Tuesday, March 30, 2010

Persatuan Pengguna PP (CAP) juga berpolitik ?


Harapkan pagar, pagar makan padi. Harapkan askar, askar pun cabut lari.

Peribahasa yang pertama itu, adalah. Tapi yang kedua itu, saja taroh.

Apabila AJK Persatuan Pengguna berpolitik, pengguna seolah-olah tersepit diantara dua ekor gajah.

Sebut saja soal kepenggunaan, selama ini saya menaruh kepercayaan dan harapan yang cukup tinggi pada Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). Pada tahun 1983, 1984 dan 1985, sebagai wakil pelajar, saya pernah beberapa kali memberikan ruang pada CAP untuk memasuki kampus. Nostalgia sungguh hubungan dengan CAP ini.

Zaman itu zaman Ustaz Yusof, Alam dan beberapa orang lagi yang saya lupa nama mereka.

Saya minat dan seronok dengan cara kerja CAP membantu pengguna. Saya sendiri membantu kawan-kawan mendapatkan pertolongan CAP. Ramai yang dibantu oleh CAP.

Entah tiba-tiba dua tahun yang lalu, ada pegawai di CAP Pulau Pinang seolah-olah mempermainkan aduan anak saya tentang sebuah IPTS di Shah Alam.

Asrama IPTS yang masih wujud dan saya kira menipu itu, dikatakan pegawai CAP sebagai sudah tidak ada, tidak dapat dikesan dan CAP dikatakan gagal membantu berkaitan nasihat perundangan yang diperlukan dalam perkara yang dibangkitkan.

Apabila saya sendiri ke Shah Alam dan menghubungi tuan punya bangunan, barulah saya tahu bahawa sudah ada komunikasi di antara 'Pak Haji CAP' dan 'Mak Datin'.

Ah, apapun Pak Tuan Syed Presiden CAP dan Cikgu Azmi Abd Hamid mungkin boleh memainkan peranan supaya CAP yang banyak jasanya kepada pengguna, tidak menjadi bahan cemuhan masyarakat akibat pengaruh yang tidak diperlukan.

Saya bimbang harapan meninggi pengguna menjadi seperti mencurah air didaun keladi. Biar isu kepenggunaannya dikira kecil oleh sesetengah pihak.

Saya mahu agar persatuan pengguna seperti CAP terus hidup tanpa prejudis dicelah-celah keributan aktiviti manusia dan pembangunan negara.

Jangankan kerana nila setitik, habis satu organisasi CAP dirosakkan.

Sunday, March 21, 2010

Saat senja Musa Hassan, habis madu sepah dibuang

Musa Hassan mengeluh di saat-saat akhir atau dikala senja perkhidmatan awamnya.

Katanya, arahan-arahan tangan-tangan ghaib menjelma di dalam pasukan PDRM samada dari orang politik atau orang tertentu.

"Musa, naik dengan cara anda sehingga membuatkan berada di tempat sekarang akan membuatkan anda jatuh dengan cara yang sama lebih-lebih lagi doa orang yang dianiaya tiada hijabnya menuju Allah swt"
Bagi manusia biasa, mereka akan berkata habis madu sepah dibuang.

Di saat maghrib begini, kata Maslow, manusia sudah mencapai hiraki keperluan dalam kehidupannya iaitu kepuasan diri.

Woodrow Wilson pernah berkata, "the man who is swimming against the stream knows the strength of it".

Baca jika rajin:

Musa: Ada campurtangan 'orang ketiga' dalam PDRM

Saturday, March 20, 2010

MCA mati jika undang UMNO

MCA parti kaum peniaga di Malaysia nampaknya memilih untuk 'gostan' berbanding kehadapan.

Tidak dapat dipastikan, samada Ong Ka Ting bekas Presidennya samada secara sengaja mahu membakar MCA atau ada udang disebalik batu.

Bukanlah bermakna kemelut MCA yang digores dan meletus berkali-kali dek sikap Ong Tee Keat tidak boleh diselesaikan oleh MCA. Kumpulan Chua Soi Lek sedia berentap dan biarlah ada pertandingan secara 'kejantanan'.

Tindakan Ka Ting dilihat sebagai memenuhi desakan pemimpin UMNO yang mahu menggertak kepimpinan MCA sekarang samada selesaikan masalah dalaman dengan segera atau melihat kuda tua Ong Ka Ting dikembalikan demi satu penyelesaian yang saya kira hanya akan berlaku untuk sementara waktu.

