Monday, August 17, 2009

Ong Tee Keat dijual ?

Apakah betul masa hadapan Ong Tee Keat yang memegang jawatan Presiden MCA sejak Oktober 2008 itu adalah yang paling singkat dipersada politik Malaysia seperti yang diramalkan sendiri oleh kebanyakkan masyarakat Tiong Hua ?

Ramai yang beranggapan Ong Ka Ting berjaya melepaskan masalah dalaman parti mereka kepada Tee Keat bersesuaian dengan masanya.

Tee Keat bukan sahaja kelihatan bermasalah dengan orang-orang kanannya lebih-lebih lagi dengan Chua Soi Lek, malah dikatakan tidak bersedia sepenuhnya untuk menerajui parti politik kaum peniaga itu.

Difahamkan juga Chua Jui Meng bekas menteri kesihatan tidak sehaluan dengan presiden MCA sekarang dalam banyak hal. Belum lagi mereka yang menentangnya secara senyap.

Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang dikatakan memakan belanja RM4.6 billion bakal menghancurkan masa hadapan politik beberapa pemimpin MCA. Adakah Tee Keat akan terheret sama.

Isu terbaru iaitu derma RM10 juta dari Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing, walaupun dinafikan oleh Tee Keat ada menerimanya, sudah pasti membuka tajuk baru polemik dalaman parti MCA biarpun menerima campur tangan Timbalan Presiden UMNO.

Saya selalu menjangkakan bahawa kaun Cina merupakan politikus dan pemerhati politik yang baik buat masa ini. Keputusan pilihanraya kedua belas membuktikannya.

Apakah MCA akan berjaya mengadakan pilihan baru kepimpinan dalam partinya. Ramai yang menjangkakan jika ini berlaku, presiden berusia 53 tahun ini tidak akan bertahan lama.

Apapun, Tee Keat perlu membuka langkah kearah perdamaian yang lebih positif sebelum kaum peniaga menjualnya keluar dari parti MCA atau stidak-tidaknya dari senarai kepimpinan mereka.

Api perkelahian di dalam MCA masih menyala walaupun peralihan kuasa sudah berlalu. MCA juga kelihatan seolah-olah belum berhenti berperang sesama sendiri.

1 comment:

Anonymous said...

otk cuma menjalankan tugas sahaja.. sesiapa yang berada dalam laluan yang di jaga oleh otk akan terkena tempiasnya.. dan ternyata ramai yang berada dalam laluan tersebut.. mengakibatkan jatuhnya populariti otk.. anyway kita tonton saja drama mca ni hingga penghujungnya...

...adioss....