Thursday, April 30, 2009

USNO, BERJAYA pimpin UMNO Kedah

Sejarah berputar ?

Tun Datu Mustapha Datu Harun, Said Keruak, Harris Salleh, UPKO, BERJAYA dan sebagainya sudah pasti mengingatkan kembali kepada kita tentang politik di Sabah.

Parti-parti dan pemimpin politik di Sabah satu ketika dahulu dipimpin oleh UMNO sehinggalah pada tahun 1990, UMNO sendiri berjaya masuk ke Sabah dan parti Berjaya dan USNO bersatu demi memberi laluan kepada UMNO menapak dan berkembang di sana.

Hari ini setelah 19 tahun berlalu, pemimpin bekas parti dari Sabah pula berjaya menonjolkan kembali sejarah dengan meletakkan Shafie Apdal sebagai pemimpin orang-orang Melayu UMNO di Kedah.

Bahawa putaran roda politik tidak mengenal sesiapa.

UMNO Kedah hilang kewibawaan angkara Mahdzir Khalid. Biarpun Mahdzir menang kerusi Majlis Tertinggi, Najib tidak memerlukannya lagi.

Pemimpin-pemimpin besar UMNO Kedah seperti Tun Mahathir, Tan Sri Abdullah, Osman Aroff, Sanusi Junid, Syed Razak, dan semua ahli-ahli UMNO sekarang berketuakan Shafie Apdal yang membawa pengalaman USNO dan BERJAYA bagi memperbetulkan sikap ahli UMNO Kedah.

Hebat !

UMNO Kedah hilang pemimpin dan 'kemaluan'.

Wednesday, April 29, 2009

Najib tampar muka pemimpin UMNO Kedah

Apabila UMNO meletakkan Shafie Apdal sebagai Ketua Perhubungan UMNO Kedah, Najib seolah-olah menampar muka ahli-ahli kabilah partinya sendiri yang ada di negeri itu.


Beberapa veteran UMNO yang ditemui melahirkan rasa kecewa yang amat sangat.

Seorang wartawan senior pro-UMNO memberitahu, “kami jangkakan Aziz Sheikh Fadzir sebagai pengganti Mahdzir Khalid”.

Beliau yang sangat marah dengan mantan Menteri Besar Kedah itu berkata, “Dia sepatutnya pergi. Tetapi bukan orang Sabah yang diletakkan di Kedah”.

“Nampak sangat UMNO berpecah. Perebutan sesama sendiri sebagai Ketua dalam bahagian sangat memalukan. Tiada yang berani mengangkat dan menyuarakan hasrat akar umbi agar Shafie tidak dibawa ke sini” kata rakan kepada wartawan tersebut.

Beberapa ahli UMNO yang ditinjau pendapat mereka lebih bersetuju kiranya Tan Sri Osman Aroff bekas ADUN Jitra mengambil alih tempat Shafie.

“Tunggu tengoklah. Jika Shafie kekal, UMNO akan lingkup lagi. Najib tidak peka dengan kehendak orang Kedah. Apakah sudah tidak ada ahli UMNO di sini yang berwibawa ? Najib memberikan cek kosong kepada PAS untuk terus memerintah” marah Bang Enu dari Kubang Pasu.

Nampaknya api dalam politik UMNO di Kedah sudah mula membesar.Masing-masing kecewa dengan keputusan Najib dan bertelingkah sesama sendiri merebut jawatan.

Sudah 13 bulan pilihanraya berlalu, nampaknya kedudukan ekonomi dan sosial rakyat telah diabaikan.Sampai bilakah ianya akan terus dibiarkan.


Saturday, April 25, 2009

Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden

Naib Presiden PAS Mohamad Sabu bersedia bertanding ke jawatan Timbalan Presiden pada muktamar parti itu Jun ini jika dicalonkan.

Katanya, "saya ingin membantu Presiden".

Sejarah dapat menyakinkan bahawa Mat Sabu adalah calon yang layak dan sesuai untuk jawatan itu.

