Saturday, April 4, 2009

Tun M serang Kedah Isnin ini

Malam ini Anwar Ibrahim nak mendedahkan cerita politik pemimpin UMNO dan BN di DUN Bukit Selambau. Ramai yang dok nanti isu apa yang nak dibawanya.

Mereka yang kecewa dengan 16 September berkata, "Jangan-jangan gempaq saja".

Tapi Tun Mahathir nak serang Kedah pada 6 April jam 5.00 petang. Tentu berita gembira bagi penyokong-penyokong Mahathir. Baik penyokong dari UMNO atau PAS.

Jangan terkejut. Di Jerlun, ramai penyokong PAS mengundi Mukhriz dalam PRU kedua belas yang lalu. Begitu juga di Kedah. Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan telah dipuji oleh Dr Mahathir beberapa bulan yang lalu.

Ramai penyokong PAS tidur 'tak' lena. MB mereka dipuji mantan Perdana Menteri. Takkanlah Dr Mahathir nak apa-apakan Kedah.

Jika boleh penyokong-penyokong PAS ini tidak mahu basuh tangan selama dua minggu selepas bersalaman dengan mantan Perdana Menteri itu.

Politik - Apa pun boleh jadi. Penyokong-penyokong ini bersedia melepaskan bola tendangan Mahathir.
(Foto:Malaysiakini)


No comments: