Tuesday, July 27, 2010

Sejak 2008, Melayu busuk di Pulau Pinang-1

BERTAHUN LALU, PEMIMPIN UMNO PULAU PINANG HIDUP DALAM SYURGA, NAMUN RAKYAT MELAYUNYA MENDERITA BERLINANGAN AIR MATA DARAH

Sejak Lim Guan Eng dari parti DAP dan rakan-rakannya dari Pakatan Rakyat memenangi majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada Mac 2008, dan mula memerintah, beratus ribu orang Melayu dikatakan menjadi miskin, p
apa, fakir, susah, melarat, merana, merempat, durjana, menderita, sengsara, azab, kedana, bulut, bangsat, sengkek, makan kawat, makan dawai, makan tali, makan nasi dengan garam, makan capati dengan kicap, kais pagi makan pagi, hirup darah sesama sendiri dan menjadi pengemis jalanan.

Salah seorang daripada Melayu menderita dikenali sebagai Azhar Ibrahim.

Semasa pemerintahan Umno, Gerakan dan Barisan Nasional, rumahnya bertaraf banglo.

Kini, katanya lagi Melayu hilang segala-galanya di Pulau Pinang.

Ramai yang sudah berpindah randah ke Kulim, Sungai Petani, Lunas, Baling dan Keroh.

Apakah Guan Eng telah merampas semuanya dan hanya membenarkan beliau tinggal di pondok usang yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Pulau Pinang sama seperti kehidupan nelayan dan orang kampung yang kaya raya dan bertaraf jutawan di Penaga (gambar pondok Azhar).

(Terimakasih kpd Sdra Din Binjai membenarkan gambar dari blognya Sharp Shooter diambil)

1 comment:

Anonymous said...

melayu p,pg pidah randah kekedah ini menunjukan kerajaan negeri kedah pandai mentakbir sehinggakan rakyat p,pinang negeri yg kaya datang berhijrah kekedah,ini menunjukan kepada kita yg pemimpin umno ahirnya mengakui kehebatan pentakbiran kerajaan negeri kedah yg dipimpin oleh pas.