Khidmatnya selama ini kepada parti rata-rata dikatakan sebagai 'berbaloi'.

Orangnya cukup berpengalaman bukan sahaja di peringkat dalam negeri tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Walauapapun, pengundi pada muktamar parti akan menentukan kariernya sebagai politikus masa hadapan.

Friday, April 24, 2009

Menteri Malaysia atasi agama

Kabinet di Malaysia mempunyai kuasa mengatasi Al Quran dan Hadis?

Begitu juga, Majlis Mufti perlu akur dengan keputusan kabinet Malaysia.

Terbaru Jawatankuasa kabinet tersebut dalam kes K Pathmanaban atau nama Islamnya Mohd Ridzuan Abdullah menjadikan asas kepada satu lagi keputusan beriramakan 'One Malaysia'.


Kelmarin, jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri di JPM Tan Sri Dr Koh Tsu Koon turut disertai Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam; Menteri di JPM Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom, dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah membuat keputusan bahawa "anak perlu kekal dengan agama asal walaupun salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam"

Dari Siam pergi Kelantan,
Dari Kelantan ke negeri China;
Sesal dahulu jadi pendapatan,
Sesal kemudian tiada gunanya.

Koh Tsu Koon menteri lama menjadi pengerusi tentang hal ehwal Islam? Jamil Khir kan masih baru. Biasa la...

Wednesday, April 22, 2009

Tun M : Nazri Aziz dan Johari Baharom tidak patut sertai kabinet

Bersuara lagi mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Kali ini kata beliau, Mohamed Nazri Aziz Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Mohd Johari Baharom, Timbalan Menteri Pertanian tidak sepatutnya disenaraikan dalam kabinet Malaysia.

Apa agaknya yang akan dikata oleh Nazri dan Johari terhadap pandangan 'mesra' Mahathir ini.

Zaman Pak Lah dulu, Nazri mudah sangat mem'bodoh'kan sesiapa yang disukainya. Baik di dalam parlimen atau di luar parlimen. Tabiat ini masih ada padanya.

Johari pula selepas ditekan polis dalam kes rasuah RM5juta, terus menjadi OKU bisu. Di Jitra, ramai yang menganggap, ada atau tiada Johari, sama sahaja.

Nazri dan Johari - la hampa jawab sat apa yang Dr Mahathir kata.

Orang Perak dan Kedah kata, "depa dua ni bukan jantan politik. Sembang saja deras".

Saturday, April 18, 2009

Malaysia kerajaan tiga PM

Malaysia hari ini ditadbir dari segi politiknya oleh Barisan Nasional dengan parti utamanya ditunjangi oleh UMNO.

Ramai yang ketawakan politik Malaysia. Kata mereka, 'sesuatu yang luar biasa bagi negara demokrasi seperti Malaysia ialah ia satu-satunya negara yang dikatakan mempunyai tiga orang Perdana Menteri pada satu masa'.

Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri ke II, Rosmah Mansor sebagai Perdana Menteri I dan Mahathir Mohamed sebagai Perdana Menteri ke III.

Ada yang berkata, kerajaan tiga beranak Abdullah Ahmad sudah ‘tukar’ kepada kerajaan tiga Perdana Menteri.

Patutlah Ong Tee Kiat Presiden MCA mahukan satu jawatan baru dalam kabinet tiga Perdana Menteri itu – Timbalan PM ke II.

Lebih malang lagi, Samy Vellu yang sudah disepak keluar dari peta politik Malaysia juga mahukan jawatan menteri. Sudah kasi menteri mau pula Timbalan PM ke III. Aiyo-yo Samy. Sudah mendiang politik, lagi mau hidup ka ?

Malaysia boleh!

Bukan sahaja kerajaan tiga Perdana Menteri boleh, tetapi, "Wan Malaysia Wan Najib" juga boleh!.

