Saturday, April 11, 2009

Zaid : Mahathir seperti Suharto dan Mugabe

Kempen Dr Mahathir pada 7 April yang lalu di pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau sekadar melepaskan gian dan menunjuk-nunjuk sahaja.


Itu yang disifatkan oleh pemerhati politik. Kata mereka, tiada apa kelebihan Mahathir ketika itu malah telah menimbulkan kemarahan orang ramai.

Zaid Ibrahim memberitahu, rakyat sudah tidak mahukan Dr Mahathir. Zaid juga berpendapat UMNO terlalu lemah mendepani mantan Perdana Menteri itu.

Tambah Zaid, ketika berkempen di Sungai Petani, pendengar ceramah Dr Mahathir sangat ramai tetapi tidak memberikan apa-apa kesan malah menambahkan undi calon Pakatan Rakyat.

"Inilah masalah dengan orang seperti Mahathir. Dia perasan bahawa orang sukakannya. Adakalanya orang yang mengelilinginya memberitahu bahawa dia masih diperlukan. Sejarah yang sama berlaku kepada Suharto dan Mugabe" kata Zaid lagi.

Kata Zaid, bukan UMNO yang mahukan Mahathir tetapi tidak ada sesiapa yang berani menghalangnya. Mereka bimbang akan menerima nasib yang sama seperti Pak Lah.

Hebat Mahathir ! Itu sebabnya Najib dikapitnya di bawah ketiaknya. Di hari pertama lagi, Mahathir dan seluruh keluarganya telah berhimpun di kediaman Najib.

Jika sikap ini berterusan tunggulah masanya Rosmah memberontak. Ada orang membisik, "tak tengokkah tv kelmarin. Semasa Najib tengah memotong kek, Rosmah cuma tunjukkan punggungnya kepada Shahrizat".

Difahamkan, Shahrizat dan Rosmah tidak semesra dulu. Malah, Shahrizat terkejut apabila dilantik semula sebagai menteri kerana dia sudah pasti Rosmah akan memainkan jarum untuk menyahkannya.

Bukan setakat itu sahaja, diatas nasihat Mahathir, Khairy Jamaludin telah dikeluarkan dari senarai kabinet Malaysia. Ini merupakan masalah dalaman UMNO yang pastinya akan meletup pada bila-bila masa sahaja.

Najib bakal melakar sejarahnya sendiri. Ia sedang berhadapan bukan sahaja dengan orang di luar partinya, malah ia telah meniupkan api dalam sekam UMNO.

Thursday, April 9, 2009

Kabinet Najib Razak

Senarai jemaah menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini:

PERDANA MENTERI:

Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI:

Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)(muka baru)

2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)

3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)

4. Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)(muka baru)

Timbalan-timbalan Menteri:

1. Datuk Liew Vui Keong

2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim (Senator)

3. Datuk S.K. Devamany

4. Ahmad Maslan

5. T.Murugiah (Senator)

MENTERI KEWANGAN:

Datuk Seri Najib Tun Razak

MENTERI KEWANGAN II:

Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan:

1. Datuk Chor Chee Heung

2. Datuk Dr Awang Adek Hussin (Senator)

MENTERI PELAJARAN:

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan:

1. Datuk Dr Wee Ka Siong

2. Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN:

Datuk Ong Tee Keat

Timbalan:

1. Datuk Abdul Rahim Bakri

2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:

Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan:

1. Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI:

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan:

1. Datuk Wira Abu Seman Yusop

2. Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:

Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim

Timbalan:

1. Datuk Joseph Salang Gandum

2. Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:

Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan:

Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:

Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan:

1. Datuk Hassan Malek

2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI:

Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan:

1. Datuk Dr Hou Kok Chung

2. Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:

Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan:

1. Datuk Mukhriz Mahathir

2. Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:

Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan:

Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:

Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan:

Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN:

Datuk Dr Ng Yen Yen

Timbalan:

Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:

Datuk Noh Omar

Timbalan:

1. Datuk Johari Baharum

2. Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN:

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan:

Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA:

Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan:

Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN:

Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan:

Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN:

Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan:

1. Datuk Razali Ibrahim

2. Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA:

Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan:

Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:

Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan:

Datuk Tan Lian Hoe

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:

Datuk Kong Cho Ha

Timbalan:

Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

Timbalan:

Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR:

Datuk Anifah Aman (muka baru)

Timbalan:

1. A.Kohilan Pillay

2. Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:

Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (muka baru)

Timbalan:

Datuk M.Saravanan

(mStar)

Wednesday, April 8, 2009

Kedah hampir terbunuh ?

Jangan buka mulut ikut sedap rasa.

Itu nasihat pengundi Bukit Selmbau kepada Najib Tun Razak dan Tun Dr Mahathir.