Apapun MCA parti kaum Tiong Hua dikira sudah matang. Ia tidak memerlukan campur tangan UMNO yang terpalit dengan tahi anti-demokrasi.

Dari Presiden UMNO sampailah keperingkat ketua cawangan, tiada yang boleh dijadikan contoh atau ikutan.

Anti demokrasi, pelakon bangsa, rasuah, arak, betina, perogol, pembunuh, kronisma, pengkhianat, pengkikis khazanah negara dan segala aib kelihatan ada pada UMNO.

Lebih baik MCA dari UMNO dalam merealisasikan demokrasi mereka.

Menjemput UMNO ibarat dedalu api hinggap ke pohon kayu, hinggap ke MCA - MCA akan mati, hinggap ke MIC - MIC akan pecah.

Baca jika rajin:
Ong Tee Keat dijual ?

Friday, March 19, 2010

CUEPACS : Kaji punca penjawat awam rasuah

KUALA LUMPUR: Cuepacs semalam menggesa kerajaan menjalankan satu kajian bagi mencari punca penjawat awam, terutama mereka yang berada dalam kumpulan sokongan, terbabit dalam rasuah.

Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata, pemerhatian Cuepacs sejak beberapa tahun lalu mendapati skala gaji rendah dan kos sara hidup tinggi mungkin menjadi antara faktor penjawat awam terbabit rasuah.

Beliau berkata, mungkin banyak lagi faktor lain menyebabkan berlaku rasuah dalam perkhidmatan awam dan penting bagi kerajaan mencari punca sebenar gejala ini dan mengambil langkah mengatasinya dengan segera.

"Cuepacs tidak pernah menyokong amalan rasuah dan sentiasa menasihatkan penjawat awam supaya melaporkan kepada ketua jabatan masing-masing sekiranya mereka ditawar dengan rasuah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Zakaria Jaafar, bahawa penjawat awam adalah kumpulan tertinggi yang terbabit dengan rasuah pada tahun lalu. Daripada 191 penjawat awam yang disyaki terbabit, 160 daripadanya adalah daripada kumpulan sokongan.

Ahmad Shah berkata, pemerhatian mendapati skala gaji penjawat awam, terutama dalam kumpulan "petugas penguatkuasaan" dalam negara amat rendah berbanding negara lain. Beliau memberi contoh, seorang konstabel di Taiwan dibayar gaji RM14,000 sebulan, berbanding RM800 hingga RM1,200 di Malaysia. – BERNAMA

Thursday, March 18, 2010

Najib dan Rosmah masuk kubur kambus sendiri

Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia mengambil kesempatan memasukkan 'kepujian' untuk dirinya dan juga untuk isterinya Rosmah Mansur ketika ucapan tersebut dibaca oleh Sultan Mizan Zainal Abidin sebagai Yang Di Pertuan Agong sewaktu merasmikan persidangan parlimen dua hari yang lalu.

Orang kampung pun berkata, "Najib dan Rosmah hebat. Agong puji mereka".

Masuk bakul angkat sendiri, masuk lift tekan sendiri, masuk kubur kambus sendiri.

Begitukah ? TAHNIAH Najib dan Rosmah !

Sunday, March 14, 2010

Mahathir puji Azizan, Mukhriz kata tiada kemajuan

Sewaktu mula-mula menjadi Menteri Besar Kedah kesepuluh, Dr Mahathir Mohamed mantan Perdana Menteri pernah memuji Ustaz Azizan.

Tadi, anak Tun yang juga Ahli Parlimen Jerlun, Mukhriz Mahathir, membayangkan bahawa di bawah pentadbiran Ustaz Azizan selama dua tahun ini, tidak ada sebarang kemajuan.

Saya tak tambah atau kata apa-apa. Cuma teringat Shafie Apdal kata benda yang sama beberapa bulan yang lalu.

Nak tunggu pula komen YB ADUN Sg Limau. Adakah betoi Mukhriz kata lagu tu Ustaz ?

Atau, saja dok lawak adik beradik...

Jika rajin, bolehlah baca :

Apabila Tun M puji MB Kedah

Pembangunan Kedah Di Bawah Pakatan Rakyat Mengecewakan - Mukhriz

Mukhriz MB Kedah kesebelas ?