Parti Anwar Ibrahim cukup banyak masalah

Reformasi yang dilaungkan hasil pemecatan Anwar Ibrahim dari kabinet dan UMNO sejak 2 September 1998 telah melahirkan parti politik Keadilan.

Sehinggalah pada tahun 2003 ianya telah bertukar nama kepada Parti Keadilan Rakyat.

Pilihanraya pada 2008 telah membuatkan PKR memenangi 31 kerusi parlimen.

Baru 13 bulan, kelihatan PKR sebuah parti yang cukup banyak masalah dalamannya. Anwar Ibrahim dilihat gagal mentarbiahkan ahli-ahli partinya lebih-lebih lagi saf kepimpinan PKR.

Bermula dari dua ADUNnya di Perak yang berjaya 'menggadaikan' kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak ke tangan Barisan Nasional, isu Elizabeth Wong di Selangor, isu V Arumugam di Kedah dan kini Fairus Khairudin di Pulau Pinang.

Itu belum dikira isu Ahli Parlimennya di Kulim, 16 September dan Ezam pembawa kotak misteri satu ketika dahulu.

Saya bersetuju pilihanraya kecil diadakan. Ianya mungkin menjadi strategi Pakatan Rakyat untuk melemahkan Barisan Nasional. Lebih-lebih lagi kerajaan Najib Altantunya .

Namun dalam masa yang sama, pemikiran rata-rata pengundi dan pemerhati di atas pagar yang boleh dikelirukan dengan isu pembaziran wang rakyat, membuang masa dan sebagainya perlu diambil kira.

Apa yang membimbangkan lagi rakyat ialah kenapa di dalam PAS dan DAP tidak wujud masalah seperti itu. Jika ada pun masalah dalaman PAS dan DAP ianya dapat diselesaikan secara bermusyawarah.

Dari pemerhatian di Bukit Selambau membuktikan PAS lebih bekerja keras. Tanpa usaha keras PAS, PKR pasti menghadapi laluan yang sukar di situ.

Anwar kini mempunyai dua pilihan.

Pertama, meletakkan calon yang minat dan mahu berkhidmat untuk rakyat.

Atau keduanya, meletakkan sekali lagi calon bidan terjun dan bersedia menerima hukuman rakyat dalam pilihanraya ketiga belas nanti.

Tempias kerenah PKR sudah pasti akan melemahkan PAS dan DAP.

Jangan biarkan musuh berkata, "bicarakan rumput di halaman orang, di halaman sendiri sampai di kaki tangga".

Friday, April 17, 2009

Dr Mahathir bersiap ke Penanti

Pilihanraya di DUN Penanti pula. SPR akan bermesyuarat pada hari Rabu ini untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian.

Dengar-dengar Dr Mahathir Mohamed mantan Perdana Menteri telah bersiap sedia mengatur langkah ke medan pertempuran.


Ramai ahli U
MNO dan BN mulai gusar tentang perkembangan ini.

Kenapa pula ?


Kata mereka, 'yang sudah tu, sudahlah'.

Wednesday, April 15, 2009

TNB tak untung banyak

Tenaga Nasional Bhd untung tak banyak.

Seperti yang diumumkan oleh syarikat berkenaan - cuma RM674.6 juta sahaja.

Bukan keuntungan setahun. Ia adalah keuntungan bagi tiga bulan pertama tahun ini.

Hebat depa ! Dalam dok untung pun ada yang kata 'dok rugi'.

Saturday, April 11, 2009

Zaid : Mahathir seperti Suharto dan Mugabe

Kempen Dr Mahathir pada 7 April yang lalu di pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau sekadar melepaskan gian dan menunjuk-nunjuk sahaja.


Itu yang disifatkan oleh pemerhati politik. Kata mereka, tiada apa kelebihan Mahathir ketika itu malah telah menimbulkan kemarahan orang ramai.