Apakah masej yang cuba disampaikan oleh rakyat ?

Tamparan untuk Najib yang baru beberapa hari menjadi Perdana Menteri keenam dan tamparan kepada Dr Mahathir yang baru beberapa hari menjadi ahli UMNO. Keghairahan Mahathir meletakkan Najib di bawah ketiaknya, memberikan petunjuk bahawa rakyat sudah muak dengan tindakannya itu dan geli-gelimang dengan kenyataan berbelit-belit Mahathir.

Mahadzir Khalid yang dok panaskan badan nak menjadi MB Kedah semula terpaksa memasang niat lain.

Apa habaq PA Exco yang mengharapkan kekalahan calon PKR ?

Kedah dilanggar beberapa kali tetapi belum sampai terbunuh.

Tuesday, April 7, 2009

Keputusan tiga PRK 2-1

Setelah berjuang selama sembilan hari, akhirnya pemimpin dan pengundi Pakatan Rakyat membuktikan bahawa mereka telah melakukan yang terbaik.






DUN BUKIT SELAMBAU

(DUN di Kedah)
Pengundi - 35,140

Melayu – 50.2%, Cina 19.3%, India 29.5% dan lain-lain 1%

CALON
1.S Manikumar (PKR)
2.S Ganesan (MIC)


Bebas


1- R Loganathan 2- Tan Hock Huat 3- Mohd Radhi Mat Lazim 4- Mohd Fadzli Wahab 5- Abdul Rahim Abu 6- L Sarala 7- A Jayagopal 8- S Moganakumar 9- Khamis Awang 10- Husaini Yaacob 11- Venason Michael 12- Mejar (B) Anuar Abdul Hamid 13- T Chandrarajan


BUKIT GANTANG
(Parlimen di Perak )
Pengundi 55, 562

Melayu – 63.5%, Cina 27.1%, India 9.1% dan lain-lain 0.2%
CALON
1.Mohd Nizar Jamaluddin (PAS)

2.Ismail Saffian (Umno)

3.Kamarul Ramizu Idris (Bebas)

BATANG AI
(DUN di Sarawak)
Pengundi 8,006

Iban 95%, Melayu 1.25% dan Cina 3.75%
CALON
1.Malcolm Mussen Lamoh (PRS) 2.Jawah Gerang (PKR)


Keputusan:
DUN Bukit Selambau - PKR menang

Bukit Gantang - PAS menang

Batang Air - BN menang.
(Grafik Malaysiakini)

Sunday, April 5, 2009

B.Selambau dan B.Gantang : Siapa pilihan ?

Lima puloh tahun lamanya. Penduduk Bukit Selambau pernah diwakili oleh wakil rakyat Barisan Nasional. Cuma tiga belas bulan yang berlalu, PKR mengambil alih kawasan tersebut.

Bayangkan lima puloh tahun tanpa air dan elektrik. Tanah untuk dipacak tiang elektrik dan saluran air yang menjadi masalah utama adalah kepunyaan pejuang-pejuang BN.

Pejuang BN gagal memberikan kebenaran kepada pengundi-pengundi yang menyokong mereka.

Usah dibaca masalah lain. Sekadar keperluan asas yang tidak pernah dinikmati ini pun sudah cukup menyayat hati.

Siapa lagi perlu disokong untuk menjadi wakil masyarakat di Bukit Selambau dan Bukit Gantang.

Untuk menegakkan demokrasi yang hampir senget dan tempang di Malaysia, berikanlah peluang kepada calon Pakatan Rakyat mewakili anda di Dewan Undangan Negeri dan Parlimen yang dipertandingkan.

Menyesal dahulu ada gunanya. Berfikir sejenak sebelum memangkah adalah lebih baik.

Iran : Tiada perubahan polisi AS

Tiada perubahan dalam polisi atau dasar luar Amerika Syarikat.

Ayatollah Ahmad Khatami berkata cuma perbezaannya buat masa ini ialah Barack Obama kurang memperbesar-besarkan satu-satu isu berbanding dengan bekas Presiden GW Bush.

Ayatollah berkata demikian ketika berkhutbah di kampus Universiti Tehran.

Kenyataan pemimpin Amerika yang mahu hulurkan tangan diplomasi disifatkan lebih kepada propaganda. Katanya lagi, Iran masih dituduh menyokong pengganas dan terlibat dalam program nuklear yang akan membawa bencana kepada dunia.

"Jika Amerika benar-benar berubah, Iran tidak akan menolak untuk bekerjasama dengan negara itu" kata Ayatollah.

