Saturday, June 6, 2009

Hj Mahfuz terpilih, Mat Sabu tidak

Naib Presiden PAS
Tuan Ibrahim Tuan Man 871undi
Salahuddin Ayub 824undi
Dato' Hj Mahfuz Omar 636undi


Timbalan Presiden
Nasharuddin Mat Isa 480 undi
Datuk Husam Musa 281 undi
Mohamad Sabu 261 undi

Pada yang terpilih tahniah dan syabas. Mereka yang tidak terpilih, diharap terus komited dengan perjuangan membantu saf kepimpinan.

Thursday, June 4, 2009

Calon Timbalan dan Naib Presiden

Kurang berkemampuankah mereka ? Berpuloh tahun di dalam perjuangan PAS, ibarat lilin membakar diri

Saturday, April 25, 2009

Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden

Naib Presiden PAS Mohamad Sabu bersedia bertanding ke jawatan Timbalan Presiden pada muktamar parti itu Jun ini jika dicalonkan.

Katanya, "saya ingin membantu Presiden".

Sejarah dapat menyakinkan bahawa Mat Sabu adalah calon yang layak dan sesuai untuk jawatan itu.

Khidmatnya selama ini kepada parti rata-rata dikatakan sebagai 'berbaloi'.

Orangnya cukup berpengalaman bukan sahaja di peringkat dalam

Tuesday, June 2, 2009

Mahfuz terbukti ketokohannya


Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, perwakilan PAS seluruh Malaysia akan membuat pemilihan saf kepimpinan yang baru.

Bagi jawatan Naib Presiden, terdapat seramai lima orang calon.
Mereka adalah Salahuddin Ayub, Tuan Ibrahim Tuan Man, Mohd Amar, Mahfuz Omar dan Mujahid Rawa.

Apapun ramai yang berpandangan bahawa salah seorang dari mereka yang perlu diberi perhatian adalah Mahfuz Hj Omar. Bekas Ketua Pemuda dan Ketua Penerangan PAS Pusat sekarang.

Beliau bukan sahaja pemimpin yang disegani dan digeruni di peringkat parlimen, malah di peringkat negeri, kebangsaan dan.......

Wednesday, June 3, 2009

Mampukah Samy dan 'pendatang asing' ajar Utusan

Samy Vellu mahu penulis penghasut di Utusan Malaysia didakwa di bawah Akta Hasutan.

Katanya, penulis tersebut melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang asing.

Bermakna, Samy juga termasuk dalam golongan pendatang asing. Agaknya berbeza sedikit dengan PATI.

Penulis penghasut tidak membayangkan perkara itu.

Mungkin Samy mahu dikategorikannya sebagai PADI - Pendatang asing dengan izin.

Inilah konsep permuafakatan di dalam Barisan Nasional yang diuar uarkan Perdana Menteri Najib Razak sebagai 'wan' Malaysia.

Jika Samy dan parti komponen yang dianggap penulis itu sebagai pendatang asing berjaya membawa penulis penghasut tersebut ke mahkamah, maka bolehlah diandaikan bahawa 'wan'Malaysia sudah berjaya disemai.

Jika tidak, kata orang Kedah, parti-parti politik dalam BN selain UMNO ibarat mengharapkan matahari mensaljikan iklim politik Malaysia.

Samy, MIC, MCA, Gerakan dan 'parti yang ahlinya dikira pendatang asing' oleh penulis penghasut di Utusan Malaysia itu, perlu 'mengajar dan menunjuk jalan' kepada media UMNO itu.

Itupun jika ada 'jantan'nya !

Tuesday, June 2, 2009

Mahfuz terbukti ketokohannya


Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, perwakilan PAS seluruh Malaysia akan membuat pemilihan saf kepimpinan yang baru.

Bagi jawatan Naib Presiden, terdapat seramai lima orang calon.
Mereka adalah Salahuddin Ayub, Tuan Ibrahim Tuan Man, Mohd Amar, Mahfuz Omar dan Mujahid Rawa.

Apapun ramai yang berpandangan bahawa salah seorang dari mereka yang perlu diberi perhatian adalah Mahfuz Hj Omar. Bekas Ketua Pemuda dan Ketua Penerangan PAS Pusat sekarang.

Beliau bukan sahaja pemimpin yang disegani dan digeruni di peringkat parlimen, malah di peringkat negeri, kebangsaan dan peringkat antarabangsa.