Zaid Ibrahim memberitahu, rakyat sudah tidak mahukan Dr Mahathir. Zaid juga berpendapat UMNO terlalu lemah mendepani mantan Perdana Menteri itu.

Tambah Zaid, ketika berkempen di Sungai Petani, pendengar ceramah Dr Mahathir sangat ramai tetapi tidak memberikan apa-apa kesan malah menambahkan undi calon Pakatan Rakyat.

"Inilah masalah dengan orang seperti Mahathir. Dia perasan bahawa orang sukakannya. Adakalanya orang yang mengelilinginya memberitahu bahawa dia masih diperlukan. Sejarah yang sama berlaku kepada Suharto dan Mugabe" kata Zaid lagi.

Kata Zaid, bukan UMNO yang mahukan Mahathir tetapi tidak ada sesiapa yang berani menghalangnya. Mereka bimbang akan menerima nasib yang sama seperti Pak Lah.

Hebat Mahathir ! Itu sebabnya Najib dikapitnya di bawah ketiaknya. Di hari pertama lagi, Mahathir dan seluruh keluarganya telah berhimpun di kediaman Najib.

Jika sikap ini berterusan tunggulah masanya Rosmah memberontak. Ada orang membisik, "tak tengokkah tv kelmarin. Semasa Najib tengah memotong kek, Rosmah cuma tunjukkan punggungnya kepada Shahrizat".

Difahamkan, Shahrizat dan Rosmah tidak semesra dulu. Malah, Shahrizat terkejut apabila dilantik semula sebagai menteri kerana dia sudah pasti Rosmah akan memainkan jarum untuk menyahkannya.

Bukan setakat itu sahaja, diatas nasihat Mahathir, Khairy Jamaludin telah dikeluarkan dari senarai kabinet Malaysia. Ini merupakan masalah dalaman UMNO yang pastinya akan meletup pada bila-bila masa sahaja.

Najib bakal melakar sejarahnya sendiri. Ia sedang berhadapan bukan sahaja dengan orang di luar partinya, malah ia telah meniupkan api dalam sekam UMNO.

Thursday, April 9, 2009

Kabinet Najib Razak

Senarai jemaah menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini:

PERDANA MENTERI:

Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI:

Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)(muka baru)

2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)

3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)

4. Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)(muka baru)

Timbalan-timbalan Menteri:

1. Datuk Liew Vui Keong

2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim (Senator)

3. Datuk S.K. Devamany

4. Ahmad Maslan

5. T.Murugiah (Senator)

MENTERI KEWANGAN:

Datuk Seri Najib Tun Razak

MENTERI KEWANGAN II:

Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan:

1. Datuk Chor Chee Heung

2. Datuk Dr Awang Adek Hussin (Senator)

MENTERI PELAJARAN:

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan:

1. Datuk Dr Wee Ka Siong

2. Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN:

Datuk Ong Tee Keat

Timbalan:

1. Datuk Abdul Rahim Bakri

2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:

Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan:

1. Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI:

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan:

1. Datuk Wira Abu Seman Yusop

2. Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:

Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim

Timbalan:

1. Datuk Joseph Salang Gandum

2. Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:

Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan:

Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:

Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan:

1. Datuk Hassan Malek

2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI:

Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan:

1. Datuk Dr Hou Kok Chung

2. Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:

Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan:

1. Datuk Mukhriz Mahathir

2. Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:

Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan:

Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:

Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan:

Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN:

Datuk Dr Ng Yen Yen

Timbalan:

Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:

Datuk Noh Omar

Timbalan:

1. Datuk Johari Baharum

2. Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN:

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan:

Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA:

Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan:

Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN:

Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan:

Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN:

Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan:

1. Datuk Razali Ibrahim

2. Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA:

Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan:

Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:

Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan:

Datuk Tan Lian Hoe

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:

Datuk Kong Cho Ha

Timbalan:

Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

Timbalan:

Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR:

Datuk Anifah Aman (muka baru)

Timbalan:

1. A.Kohilan Pillay

2. Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:

Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (muka baru)

Timbalan:

Datuk M.Saravanan

(mStar)