Sunday, August 5, 2007

Musharraf Disokong

Tulisan saya di sini, isinya tidak dipersetujui. Beberapa wargatua berketurunan Hindustani menyokong tindakkan Musharraf dalam peristiwa Lal Masjid dengan alasan orang di Pakistan agak kasar sedikit. Kata mereka, Musharraf yang berasal dari India sudah tentu lebih mengetahui hati budi bangsanya.
Saya kurang menerimanya. Apakah kerana 'kasarnya Pakistani', Musharraf perlu bekerjasama dengan Amerika dan Bush menghancurkan bangsanya. Menghancurkan Afghanistan ? Tiada cara lainkah?
Atau, perang dingin India-Pakistan pada tahun 1965 masih segar dalam ingatan. Dan lukanya masih berdarah ?

2 comments:

tokasid said...

Salam syeh:

Aku tengok perkara ni macam ni: sekarang adalah zaman Islamic bashing. Apa saja tindakan umat Islam yg 'nampak' ganas akan di hentam kiri kanan. Memang ada sesetengah perkara yg dilakukan sememangnya tidak patut dan tidak betul.
tapi Islamic bashing ni tak kira betul ka tak betul. Semua depa ghap sekali arong.

Maka bila ada pemerintah Muslim mengambil tindakan ke atas rakyatnya, tindakan itu akan disokong oleh pem-basher.
Jika tidak diambil tindakan, kerajaan pulak akan di bash mereka.

Tetapi apabila Barat(USA dan Britian esp) melakukan kezaliman,membunuh,menembak orang awam di negara Islam spt Iraq,Afghanistan,Sudan atau Israel membunuh kaum Muslim di Palestine, ada kita dengar concerted US bashing? Ada kita dengar concerted Israeli bashing?
Tidak, kecuali beberapa suara kecil NGO. Sampai negara Islam(konon) pun tak bersuara.

Ini yg menyebabkan kaum Muslim yg tertindas memngambil tindakkan drastik( eg bom berani mati) kerana mereka tahu, dunia luar TIDAK memperdulikan mereka secara serius. Kalau adapun sekadar lip-service.

Bagi aku selagi tindakan mereka tidak melampaui syariat ALLAH dan suruhan atau larangan Nabi s.a.w. dan mereka memang benar2 telah dizalimi tanpa pembelaan, aku sokong.

AFRAR YUNUS said...

salam Dr
aku jumpa dengan beberapa warga tua yg asal mereka dr India dan Pakistan. Banyak perkara sensitif yg mereka bangkitkan.Bagi aku, pandangan aku sama seperti tulisan pertama. apabila kebebasan rakyat cuba dihalang, maka ia menjadikan mereka sebagai bom jangka yg boleh meletup bila-bila masa. bagi pemimpin seperti musharraf yg sudah tahu banyak masalah wujud dengan adanya dia, sehingga rakyatnya mati seperti anak ayam, eloklah dia memikirkan jalan keluarnya.

"Bagi aku selagi tindakan mereka tidak melampaui syariat ALLAH dan suruhan atau larangan Nabi s.a.w. dan mereka memang benar2 telah dizalimi tanpa pembelaan, aku sokong" - memang patut pemimpin yg menzalimi pergi meninggalkan peta dunia.