Isu-isu yang sering dibawa beliau menjurus pada kehendak rakyat. Beliau dilihat sebagai salah seorang pemimpin yang sering membuat home work sebelum mebawa isu ke mana-mana peringkat.

Begitu mudah didekati dan disayangi oleh pelbagai lapisan rakyat tanpa mengira fahaman politik.

Pemilihan beliau sudah tentu dapat membantu presiden dan timbalan presiden. Dengan pengalaman berpuloh tahun di dalam politik dan mempunyai 'track record' yang bersih, cakap-cakap berkaitan dirinya untuk menandingi jawatan Naib Presiden di dalam parti perlu dilihat sebagai satu aset kepada negara.

Dengan adanya beliau di dalam saf kepimpinan nanti, bukan sahaja PAS akan berdiri sama tinggi dengan parti-parti lain malah akan kelihatan lebih gah dan mampu menghadapi cabaran mendatang.

Monday, June 1, 2009

Kerabat diraja Kelantan disuntik sehingga berdarah

Apakah benar cerita menantu diraja Kelantan ini ?

Jakarta - Kekejian yang dialami Manohara Odelia Pinot sungguh mengerikan. Selain tubuhnya disilet, Mano mengaku disuntik bila dia berusaha melawan. Pernah setelah disuntik, Mano muntah darah.

Manohara menceritakan kejadian kejam itu usai jumpa pers di Markas Laskar Merah Putih, Jalan Biak, Petojo, Jakarta Pusat, Minggu (31/5/2009). Dalam jumpa pers itu, Mano mengenakan gaun krem dengan motif bunga-bunga merah dipadu cardigan coklat. Mano didampingi ibunya, Daisy Fajarina, Direktur Laskar Merah Putih Eddy Hartawan dan tim pengacara ibu Manohara.

Menurut Mano, ia sempat akan disuntik saat mencoba kabur ketika kerabat Kelantan ke Singapura, Sabtu (30/5/2009) kemarin. Sebelumnya, ia dua kali disuntik. Setelah disuntik, keesokan harinya Mano muntah darah.

"Saya muntah darah dan nggak lebih dari 4 hari berat saya naik 10 kilo. Itu kan nggak wajar," kisah Mano.

Mano menduga pihak Kesultanan Kelantan menyuntiknya karena ingin ia kelihatan gemuk atau sedang hamil. Padahal di Kelantan, Mano sangat takut makan. Ia takut makanan yang diberikan kepadanya itu mengandung obat-obatan.

"Sebenarnya saya takut makan karena pernah sekali makan habis itu langsung cepat tidur. Atau jadi grogian," cerita Mano.

Seandainya benar, apa pandangan putera Perak dalam hal mereka yang mengatasi politik ?
(detikNews-Foto Tabloid Nova)

Saturday, May 30, 2009

Pengikut PPP berani, tidak seperti MIC

Baru-baru ini Mohd Najib Tun Razak memperkenalkan slogan 'wan' Malaysia. Lepas beberapa hari, Perak pula dikatakan ada "wan' Perak dan dua semuanya atau wan Malaysia dua Perak.

Bermaksud satu Perak ada dua Menteri Besar, ada dua Speaker, dua DUN dan sama sepertinya.

Kini, ada pula 'Wan' PPP dua Presiden. Wan parti politik PPP, Murugiah dan Kayveas sebagai presiden.

Tabik T.Murugiah. Setakat ini nampak ada ciri-ciri kepimpinan, berani dan berketrampilan. Bukan sahaja di dalam PPP tetapi di dalam Barisan Nasional.

Berbanding dengan MIC, ahli dan kepimpinannya yang sentiasa dikatakan suka menyembah dan melutut di hadapan Samy Vellu, tidak akan dapat membuat perubahan di dalam parti itu walaupun lima puloh tahun lagi. Itu sebabnya orang Tamil di Malaysia terutama sekali penyokong MIC ketinggalan dalam segala segi.

Bukan sahaja kerana dianaktirikan oleh UMNO tetapi kerana sikap Samy Vellu dan juga kerana pengikut-pengikutnya yang setia dan taat membabi buta terhadap kepimpinan parti yang ada.

Jika pengikut MIC mahu maju, kena cari Murugiah di dalam MIC. Bukankah mantan Timbalan Presiden, Subramaniam masih ada ?

Thursday, May 28, 2009

Hospital Kangar patahkan tulang bayi baru lahir ?

Doktor di Hospital Kangar patahkan tulang bayi baru lahir ?

Hospital lagi.

