Friday, January 9, 2009

Nasrallah dan Hosni di bumi Arab

Hosni Mubarak dari Mesir salah seorang pemimpin bangsa Arab yang sudah lama menguasai pemerintahan Mesir - sejak 1981. Tidak kira ianya dengan cara autokrasi atau demokrasi.

Tangannya banyak membantu Israel dalam memusnahkan bangsanya sendiri. Banyak telah dilakukan oleh rakyat Mesir untuk me'nyah'kannya dari peta politik Arab hatta beberapa percubaan membunuhnya turut gagal.

Hosni menggantikan Anwar Sadat sebagai Presiden. Agaknya Hosni lupa Anwar telah ditembak mati oleh musuh-musuh politiknya.

Di rantau Arab, bukan seorang sahaja pemimpin bangsa Arab yang tangannya bermandikan darah rakyat mereka sendiri seperti Hosni tetapi bilangannya ramai.

Ramai yang mengatakan bahawa bangsa Arab memerlukan pemimpin seperti Sayyid Hassan Nasrallah pemimpin Hizbullah yang menewaskan Israel dalam peperangan pada tahun 2006 yang lalu.

Namun, Nasrallah lahir dari acuan Syiah yang menjadikan Ayatollah Ruhullah Khomeini sebagai ikutannya. Sedangkan pemimpin bangsa Arab fobia dengan cara pentadbiran Khomeini.

Jika pemimpin bangsa Arab kekal dengan mereka yang sedia ada, tidak kemanalah politik Palestin.

Setiap hari akan berlaku malapetaka di bumi Arab. Amerika dan Israel pasti gembira dengan situasi itu.

Thursday, January 8, 2009

Tun Mahathir : PAS tidak boleh dipercayai

Dalam tulisan terbaru diblognya, Tun Mahathir menyatakan bahawa pilihanraya kecil Kuala Terengganu adalah tidak penting.


“Samada BN menang atau kalah, kerajaan Terengganu tak akan berubah” kata Tun Mahathir.



Mungkin Tun sudah lupa keputusan pemilihan pada tahun1987. Beliau cuma menang 43 undi melawan Tengku Razaleigh merebut jawatan Presiden Umno. Ketika itu beliau berkata, “menang satu undipun, dikira menang”.



Beliau menulis, PAS sebuah parti yang tidak boleh dipercayai kerana tidak berpegang kepada prinsip. “PAS sanggup membelakangkan prinsip kerana nak jaga hati komponen Pakatan”.



Beliau memberikan contoh berkaitan isu babi. Katanya, bagi PAS, menternak, menyentuh dan menjual babi tidak menjadi apa-apa hal kerana perkara itu tidak disebut di dalam Al Quraan.

Tulis beliau lagi, “PAS tidak boleh dipercayai oleh sesiapa. Ia sanggup "bend backwards" untuk kepentingan politik semasa”.



PAS dikatakan Tun Mahathir sebagai sanggup memberikan tanah Kampung Baru semata-mata untuk menarik undi kaum Cina.



Terdapat 8,787 pengundi Cina yang dikatakan sedang menghantui Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari ini.



Berkaitan anggapan Tun terhadap calon BN di Kuala Terengganu, Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad pula berkata berkata, “Dr Mahathir boleh kata apa sahaja kerana ia tidak releven kepada BN”



Jika betul pilihanraya kecil ini tidak penting, adalah lebih baik BN tidak meletakkan calonnya. Buat apa menghabiskan wang rakyat yang begitu banyak?



Beberapa kawan dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah terutama sekali dari agensi KEMAS yang berkampung di Kuala Terengganu memberitahu saya, “sukar bagi BN menang. Kaum Tiong Hua tidak mahukan BN. Orang Melayu pula mahukan calon PAS”.


Tetapi, ramai pula ahli PAS di Kedah percayakan Tun Mahathir.


Namun ada juga yang berkata, tunggulah masanya, takkanlah Tun nak biarkan kampungnya Kedah terus dikuasai PAS.


Saturday, January 3, 2009

Arab dikelas paling rendah

Israel menanti tindakan dari negara-negara jantan Islam. Menanti apa yang dapat dilakukan oleh pemimpin-pemimpin jantan Islam.

Israel tahu bangsa Arab bukanlah jantan. Bangsa Arab masih berkhayal dengan kekayaan mereka. Arab yang otak mereka terletak dilutut. Arab yang bodoh sombong. "Buta huruf"yang paling banyak peratusnya adalah di negara mereka.

Bangsa Arab yang pernah Allah swt turunkan Rasul dan Nabi untuk mendidik mereka dan membawa mereka keluar dari jahiliah.

Tamadun mereka masih belum berkembang. Terlalu kurang yang dapat dijadikan contoh daripada mereka.

Malaysia menyertai negera-negara lain mengadakan demonstrasi dan bantahan di atas apa yang disifatkan dunia sebagai pencerobohan Israel terhadap kedaulatan negara lain.

Sekurang-kurangnya orang Malaysia prihatin. Mereka bukanlah dari bangsa Arab jahiliah. Jika adapun orang Arab di Malaysia, mereka sudah dibudaya adatkan dengan tamadun sebelah sini.

Tunggu dan lihat, bukan sahaja Israel malah negara-negara lain di dunia memperlekehkan Arab yang pemimpin negara mereka bercakap, berbincang dan menyuarakan masalah sesama mereka menggunakan wang dan bukannya akal.

Selagi pemimpin bangsa Arab tidak dipimpin, selagi itu bangsa Arab akan menjadi bangsa kelas 'paling rendah' dipandangan dunia terutama sekali dipandangan negera-negara barat.

Pemimpin bangsa Arab hanya pandai bercakap dari atas katil dan dari dalam kelambu sahaja. Ada yang mengatakan menolong pemimpin Arab sama seperti membantu melepaskan anjing tersepit.

Cumanya pemimpin bangsa Arab masih belum kelihatan memakai gelang ditangan seperti isteri-isteri mereka.

Monday, December 29, 2008

Gaza menangis diambang Muharram

Berapa tahun lagikah diperlukan untuk memartabatkan pemimpin bangsa Arab ?

Beberapa tahun yang lalu Shabra dan Shatila telah menyaksikan peyembelihan bangsa mereka. Kini, lebih dua ratus dikhuatiri mati di Gaza di dalam perang yang baru dua hari dilancarkan Israel negara 'terkuat' dirantau Asia Barat itu.

Ramai yang beranggapan OIC hanya akan bermesyuarat sahaja untuk menyelesaikan kemelut tersebut. Entah bagaimana, tiba-tiba Gaddafi dari Libya bersuara mahukan tindakan segera diambil terhadap Israel.

Saya teringat apa yang dikatakan kepada saya oleh Saiyad seorang dari beratus pemuda Afghanistan yang berniaga di Kota Makkah. "Bangsa ini otaknya terletak dilutut. Bangsa yang kaya tetapi bodoh dan sombong".

Jika beberapa hari yang lalu ada karikatur dalam blog AdibahAhmad yang menunjukkan wajah Rasulullah berpakaian jubah dan melakarkan sesuatu yang tidak dapat diterima masyarakat Islam, begitulah apa yang ditunjukkan oleh seorang peniaga Arab kepada kami lima belas tahun yang lalu.

Menunjukkan kemaluannya yang sedang tegang dalam jubahnya sambil menunjuk kearah ibu-ibu, kakak-kakak dan adik-adik dari Malaysia yang sedang membeli-belah dikedainya.

Bukan semua bangsa Arab begitu. Tapi itulah paparan sejarah yang sering ditonjolkan oleh masyarakat bukan Islam ketika bangsa Arab berada di Thailand dan lain-lain negara untuk bercuti.

Berita kelmarin, cucu Raja Kuwait yang menyewa kereta Ferrari di England pada kadar melebihi RM7000.00 seminggu telah menjahanamkan kereta tersebut. Ini baru soal menyewa kereta. Belum bab akidah, ego dan status sosialnya. Kekayaan material mereka digunakan untuk keseronokkan dan berfoya-foya.

Bak tulisan Prof Shahnon Ahmad Sasterawan Negara beberapa tahun yang lampau. Jika ditakdirkan Allah swt mengangkat atau mencabut Kaabah dari bumi Arab, nescaya tidak ada sesiapa lagi yang akan berpijak ke tanah arab itu.

Betapa rendahnya tahap pemikiran bangsa Arab. Lebih-lebih lagi pemimpin-pemimpin di negara mereka seperti yang diungkapkan Saiyad kepada saya, "otak mereka terletak dilutut".

Untuk memimpin bangsa Arab bukanlah kerja mudah. Betapa Allah swt menurunkan Rasulnya untuk tujuan tersebut seribu empat ratus tahun yang lalu.

Tetapi, selagi pemimpin bangsa Arab tidak dipimpin, selagi itulah banyak lagi Gaza akan menangis dan penghuninya akan disembelih.

Siapakah yang bertuah itu dapat kembalikan bangsa arab ke jalan yang lurus ?

Saturday, December 27, 2008

Blog menghina Rasulullah

Blog tersebut yang menggunakan nama ADIBAH telahpun ditarik balik.

Blog has been removed

Sorry, the blog at adibahahmad.blogspot.com has been removed.

This address is not available for new blogs.

Friday, December 26, 2008

Bible dalam BM : Apa kata KJ dan Mukhriz

Abdullah Ahmad Perdana Menteri Malaysia kelima bukanlah ahli parti PAS atau Keadilan. Abdullah adalah legasi Umno yang dipilih oleh Mahathir Mohamed menggantikannya sebagai Perdana Menteri.

Hatta Abdullah tidak pernah dipilih oleh ahli-ahli partinya sendiri untuk mengepalai Umno.

Ramai yang mengatakan Abdullah adalah seorang yang lembik. Banyak menerima tunjuk ajar daripada budak-budak 'hingusan politik' yang berada di tingkat empat Jabatan Perdana Menteri.

Begitu juga menerima nasihat daripada wartawan Hadhari yang tiada pengalaman dan minat politik terhadap Umno.

Di zaman Dr Mahathir, ramai yang menggelar mantan Perdana Menteri itu sebagai Maha Firauan, mamak, diktator, penghalang kebebasan media, perosak demokrasi dan bermacam-macam lagi. Terbaru seperti kata orang nombor dua Gapena - di zaman Mahathir, ramai yang takut untuk bersuara.

Apapun, kedua-dua politikus ini adalah 'hasil' dari acuan yang sama iaitu Umno.

Entah betul atau tidak, ramai pengkritik Mahathir mengatakan bahawa Abdullah lebih liberal dari Mahathir. Diatas sikap terbukanya itu sekarang, Timbalan Pengerusi Persatuan Kristian Malaysia Dr Eu Hong Seng mahukan kerajaan yang dipimpin oleh seorang yang terbuka seperti Abdullah membenarkan Bible ditulis atau dicetak dalam bahasa Malaysia.

Eu mencadangkan perkara ini ketika Abdullah hadir di rumah terbuka hari Krismas persatuan itu kelmarin.

Eu juga mengucapkan terimakasih kepada Abdullah kerana membenarkan ruang demokrasi yang lebih luas termasuk kebebasan untuk bersuara.

Pilihanraya Kuala Terengganu tidak berapa hari sahaja lagi. Ramai yang mahu mendengar apa kata Khairy Jamaludin dan Mukhriz Mahathir tentang permintaan persatuan Kristian Malaysia ini.

Kedua-dua mereka adalah waris Perdana Menteri dan waris bekas Perdana Menteri. Kebetulan juga, kedua-dua mereka adalah calon Ketua Pemuda Umno Malaysia.

Jika bersetuju katakan ya, jika tidak katakan tidak.

Thursday, December 25, 2008

Hari Krismas : Mat Sabu contohkan Khomeini









"Sudah sampai masanya kita hidup dengan pemikiran tenang dan matang"
. Itu diantara isi ucapan Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS, parti Islam terbesar di Malaysia.

Beliau mahukan semua penganut agama menghormati agama masing-masing dan agama penganut lain.

Sempena Hari Natal, kata Mohamad Sabu lagi, sikap pemimpin Revolusi Islam Iran, Imam Khomeini yang pernah menghantar mesej kepada penganut agama Kristian perlu dijadikan contoh.

Di Malaysia, sejak merdeka lagi, budaya menakutkan bangsa dan agama, budaya mengungkit sejarah, budaya menghunus keris, budaya temberang, budaya tanpa integriti, budaya mengisi tembolok pemimpin parti pemerintah dan budaya 'akulah yang lebih' menjadikan budaya-budaya ini satu adat yang sukar pula dikikiskan.

Kenapa begitu ?

Almarhum Imam Khomeini - pada dirinya ada kepimpinan melalui teladan. Khomeini tidak pernah 'menyapu' harta negara, tidak pernah kelihatan terlibat dengan rasuah, tidak pernah mengandungkan anak-anak luar nikah, tidak terlibat dalam memamah hak dan kedaulatan rakyat Iran dan padanya ada contoh-contoh yang boleh diikut dan diamalkan.

Sahabat dan musuh menyanjung tinggi keperibadiannya. Khomeini mempunyai jiwa pejuang. Khomeini seorang ulamak yang memimpin revolusi Iran menentang kezaliman pemerintah Iran yang terdahulu.

Ilmu dan semangat yang ditiupkannya ke dalam sanubari rakyat Iran beserta dengan contoh kepimpinannya menjadikan dirinya bukan sahaja dihormati dan diikuti oleh rakyatnya tetapi juga menggentarkan musuh-musuh besar seperti Amerika dan lain-lain negara barat.

Jauh bezanya Khomeini dengan pemimpin negara kita sekarang. Ibarat jauhnya matahari dari manusia.

Jika saranan Mohamad Sabu supaya Khomeni dijadikan contoh dapat dituruti, nescaya bukan sahaja mereka yang bukan Islam, malah pemimpin-pemimpin dalam Umnolah orang yang pertama tidak lagi akan mempertikaikan hudud.
(Foto:Dari blog ?)

Saturday, December 20, 2008

Sains dan Matematik : Gapena hangat-hangat tahi ayam ?

Seronok mendengar apa yang dicakapkan oleh Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) melalui Ketua Duanya Profesor Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar.

Inilah dikatakan ada kejantanan. Jika tidak, asyik-asyik Persatuan Guru Guru Sekolah Cina Dong Jiao Zong sahaja yang bersuara.

Hishamuddin Tun Hussein sudah diberi kata dua oleh Latiff. Samada memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris atau tunggu sahaja tindakan mahkamah dari Gapena.

Katanya lagi, zaman Dr Mahathir semua orang takut bercakap. Sekarang ada sedikit kebebasan dan beliau turut mengambil kesempatan itu untuk bersuara.

Kita tunggu tindakan yang bakal diambil Gapena. Harap-harap tu ianya bukan kata-kata hangat-hangat tahi ayam.


Buktikan kepada kerajaan terutama sekali kepada Kementerian Pelajaran bahawa persatuan-persatuan Melayu terutama sekali seperti Gapena bukanlah ibarat daun yang kering. Boleh ditiup dan dihembus ikut suka orang politik.

Friday, December 19, 2008

Penswastaan IJN : Pemimpin Malaysia belum boleh

Apabila British memerdekakan Malaya pada tahun 1957, banyak dasar-dasarnya ditinggalkan kepada warisnya iaitu Parti Perikatan di Malaysia.


Diantara dasar pasca kemerdekaan yang diamalkan sehingga sekarang ialah ‘dasar mengisi tembolok pemimpin parti pemerintah’. Dasar ini telah membuatkan jurang ekonomi sesama kaum dan diantara kaum menjadi tidak stabil.


Pada tahun 1983 Perdana Menteri Malaysia ketika itu Dr Mahathir Mohamed telah memperkenalkan Dasar Persyarikatan dan Dasar Penswastaan Negara.


Memang baik hasrat mewujudkan dasar itu. Diantara lain tujuannya ialah untuk dikongsi bersama agensi kerajaan dan syarikat swasta dalam memainkan peranan untuk kesejahteraan rakyat dan negara.


Dasar penswastaan dilaksanakan secara separa, kontrak, terpilih, urusniaga dan sebagainya.


Maka pada ketika itu kerajaan meuar-uarkan bahawa matlamat penswastaan adalah untuk meningkatkan kecekapan, menambahkan mutu pengeluaran, meningkatkan penjanaan pertumbuhan ekonomi negara, meramaikan golongan usahawan dan meringankan bebanan rakyat.


Hari ini setelah 25 tahun dasar ini dilaksanakan, apakah ada persaingan dan dayamaju hasil dari dasar ini yang boleh meringankan bebanan dan dapat memanafatkan rakyat ?


Tenaga Nasional adalah syarikat yang lahir dari adunan kerajaan dan swasta. Apabila harga minyak dipasaran naik, mereka dengan cepat-cepat menaikkan kadar tarif elektrik di seluruh Malaysia.


Apabila harga bahan api tersebut turun sehingga ke paras bawah USD40.00, TNB memberikan alasan ia bergantung pula kepada harga pasaran arang batu.


Senangkah rakyat dari penswastaan sebegini ? Belum lagi melihat gaji dan elaun eksekutifnya yang mencecah berpuloh ribu seorang setiap bulan.


Lihat pula kacukan kerajaan dan swasta yang melahirkan Lembaga Lebuhraya Malaysia. Tidak ada tanggungjawab sosial yang kelihatan dimainkan oleh badan ini. Dari Alor Star ke Kuala Lumpur kadar tolnya mencecah RM60.00 sehala.


Masuk akalkah ? Ringankah bebanan rakyat hasil penswastaan ?


Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang memonopoli perkhidmatan feri. Setelah dikahwinkan swasta dan kerajaan, kadar tambang ferinya menokok.


Kurangkah bebanan rakyat ?


Perkhidmatan air dibeberapa negeri diswastakan. Harganya meningkat mendadak. Tempat letak kereta dibeberapa kawasan kerajaan tempatan diswastakan. Bayarannya naik berkali ganda.


