setar.

Walaupun isu yang meletus baru melibatkan DAP Kedah, Setiausaha kebangsaannya Lim Guan Eng berkata, "ianya akan dibincang dan diputuskan di peringkat kebangsaan nanti".

Seperti yang dijangka, bekas Menteri Besar Kedah Mahdzir Khalid yang selama ini membisu telahpun membuka mulut dan meluahkan isihatinya.

"Ikatan DAP dan PAS di Kedah memang rapuh" jelas Mahdzir.

Mahdzir membayangkan adalah tidak mustahil apa yang berlaku di Perak boleh berlaku di Kedah.

Namun bagi pemimpin tertinggi PR, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan juga Karpal Singh, isu ini masih boleh diselesaikan.

Isu seperti ini perlu diselesaikan biar siapa yang menjadi Menteri Besar.
Bagi Azizan Abd Razak, ini merupakan tembakan politik yang perlu ditangani secara berhemah.

Biarpun isu ini diselesaikan oleh Anwar dan Kit Siang tetapi masyarakat Cina 'pandai' membuat keputusan di dalam pilihanraya dengan membelakangkan keputusan pemimpin-pemimpin mereka.

Padah yang diterima oleh MCA dan Gerakan di dalam pilihanraya kedua belas yang lalu membuktikannya.

Hanya Azizan dan PAS Kedah dapat menyanggah pandangan Mahdzir dan hanya PAS sahaja dapat melembutkan hati penyokong-penyokong DAP Kedah.


Biarkan sahaja Mahdzir, UMNO dan BN nganga mulut sebesar-besarnya ?

Tidak juga !

No comments: