Tuesday, August 24, 2010

Bonus kakitangan : Persekutuan dan Kedah?

Ramai kakitangan perkhidmatan awam Persekutuan dan Negeri Kedah tertanya-tanya samada kedua-dua kerajaan berkenaan akan memberikan bonus sepertimana yang diumumkan oleh kerajaan Negeri Pulau Pinang.

En Shabri berharap kerajaan persekutuan sekurang-kurangnya memberikan sebulan gaji sebagai bonus kepada penjawat awamnya.

Manakala Encik Mokhtar yang bertugas di Negeri Kedah meminta agar kepimpinan negeri mempertimbangkan untuk meringankan bebanan kakitangan awamnya sempena Eidul Fitri ini.

Ramai kakitangan awam yang menghubungi alkerohi menaruh harapan agar dengan peningkatan harga barangan dan dengan kedatangan hari raya tidak berapa lama lagi, kerajaan menghargai sumbangan penjawat awamnya dengan pemberian bonus tersebut.

5 comments:

ALI MAIDIN said...

untung jadi kakitangan awam, boleh juga merayu. Orang kg harap harga getah naik. Ha ha

azman kamarul said...

Jangan minat bonus wahai saudara-saudara ku sekelian.Lupakah kalian najib telah mengatakan bahawa "TIDAK BERMORAL UNTUK MINTA BONUS".

Kalau kalian nak dapat pendapatan lebih kalian kena lah cari projek dan "MENTEKEDARAH KOMISYEN" itu baru ada moral!Inilah ilmu ajaran pemimpin umno.

Anonymous said...

Ha...ha.. Najib telah luluskan RM500. Seorang PM yang prihatin. Hidup Najib.

kahaktuih said...

Apa la silap guan eng bagi 400 aje bagi la 2000 ka 3000 ka mesti najib nak teng guan eng punya. koman koman 4000 duit raya.

Anonymous said...

te hehehe...

kerajaan persekutuan bagi bonus rm500
guan eng bagi rm400

TAPI kakitangan awam pulau pinang cuma akan dapat RM600.00 SAHAJA...

maknanya persekutuan bagi RM500, guan eng bagi RM200 sahaja....

muehehehe.....mana lagi 200 wahai kalipah guan eng????????????????