Wednesday, April 1, 2009

Najib dan Rosmah di'keloi' suara Altantunya

Apakah Mohd Najib Tun Razak pasti menduduki kerusi Perdana Menteri keenam pada 3 April 2009 ini ?

Beliau merupakan bakal Perdana Menteri yang paling banyak dituduh. Najib sentiasa kelihatan tidak bersih.

Namun apa yang menariknya, Najib tidak pernah didakwa di mana-mana mahkamah. Begitu jua tidak ada satupun tuduhan yang dibuat terhadapnya yang dapat dibuktikan oleh sesiapaun.

Kata Ezam, Anwar Ibrahim pernah mengakui bahawa Najib merupakan salah seorang pemimpin UMNO yang bijak. Betulkah apa yang didakwa Ezam itu?

Altantunya Sharibu wanita Monggolia yang berkecai angkara C4 kepunyaan pihak berkuasa Malaysia pasti akan menghantui Najib.

Bermakna, kediaman rasmi Perdana Menteri di Putra Jaya sedang menanti penghuni barunya. Bukan sahaja Najib, malah Rosmah juga pastinya di'keloi' dari sana.

Apakah ada seperti suara wanita Monggolia yang masih menangis akibat kesakitan dihancurkan oleh C4 dan ditembak berkecai menanti kedatangan penghuni kediaman Perdana Menteri itu ?

Selagi tidak membersihkan dirinya, selagi itu Najib akan berasa bersalah dan selagi itulah Najib akan berasa diekori dimana sahaja dia berada.

No comments: