Wednesday, April 22, 2009

Tun M : Nazri Aziz dan Johari Baharom tidak patut sertai kabinet

Bersuara lagi mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Kali ini kata beliau, Mohamed Nazri Aziz Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Mohd Johari Baharom, Timbalan Menteri Pertanian tidak sepatutnya disenaraikan dalam kabinet Malaysia.

Apa agaknya yang akan dikata oleh Nazri dan Johari terhadap pandangan 'mesra' Mahathir ini.

Zaman Pak Lah dulu, Nazri mudah sangat mem'bodoh'kan sesiapa yang disukainya. Baik di dalam parlimen atau di luar parlimen. Tabiat ini masih ada padanya.

Johari pula selepas ditekan polis dalam kes rasuah RM5juta, terus menjadi OKU bisu. Di Jitra, ramai yang menganggap, ada atau tiada Johari, sama sahaja.

Nazri dan Johari - la hampa jawab sat apa yang Dr Mahathir kata.

Orang Perak dan Kedah kata, "depa dua ni bukan jantan politik. Sembang saja deras".

1 comment:

Anonymous said...

mahathir lupa nak habaq sorang lagi yang lagi besaq, Ali Rustam yang patut gugur drp jadi KM. sungguh malunya orang melaka berKM perasuah...