Untungkah rakyat ? Beberapa bulan yang lalu, Pakatan Rakyat mnengadakan tunjuk perasaan membantah kenaikan seperti ini di Kuala Lumpur.


Kutipan sampah diswastakan dibeberapa kerajaan tempatan. Cukai pintu dinaikkan kerana alasan itu. Perkhidmatannya masih ditakok lama. Sampah berlonggokan dan busuk sehingga beberapa hari.


Ringankah bebanan pengguna ?


Kemasukan ke universiti diswastakan juga ? Pelajar berhutang beribu-ribu dari PTPTN dan beberapa agensi lain. Hilanglah sudah tanggungjawab sosial dan negara untuk rakyat. Senangkah pelajar dan rakyat ?


Belum lagi dilihat impak perkahwinan agensi kerajaan dan swasta yang melahirkan Telekom Malaysia, Pos Malaysia, Jabatan Penerbangan Awam, KTM, pengangkutan awam yang lain dan sebagainya.


Lena sungguh Unit Peranccang Ekonomi (UPE) Jabatan Perdana Menteri yang diberikan tugas mencetus dan melaksanakan dasar penswastaan ini. Bahagiakah UPE melihat penderitaan rakyat ?


Sepatutnya UPE memantau dan melaksanakan garispanduan yang perlu dibayar rakyat kepada setiap perkhidmatan yang diberi hasil pernikahan agensi kerajaan dan swasta yang melahirkan penswastaan tersebut.


Kelihatan unit ini berpeluk tubuh melihat perjalanan dasar penswastaan yang sedang memperkosa hak pengguna Malaysia.


Strategi kerajaan Barisan Nasional di bawah Mahathir Mohamed sehinggalah sekarang dalam dasar penswastaan dilihat gagal dalam matlamat asalnya.


Saling lengkap melengkapikah dasar penswastaan dengan DEB ?


DEB itu sendiri memecah-mecahkan rakyat kepada pelbagai kelompok.


Datang pula Dasar Penswastaan yang memindahkan kuasa kawalan, kepentingan kerajaan kepada sektor swasta yang dikuasai oleh kroni yang mengaut keuntungan yang berlebih-lebihan hasil keringat berdarah rakyat Malaysia.


Kini, Hospital juga mahu diswastakan. Institut Jantung Negara juga mahu diswastakan. Tanah-tanah kerajaan juga diswastakan.


Bila lagi mahu swastakan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, masjid-masjid, sekolah-sekolah dan agensi-agensi berkepentingan awam yang lain ?


Jabatan Perdana Menteri Malaysia juga sudah diswastakankah ? Ramai bapa-bapa menteri sudah diswastakan. Masakan tidak.


Mereka seharusnya bersuara mewakili rakyat. Olehkerana telah diswastakan, lidah mereka mewakili korporat.


Umno dan BN adalah warisan penjajah yang diswastakan minda mereka oleh kerajaan British melalui dasar pecah dan perintahnya. Pada Umno dan BN tanggungjawab sosial sudah tidak ada. Semuanya sudah perlu diniagakan.


Tanggungjawab sosial juga perlu diniagakan. Ibarat ada isteri tetapi perlu dilacurkan kerana dasar penswastaan .


Terengganu : Muka berpandangan, lupakah yang lalu?

Tidak kira siapa yang terpilih sebagai calon wakil rakyat bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Pas berharap mampu untuk mendapatkan kerusi itu semula.

Keyakinan ini dilahirkan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Apakah pengundi Melayu di Terengganu telah melakukan kesilapan ?

Adanya kesilapan 'orang tua' atau 'orang lama' di Terengganu ketika pilihanraya kedua belas yang lalu dan ianya boleh diperbaiki dan perlu diperbetulkan. Anak-anak muda di Terengganu mampu melakukannya.

Banyak isu yang melibatkan kerajaan negeri, soal Idris Jusoh, Syarikat Jusoh, Patrick Badawi, projek masjid kristal, Batu Burok, perhimpunan ganas bukan budaya kita dan sebagainya. Apakah semudah itu dilupakan.

Royalti minyak petronas untuk rakyat Terengganu sememangnya ada. Namun kerana kerakusan politikus Umno dan hanya kerana berlainan aliran kafahaman politik, rakyatnya didera dan disengsarakan.

Berbudikah pemimpin Umno kepada rakyat Terengganu yang menjulangnya selama beberapa penggal tetapi menghiris mereka sesudah adanya percubaan memilih pemimpin lain dilakukan.

Muka berpandangan, budi kedapatan, kasih bagai selamanya juga. Apakah begitu rakyat Terengganu?