Ismail Merican bebas tanpa perlu menjawab kepada rakyat. Satu-satunya Kementerian di Malaysia yang sinonim dengan qada' dan qadar.

Dan satu-satunya kementerian yang tindakan pegawai-pegawai perubatannya 'dibiaqpi'kan oleh orang Melayu Malaysia.

Dan juga satu-satunya kementerian yang tindakan pegawai perubatan seperti ini tidak diambil tindakan tatatertib dan tidak dibantah oleh mana-mana kesatuan sekerja.
(Foto:Flickr)

Saturday, May 23, 2009

Ezam dan KJ dirindui di Penanti

Walaupun Barisan Nasional tidak bertanding, ramai yang mahukan agar Ezam Md Noor pemuda waja yang satu ketika dahulu pernah bersama-sama Anwar Ibrahim datang berceramah di Penanti.

"Kami rindukan suara lunaknya" kata Maqbul Ismail seorang penduduk di sini.

Ezam yang lebih dikenali sebagai pembawa kotak-kotak misteri dikatakan banyak menyimpan rahsia Anwar dan kelemahan Parti Keadilan Rakyat.

"Jika boleh digandingkan dengan KJ, itu lebih baik" kata veteran UMNO yang hanya mahu dikenali sebagai Mak Limah.

"Kita tahu ada calon bebas yang dijadikan proksi UMNO" tegas Halim B Othman.

Friday, May 22, 2009

Kehakiman MB Perak : Sewelnya pengatur politik

Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa Zambry Kadir adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Dengan keputusan itu juga bermakna, semua Sultan mempunyai kuasa untuk memecat Menteri Besar di negeri-negeri kecuali ada mahkamah yang lebih tinggi yang membatalkan keputusan yang dibuat tiga orang hakim di mahkamah persekutuan tadi.

Seperti juga persempadanan semula kawasan pilihanraya yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada tahun 2003 sebagai talian hayat untuk menyelamatkan UMNO dan BN yang nazak suatu ketika dahulu. Mahathir dan partinya gembira apabila dengan tindakannya bersekongkol dengan Suruhanjaya Pilihanraya menampakkan hasil bilamana ramai pemimpin-pemimpin pembangkang terkorban apabila keputusan pilihanraya kesebelas diumumkan.

Akhirnya, pilihanraya umum kedua belas memakan diri UMNO dan BN. Pengundi yang sama bertindak balas terhadap UMNO dan BN.

Mungkin jika keputusan di Perak berkekalan seperti hari ini, jangan terkejut istana-istana akan dan boleh bertindak balas mengorbankan Menteri Besar dari UMNO dalam jangka waktu akan datang.

Selagi hak mengundi tidak dikembalikan kepada rakyat di Perak, kesemua institusi yang ada termasuk istana, mahkamah, polis, SPR, SPRM, kabinet Malaysia, UMNO Perak, Penasihat Undang-Undang (Jabatan Peguam Negara), SUK dan mereka yang terlibat secara diam-diam, telah membeli saham menderhaka dan menangiskan rakyat dan demokrasi di Perak.

Kebenaran sentiasa berkekalan sehingga ke syurga walapun tidak selalu kelihatan menang.

Manusia-manusia sewel kuasa sedaya upaya cuba mengaturkan politik dunia tanpa mengira hak, kepentingan dan masa depan rakyat tetapi akhirnya ada 'pencipta' yang menentukan kerakusan mereka.

Empayar Russia dan Shah Reza Pahlavi merupakan contoh yang belum terpadam dek sejarah untuk dijadikan rujukan, kajian dan panduan.

Tuesday, May 19, 2009

Penasihat Undang-Undang tipu Sultan Perakkah ?

Apabila Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan pada 11 Mei yang lalu bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah, adakah ini bermakna bahawa Penasihat Undang-Undang Negeri Perak Datuk Ahmad Kamal Md Shahid telah memberikan fakta yang salah atau menipu Sultan Perak supaya mempercayai bahawa Zambry yang bercita-cita haram itu boleh menjadi Menteri Besar halal dengan Sultan mempunyai kuasa memecat MB yang halal pada ketika itu ?

Atau, adakah Kamal Shahid mempunyai kelayakkan yang sepatutnya sebagai Penasihat Undang-Undang ?

Atau, semasa memberikan nasihat, Kamal Shahid sedang pening dan tidak normal ?

Orang kampung lagi pening. Depa dok tanya macam-macam.
Ini baru tiga soalan.

Kamal, hang tolong jawab sat...