(Iran Daily)

Saturday, April 4, 2009

Tun M serang Kedah Isnin ini

Malam ini Anwar Ibrahim nak mendedahkan cerita politik pemimpin UMNO dan BN di DUN Bukit Selambau. Ramai yang dok nanti isu apa yang nak dibawanya.

Mereka yang kecewa dengan 16 September berkata, "Jangan-jangan gempaq saja".

Tapi Tun Mahathir nak serang Kedah pada 6 April jam 5.00 petang. Tentu berita gembira bagi penyokong-penyokong Mahathir. Baik penyokong dari UMNO atau PAS.

Jangan terkejut. Di Jerlun, ramai penyokong PAS mengundi Mukhriz dalam PRU kedua belas yang lalu. Begitu juga di Kedah. Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan telah dipuji oleh Dr Mahathir beberapa bulan yang lalu.

Ramai penyokong PAS tidur 'tak' lena. MB mereka dipuji mantan Perdana Menteri. Takkanlah Dr Mahathir nak apa-apakan Kedah.

Jika boleh penyokong-penyokong PAS ini tidak mahu basuh tangan selama dua minggu selepas bersalaman dengan mantan Perdana Menteri itu.

Politik - Apa pun boleh jadi. Penyokong-penyokong ini bersedia melepaskan bola tendangan Mahathir.
(Foto:Malaysiakini)


Friday, April 3, 2009

Mampukah Najib bertahan

Tuanku Mizan Zainal Abdidn YDP Agong Malaysia berkenan melantik Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam pagi tadi diistana negara.

Perlantikan beliau menerima reaksi yang berbeza.

Walaupun beberapa pemimpin pembangkang telah menghantar memorandum kepada Agong supaya menangguhkan upacara angkat sumpah perlantikan itu, namun ianya tetap diteruskan.

Tun Dr Mahathir merupakan orang yang paling gembira kerana strateginya 'menghambat' Abdullah Ahmad dari Jabatan Perdana Menteri dikira berjaya.

Najib dan Rosmah yang diikuti dan dibaluti pelbagai tuduhan skandal boleh tersenyum lebar kerana segala dakwaan terhadap mereka masih merupakan tuduhan sahaja. Tiada siapa dapat membuktikan apa-apa.

Tapi untuk berapa lama ? Ini yang menjadi persoalan. Isu Altantunya Sharibu tetap menjelma dimana sahaja Najib berada.

Masalah ekonomi, pengangguran, kenaikan harga barang-barang keperluan, PPSMI, ISA, rasuah, SPRM, PDRM, krisis perlembagaan di Perak dan pelbagai isu sedang menanti Najib.

Mampukah Najib bertahan dan untuk berapa lama ?
(Foto Malaysiakini)

Thursday, April 2, 2009

Jumpa Obama di Bukit Selambau

Kelmarin ketika di Bukit Selambau Kedah, terserempak dengan Obama Malaysia a.k.a Dato' G.Ganesan calon Bukit Selambau yang mewakili Barisan Nasional.

Dia sempat berbisik. Katanya, "Hey Afrar, tolonglah kempen untuk kemenangan saya".

Kawan saya ini menjadikan Obama sebagai idolanya. Kenapa tidak Najib, Mahyuddin, Zahid atau Samy Vellu ?
(Gambar:Kosmo)

Wednesday, April 1, 2009

Najib dan Rosmah di'keloi' suara Altantunya

Apakah Mohd Najib Tun Razak pasti menduduki kerusi Perdana Menteri keenam pada 3 April 2009 ini ?

Beliau merupakan bakal Perdana Menteri yang paling banyak dituduh. Najib sentiasa kelihatan tidak bersih.

Namun apa yang menariknya, Najib tidak pernah didakwa di mana-mana mahkamah. Begitu jua tidak ada satupun tuduhan yang dibuat terhadapnya yang dapat dibuktikan oleh sesiapaun.

Kata Ezam, Anwar Ibrahim pernah mengakui bahawa Najib merupakan salah seorang pemimpin UMNO yang bijak. Betulkah apa yang didakwa Ezam itu?

Altantunya Sharibu wanita Monggolia yang berkecai angkara C4 kepunyaan pihak berkuasa Malaysia pasti akan menghantui Najib.

Bermakna, kediaman rasmi Perdana Menteri di Putra Jaya sedang menanti penghuni barunya. Bukan sahaja Najib, malah Rosmah juga pastinya di'keloi' dari sana.

Apakah ada seperti suara wanita Monggolia yang masih menangis akibat kesakitan dihancurkan oleh C4 dan ditembak berkecai menanti kedatangan penghuni kediaman Perdana Menteri itu ?

Selagi tidak membersihkan dirinya, selagi itu Najib akan berasa bersalah dan selagi itulah Najib akan berasa diekori dimana sahaja dia berada.