Friday, August 27, 2010

Kedah : Buang Bashah Bakar Bata (4B)

Kawasan Dewan Undangan Negeri N12 Bakar Bata di Kedah diwakili oleh Ahmad Bashah Md Hanipah dengan majoriti 300 lebih undi.

Dia juga merupakan Timbalan Pengerusi badan Perhubungan UMNO Kedah.

Di zaman Dr Mahathir Mohamed menjadi Perdana Menteri, Bashah dan 21 ADUN UMNO pernah dipanggil mengahdap Mahathir. Mahathir rimas dengan tindakan kumpulan 22 ADUN termasuk Bashah yang tidak mahu Sanusi Junid dilantik sebagai Menteri Besar Kedah menggantikan Osman Aroff.

Biarpun sudah lama memegang jawatan sebagai ADUN dan Exco, tidak banyak perubahan yang dilakukan oleh Bashah di DUNnya.

Ku Limah 68 penduduk di Pumpong memberitahu, "dia berjanji nak bawa guru masak setiap minggu untuk kaum wanita ke Pumpong jika menang pilihanraya. Sudah dua kali pilihanraya, kami tertipu. Dia tidak kotakan janjinya".

Seorang Jawatankuasa Kampung di Jalan Fajar merungut, "masalah longkang tersumbat dan jalan sempit di sini sudah empat kali dimaklumkan pada Bashah. Dia janji dan berjanji. Tiada tindakan setelah lapan tahun berlalu"

"Cakap bukan main berdegar-degar dalam mesyuarat pembangunan. Macamlah dia seorang sahaja yang berakal. Kami kakitangan KCS bukan semuanya yang bersetuju denga caranya" kata seorang pesara Pegawai Daerah.

Sebenarnya kelulusan akademik Bashah tidaklah tinggi. Lagipun pada masa lalu, UMNO sendiri telah mencantasnya.

Wakil Puteri Sungai Petani memberitahu, "kiamat dua kali pun kami pasti dia tidak akan menjadi MB"

Walaupun digandingkan dengan Shafie Apdal, ia ada serupa tiada. Perbalahan dengan Jawatankuasa Pemuda Bahagian baru-baru ini menampakkan kejelekan politiknya.

Eloklah UMNO sendiri melancarakan Gerakan 4B - Buang Bashah Bakar Bata.

Bashah dikatakan masih bermimpi untuk menjadi Menteri Besar Kedah jika Barisan Nasional menang.

Calon lain seperti Mukhriz Mahathir dan Jamil Khir bukan sahaja tidak digemari oleh ADUN lama, malah sedang ditunggu untuk di'tebang' oleh puak-puak UMNO di Kedah.

Peliknya, Mahdzir Khalid yang rekod pentadbirannya cukup teruk masih bermimpi mahu menjadi MB juga.

Shafie Apdal sendiri sudah merasakan bahang panas pengaruhnya sedang dibakar.

Apapun, puak-puak UMNO di Kedah perlu dibiarkan sesama mereka supaya menggeletek ular-ular berbisa dalam parti Melayu itu.

No comments: