Wednesday, April 14, 2010

Hulu Selangor : Samy-Palanivel atau Muhyiddin-Mugilan ?

Aiyo...

Palanivel dan Mugilan. Siapa calon yang mewakili Barisan Nasional di Hulu Selangor.

Palanivel atau Mugilan.

Samy suka Palanivel. UMNO tak suka Palanivel. MIC dan Samy tak mahu Mugilan, UMNO dan Muhyiddin banyak suka Mugilan.

MCA banyak ketawa. Samy sudah naik 'dara'.

Dulu, Mahathir pun takutkan Samy. Sekarang Muhyiddin tarak peduli Samy.

Palanivel Mugilan, Mugilan Palanivel, Palanivel Mugilan, Mugilan Palanivel...

Sapa dapat jadi calon ?

Samy Vellu Muhyiddin, Muhyiddin Samy Vellu, Samy Muhyiddin, Muhyiddin Samy...

Tuesday, April 13, 2010

Lutfi menjalani 'bypass'

Prosedur Angioplasti jantung yang ketiga bagi Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman pada pagi Isnin 12 April 2010 tidak dapat dilakukan.

Difahamkan Lutfi perlu menjalani pembedahan jantung bypass dengan segera. Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan beliau dan kesabaran buat ahli keluarganya.

Semoga pembedahan tersebut berjalan lancar dan berjaya.

Lutfi turut juga mengucapkan jutaan teima kasih di atas doa, ingatan, dan segala bantuan dari semua pihak khususnya dari Harakah. - Detikdaily.

Monday, April 12, 2010

Malaysia pengeluar terbesar bayi dunia

Buang bayi sudah menjadi perkara biasa di Malaysia.

Berapa ramai yang 'termengandung' dan melahirkan bayi diambil tindakan undang-undang. Minta Jabatan Agama keluarkan statistik untuk kes-kes seperti ini yang terdiri dari penganut agama Islam.

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia pula melalui menterinya Shahrizat Jalil seolah-olah menggalakkan pelaku zina menghantar bayi kepada mereka.

Beliau juga ada pakej mesra. Ibu bayi akan diberikan kaunseling, bantuan kewangan, diberi perlindungan, dibekalkan vitamin, makan sehari enam kali dan bermacam-macam lagi.

Tindakan ? Tak pernah terbaca pun dalam pakej.

Adakalanya pakej ini tidak terdapat di rumah sendiri.

Mungkin lepas ini Malaysia boleh dikenali sebagai negara pengeluar terbesar bayi di dunia.

Esok bila orang bertanya, mirip siapa anak ini ?

Itu bukan soalnya.

Soalnya ialah anak 1Malaysia. Versi untuk diekspot pun ada ! Begitu ?

Saturday, April 10, 2010

CUEPACS : Minta pinjaman rumah turun pada dua peratus

KUALA LUMPUR 7 April - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan supaya mengurangkan kadar faedah pinjaman perumahan penjawat awam kepada dua peratus dari empat peratus sekarang.
Ia bagi diselaras dengan kadar pasaran semasa.

"Banyak bank kini mengenakan kadar yang kurang daripada empat peratus dan kerajaan patut mengambil langkah yang sama untuk menyelaras kadar berkenaan,” kata Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zin.

Beliau memberi alasan bahawa kadar empat peratus itu sudah lama diperkenalkan iaitu sejak awal 70-an.

"Oleh kerana sudah hampir 40 tahun, keadaan sudah berbeza maka penyesuaian perlu dilakukan,” katanya. - BERNAMA

Tuesday, April 6, 2010

MIC boleh tapi bukan G Palanivel di Hulu Selangor

Kumpulan UMNO di Hulu Selangor berkata, MIC boleh tanding di situ tetapi bukan calonnya bernama G.Palanivel.

Tentu Samy naik darah bila mendengar ini.

Kata Samy, Palanivellah yang terbaik sesudahnya. Puak UMNO buat tak faham-faham. Jangan biarkan Samy melenting.

Samy sudah bersedia untuk dikalahkan. Dia juga sudah tambat Subramaniam sebagai 'kambing hitam'.

UMNO pula tak mahu menggunakan Palani dan Samy sebagai batu loncatan untuk dimalukan oleh Pakatan Rakyat.

Aiyo Samy...

Saturday, April 3, 2010

Isu Zambry Kadir : Suara Keadilan tidak betul ?


Laporan Suara Keadilan tidak benar ?

Thursday, April 1, 2010

1Malaysia 2Darjat

Najib Tun Razak tidak tetap dengan pendiriannya. Sekejap dikatakan satu Malaysia, dan sekejap lagi katanya satu bangsa pun boleh didahulukan.

Bermakna slogan 1Malaysia yang dilaungkan kini sudah kembalikan kerajaan sekarang kepada apa yang pernah dimiliki kerajaan Pak Lah dan Perdana Menteri sebelum itu.

Tiada yang baru.
[ Kamus Dewan mendefinisikan 'darjat' bersamaan makna dengan martabat, pangkat, taraf, kedudukan, tingkat, peringkat, kelas sosial]

(Dari : Malaysian Mirror)

Tuesday, March 30, 2010

Persatuan Pengguna PP (CAP) juga berpolitik ?


Harapkan pagar, pagar makan padi. Harapkan askar, askar pun cabut lari.

Peribahasa yang pertama itu, adalah. Tapi yang kedua itu, saja taroh.

Apabila AJK Persatuan Pengguna berpolitik, pengguna seolah-olah tersepit diantara dua ekor gajah.

Sebut saja soal kepenggunaan, selama ini saya menaruh kepercayaan dan harapan yang cukup tinggi pada Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). Pada tahun 1983, 1984 dan 1985, sebagai wakil pelajar, saya pernah beberapa kali memberikan ruang pada CAP untuk memasuki kampus. Nostalgia sungguh hubungan dengan CAP ini.

Zaman itu zaman Ustaz Yusof, Alam dan beberapa orang lagi yang saya lupa nama mereka.

Saya minat dan seronok dengan cara kerja CAP membantu pengguna. Saya sendiri membantu kawan-kawan mendapatkan pertolongan CAP. Ramai yang dibantu oleh CAP.

Entah tiba-tiba dua tahun yang lalu, ada pegawai di CAP Pulau Pinang seolah-olah mempermainkan aduan anak saya tentang sebuah IPTS di Shah Alam.

Asrama IPTS yang masih wujud dan saya kira menipu itu, dikatakan pegawai CAP sebagai sudah tidak ada, tidak dapat dikesan dan CAP dikatakan gagal membantu berkaitan nasihat perundangan yang diperlukan dalam perkara yang dibangkitkan.

Apabila saya sendiri ke Shah Alam dan menghubungi tuan punya bangunan, barulah saya tahu bahawa sudah ada komunikasi di antara 'Pak Haji CAP' dan 'Mak Datin'.

Ah, apapun Pak Tuan Syed Presiden CAP dan Cikgu Azmi Abd Hamid mungkin boleh memainkan peranan supaya CAP yang banyak jasanya kepada pengguna, tidak menjadi bahan cemuhan masyarakat akibat pengaruh yang tidak diperlukan.

Saya bimbang harapan meninggi pengguna menjadi seperti mencurah air didaun keladi. Biar isu kepenggunaannya dikira kecil oleh sesetengah pihak.

Saya mahu agar persatuan pengguna seperti CAP terus hidup tanpa prejudis dicelah-celah keributan aktiviti manusia dan pembangunan negara.

Jangankan kerana nila setitik, habis satu organisasi CAP dirosakkan.

Sunday, March 21, 2010

Saat senja Musa Hassan, habis madu sepah dibuang

Musa Hassan mengeluh di saat-saat akhir atau dikala senja perkhidmatan awamnya.

Katanya, arahan-arahan tangan-tangan ghaib menjelma di dalam pasukan PDRM samada dari orang politik atau orang tertentu.

"Musa, naik dengan cara anda sehingga membuatkan berada di tempat sekarang akan membuatkan anda jatuh dengan cara yang sama lebih-lebih lagi doa orang yang dianiaya tiada hijabnya menuju Allah swt"
Bagi manusia biasa, mereka akan berkata habis madu sepah dibuang.

Di saat maghrib begini, kata Maslow, manusia sudah mencapai hiraki keperluan dalam kehidupannya iaitu kepuasan diri.

Woodrow Wilson pernah berkata, "the man who is swimming against the stream knows the strength of it".

Baca jika rajin:

Musa: Ada campurtangan 'orang ketiga' dalam PDRM

Saturday, March 20, 2010

MCA mati jika undang UMNO

MCA parti kaum peniaga di Malaysia nampaknya memilih untuk 'gostan' berbanding kehadapan.

Tidak dapat dipastikan, samada Ong Ka Ting bekas Presidennya samada secara sengaja mahu membakar MCA atau ada udang disebalik batu.

Bukanlah bermakna kemelut MCA yang digores dan meletus berkali-kali dek sikap Ong Tee Keat tidak boleh diselesaikan oleh MCA. Kumpulan Chua Soi Lek sedia berentap dan biarlah ada pertandingan secara 'kejantanan'.

Tindakan Ka Ting dilihat sebagai memenuhi desakan pemimpin UMNO yang mahu menggertak kepimpinan MCA sekarang samada selesaikan masalah dalaman dengan segera atau melihat kuda tua Ong Ka Ting dikembalikan demi satu penyelesaian yang saya kira hanya akan berlaku untuk sementara waktu.

Apapun MCA parti kaum Tiong Hua dikira sudah matang. Ia tidak memerlukan campur tangan UMNO yang terpalit dengan tahi anti-demokrasi.

Dari Presiden UMNO sampailah keperingkat ketua cawangan, tiada yang boleh dijadikan contoh atau ikutan.

Anti demokrasi, pelakon bangsa, rasuah, arak, betina, perogol, pembunuh, kronisma, pengkhianat, pengkikis khazanah negara dan segala aib kelihatan ada pada UMNO.

Lebih baik MCA dari UMNO dalam merealisasikan demokrasi mereka.

Menjemput UMNO ibarat dedalu api hinggap ke pohon kayu, hinggap ke MCA - MCA akan mati, hinggap ke MIC - MIC akan pecah.

Baca jika rajin:
Ong Tee Keat dijual ?