Monday, January 26, 2009

Isu Kugan :Syabas Murugiah dan Devamany

Bagi saya diantara contoh wakil rakyat Barisan Nasional yang membuat kerja ialah T Murugiah dan K Devamany.


Dengan kehadiran mereka di Hospital Serdang, memang betul seperti kata Ketua Polis Selangor, akan berubah bukti. Bukti yang bagaimana ?

MCA pun melahirkan sokongan supaya kes Kugan diadili dengan sebaik mungkin. Bagi PAS, Keadilan, DAP dan Majlis Peguam, mereka sudah menyuarakan agar satu Suruhanjaya Bebas ditubuhkan.

Di mana pemuda Umno ? Tidak kelihatan atau kedengaran apa-apa kenyataan jantan daripada mereka dalam isu ini. Kepada merekakah orang Melayu perlu bergantung harap ?

Syabas kepada Murugiah dari parti PPP dan Devamany dari MIC. Andaikan jika Dolah yang berada ditempat Kugan ?

Nak harapkan pemuda Umno membantu, ibarat mimpi disiang hari. Oleh kerana Dolah itu beragama Islam, seluruh keluarga, masyarakat dan negara akan diminta untuk menelan isu Qada dan Qadar.

"Apa boleh buat, sudah sampai ajal. Kita terima sajalah. Usah disalahkan sesiapa".

Saya hampir-hampir percaya dengan kenyataan Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar bahawa bukan polis yang terlibat dalam kejadian itu.

Walaupun saya tidak suka dengan perangai Samy Vellu dalam banyak hal tetapi dalam isu ini saya berharap partinya tidak akan melepaskan 'binatang' yang mengerjakan Kugan.

Kugan, 22, yang ditahan pada 15 Jan di lokap Balai Polis Taipan di Subang Jaya kerana disyaki terlibat dalam kecurian kereta mewah di Kajang, mati semasa disoal siasat oleh pihak PDRM.

Hospital Serdang pula apa hal ?

Jika ada sijil kematian yang sudah dikeluarkan, bolehkan dipaparkan untuk umum ? Saya berasa hairan juga kerana ada Timbalan Menteri, ketua parti politik dari komponen BN, pemimpin-pemimpin pembangkang dan majoriti masyarakat seperti tidak percaya dengan Hospital Serdang?

Kenapa agaknya ?

5 comments:

Anonymous said...

Saya pernah kehilangan kereta. Mungkin bukan Kugan yang balas tetapi, bagaimana perasaan saya...

AFRAR YUNUS said...

salam sdra,
saya pernah kehilangan sahabat, ia dibunuh tetapi pembunuh terlepas dari hukuman. kereta hanyalah mainan duniawi.
saya pernah hilang kasut, namun saudara seagama saya di palestin hilang kaki.

beberapa bulan yang lalu, saya terbaca akhbar arus perdana di malaysia mengatakan:

-ada anak mantan ketua polis menjadi penjenayah di jalan masjid india
dan ada juga cerita sahih
-ada anak sdra mantan pm menjadi penagih dadah dan menyamun sana-sini
-ada anak datuk bandar membunuh anak jiran saya
-ada kerabat diraja penagih yg membunuh bapanya
sdra
doa orang yang teraniaya mudah diterima allah swt.

Anonymous said...

Salam
Saya juga kehilangan keupayaan fizikal (kemalangan) & kehilangan kereta (walaupun mainan duniawi) - susahlah nak ke masjid.

Anonymous said...

Salam tuan,
Kereta mainan duniawi?? ... bagi tuan yang banyak duit & melihat perkara yang lebih global?
tapi:
kekerapan kawan saya ke masjid agak terbatas (motosikal kena curi)- akibat kekurangan keupayaan kaki -mmacam saudara kita di Israel (nikmat yang ditarik Allah). Ganti dengan basikal, pun kena kebas - walau dirantai.
Kenalan lain berulang alik dari Seremban ke HUKM - kerana anak sakit - juga keretanya dicuri di Cheras.
Mengapa agaknya Israel masih angkuh di Palestin, sedangkan kita turut bersembahyang hajat & berdoa agar Israel. Tepatkah doa kita. Mari kita muhasabah ... di mana silap kita. janji Allah tidak pernah mungkin(i.e: doa orang yang teraniaya ...) Adakah kita orang teraniya @ orang yang kufur nikmat... nauzibillah. Ampuni saya kalau saya tersalah..

AFRAR YUNUS said...

salam kembar siam penulis yg sama,
allah tidak memaksa hambanya untuk melakukan sesuatu yg diluar kemampuannya.

pemerintah bukan sahaja perlu jaga politiknya. ia perlu mendidik rakyat untuk menjadi manusia bertamadun, ada ilmu pendidikan. dididik supaya tidak mencuri selipar dimasjid juga.

berkaitan tulisan sdra "Mengapa agaknya Israel masih angkuh di Palestin, sedangkan kita turut bersembahyang hajat & berdoa agar Israel. Tepatkah doa kita. Mari kita muhasabah"

alhamdulillah jika kita sama-sama berdoa, solat hajat dsb.

tapa janganlah harapkan agar tadi berdoa sekejap lagi akan terkabul. terus usaha dan baru bertawakkal.