Sumbangan untuk Lutfi





Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman akan menjalani pembedahan jantung angioplasti, kali ketiga dalam waktu terdekat sebaik cukup dana.
Bagi mereka yang ingin memberi sumbangan untuk membiayai kos rawatan Ahmad Lutfi Othman, boleh menyalurkan bantuan melalui akaun anak beliau


Maybank Ahmad Luqman
Hakim 162179670906
(Diambil Dari Detikdaily)

Saturday, March 13, 2010

Samy goyang JPA

Hanya Samy Vellu sahaja boleh ajar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Saya puji pemuda Gerakan, Devamany-MIC dan Datuk Murugaiah-PPP. Mereka kelihatan ada buat kerja.

Dalam banyak hal, saya kura
ng bersetuju dengan Samy Vellu. Tapi dalam isu seperti ini saya menyokongnya.

Wakil rakyat UMNO ada yang bersuara ?. Harapkan menjadi pejuang palsu Melayu bolehlah.

Pelajar IPT terpaksa ikat perut, harga barang naik, tabung haji naik, tambang pengangkutan awam naik dan bermacam-macam lagi. Ada dengar wakil rakyat UMNO bersuara ?

Syabas Samy. Kasi goyang itu JPA !

Mana ada pejuang Melayu dari UMNO

Dari Penarek Beca : Klik gambar lihat anak panah
Saya bukan benci orang Cina.

Saya nak tergelak apabila ada orang UMNO berkata dia adalah pejuang Melayu. Dengan menobatkan dirinya sendiri sebagai pejuang, maka dia bersekongkol dengan orang Cina dalam semua aktiviti demi memperbodohkan bangsanya yang saban kali pilihanraya memberikan undi kepada mereka (pejuang bangsa konon).

Kemudian dia menuding jari ke arah Pakatan Rakyat yang berbaik dengan Lim Guan Eng.

Baca juga Dari Celah kangkang Cina pejuang palsu menjerit.

Manakala pejuang Melayu Penang kelihatan menjerit dari dalam kain isteri masing-masing.

Wah ! Hebat.

Mereka adalah pejuang-pejuang palsu. Hidup mati mereka adalah dengan taukeh-taukeh. Mereka hidup untuk "makan apa saja". Hatta darah bangsa mereka sendiri dihirupnya.

Jika mereka makan untuk hidup, nescaya sudah terbela bukan sahaja kaum Melayu di Malaysia tetapi juga Cina, India, Siam, Kadazan, Murut, Dayak dan sebagainya.

Adakah 52 tahun itu singkat masanya. Ya bagi mereka yang belum puas mengaut khazanah negara.

Ada yang berkata, jika UMNO boleh menjadi pejuang bangsanya bermakna kiamat sudah hampir tiba.

Buat masa ini mana ada pejuang Melayu dari UMNO untuk membela rakyat Malaysia. Itu cuma indah khabar dari rupa sahaja.

Thursday, March 11, 2010

Berapa ramai wakil rakyat UMNO ke hospital kerajaan


Syabas wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Berapa ramai wakil rakyat UMNO ke hospital kerajaan untuk menerima rawatan. Siapa biasa nampak ?

Jika adapun dikatakan melalui pintu belakang. Biar masyarakat tunggu dan melalui kerenah birokrasi.

Wakil rakyat UMNO adalah dari kalangan yang mendapat projek berjuta-juta. Dia tak mainlah hospital kerajaan.

Hampa yang dok pi sokong depa la, tunggu giliran berjam-jam dan ada yang sampai meninggal dunia.

Ada tak wakil rakyat BN dan UMNO yang melawat seperti Sivakumar dan memberikan cadangan untuk memperbaiki kelemahan di hospital-hospital kerajaan ?

Biasa dengaq ?

Menteri Kesihatan MCA dok sibuk berpolitik. Tak habis-habis. Ketua Pengarah dah berusia 62 tahun. Macam la tak dak orang lain nak gantikan dia.

Siapa menjadi mangsa. Hampa yang dok pi pangkah UMNO la. Tulang belakang BN.

Esok ditakdirkan Pakatan Rakyat menang persekutuan, maka akan timbullah segala kelemahan mak nenek di hospital-hospital kerajaan.

Sesuatu perlu dilakukan. Wajibkan semua yang bergelar wakil rakyat termasuk wakil-wakil rakyat UMNO dan BN ke hospital-hospital kerajaan dahulu dan selepas itu dia nak ke hospital swasta atau ke Amerika, Jerman, Singapura, Thailand atau mana saja, terpulang pada dia.

Adakah nak boleh...