Friday, August 17, 2007

Ahli UMNO Sama Perangai Tentera Iraq ?

Tun Dr Mahathir Mohamed bekas Perdana Menteri Malaysia berkata, pendiriannya yang tetap menyokong Umno itu tidak semestinya bermakna beliau juga menyokong sepenuhnya kepemimpinan parti.

"Ia seperti ditelan mati emak, diluah mati bapak. Kalau kita beri sokongan dan parti menang 90% atau lebih, pemimpin akan dakwa itu kemenangan mereka"kata Dr Mahathir lagi.

Katanya, tidak seperti bangsa lain, terutama orang Cina yang sangat pandai menggunakan undi mereka ketika pilihan raya secara strategik untuk menyampaikan sesuatu mesej, orang Melayu akan membuta tuli menyokong parti mereka walaupun calon yang diketengahkan adalah “tunggul”, tanpa mengira kepentingan bangsa, agama dan negara.

"Yang penting, orang Melayu sepatutnya boleh menyampaikan mesej kepada pemimpin bahawa mereka mesti meletakkan kepentingan rakyat melebihi segalanya dan jika mereka membuat salah, mereka boleh ditarik turun," tambahnya.

Namun, sejarah politik di Malaysia membuktikan bahawa orang Melayu dari parti PAS tetap teguh dan kekal dengan pendirian mereka dan tidak pernah bertukar arah. Masalahnya ialah dengan orang Melayu dalam UMNO. Mereka yang menjadi ahli biasa boleh dibeli dengan wang RM50.00 dan sehelai kain. Perwakilan peringkat bahagian boleh dibeli dengan harga RM200.00 seperti yang didedahkan oleh Tun Dr Mahathir ketika dicalonkan untuk G7 di bahagian Kubang Pasu.

Jika kita masih ingat, bagaimana tentera Iraq yang dikatakan gagah dan besar jumlahnya tetapi dapat dikalahkan oleh Amerika hanya dalam masa sehari. Dari peringkat bawah sehinggalah peringkat tertinggi dalam pasukan tentera Iraq telah dibeli oleh Amerika dengan harga yang "berpatutan" dengan maruah keji mereka.

Akhirnya negara Iraq kini telah dilelong kedaulatannya.

Apakah silap jika dikatakan tindakan membeli maruah ahli UMNO itu sama dengan 'perangai' keji tentera Iraq ?

2 comments:

tokasid said...

Salam afrar:

Rasuah. Satu penyakit yang dengan terang-terang ALLAH dan Rasul s.a.w. telah larang(HARAMKAN).Bila kita langgar juga larangan ALLAH, kita tunggulah saja akibatnya. Umat akan di hina sehina-hina nya. Semua orang tak suka rasuah.Tapi yang sebut tak suka rasuah pun bila di rasuah dia ambil juga.

Semua tak suka rasuah. Tapi bila terima kain pelikat,baja, duit RM 200 akan terima dan buat keputusan mengikut pemberi. rasuah lah tu. Aku heran macamana ramai yg begitu ngong sekali. Macam2 alasan diberi utk mengatakan itu bukan rasuah.

Akibat kesan rasuah, umat di hina. banyak keputusan merugikan mereka tapi apa boleh buat....

AFRAR YUNUS said...

salam Dr
teringat bab rasuah ni. pada p.raya lepaih, TG Nik Aziz kata, depa bagi kain ambik, bagi duit ambik, bagi gula ambik dsb - tapi mai nak pangkah tu guna akai. tapi puak ni, dia sapu sungguh. dia nampak kebendaan sj. Ishhh, jika dia baca tazkirah Dr, dia pikiak takpa kot. bab kaiamt kah, akidah ke, fardu ain ka, takda flash back cctv atau yg nampak(dia boleh tengok).jadi dia kata lambat lagi hak tu. kita pulon la RM200.00, gula, kain dll. mat salleh kata, ni tak jadi 'demo' 'cracy' lagi, dia jadi 'demo' 'crazy'. bab agama langsung tolak tepi. habeh?