Sunday, November 8, 2009

Orang kawasan nak jumpa Ustaz Azizan

Kelmarin ada seorang Ustaz secara kebetulan terjumpa saya di Alor Setar. Katanya dia seorang kakitangan kerajaan. Saya jangka dia berkelulusan universiti dalam negeri.

"Penduduk kampung dok tanya di mana Ustaz Azizan wakil rakyat mereka. Dah lama tak menjengok kawasan dan jika datang pun sukar nak jumpa" kata Ustaz tadi.

"Saya pula jadi jurucakap PAS. Saya maklumkan kepada pak cik tersebut Ustaz Azizan bukan sahaja wakil rakyat tetapi juga seorang Menteri Besar sekarang ini. Sudah tentulah sibuk. Tak bolehlah jumpa macam dulu lagi" jelas Ustaz.

"Nampaknya pak cik tersebut sukar untuk menerima" kata Ustaz.

"Apa beza wakil UMNO dan PAS. Sama sahaja bila dah naik" nada semacam nak marah dari pak cik itu.

Kata Ustaz itu lagi, bukan pak cik itu seorang sahaja yang bertanya. Ramai lagi.

Ustaz pula mengambil kesempatan meluahkan isihatinya. "Dulu budak-budak muda masuk stadium Kedah, siap bawa bendera hijau kuning dan bendera PAS. Sekarang dah tak nampak semangat tu. Budak-budak tu pun dah macam tak seronok dengan PAS ni agaknya" terang Ustaz.

Ustaz melahirkan kebimbangan jika wakil rakyat PAS tidak serius dalam menangani masalah dan kehendak rakyat.

Saya tidak berjanji apa-apa dengan Ustaz berkenaan. Cuma memberitahu, jika saya berkesempatan, bolehlah saya maklumkan kepada mereka yang berkenaan di Wisma Darul Aman tu.

Entahlah, saya masih belum dapat bercakap. Masing-masing sibuk agaknya.

6 comments:

Anonymous said...

Cara berfikir seperti UMNO dan cara bekerja seperti kakitangan awam masih banyak dalam PAS. Sukar untuk berubah.

MANSOR JUNUS said...

Kalaulah kalian belum tahu tentang YAB kita, itulah sebahagian daripadanya. Saya pernah jadi AJK PAS di salah satu cawangan di Yan, selama lebih 2 tahun, sebelah mata pun beliau tak pernah datang jenguk.
waktu itu masih belum YAB lagi. Sesiapa sahaja yang menegur atau bertentangan pendapat dengan beliau, akan di copnya. Keberkesanan beliau semasa jadi ADUN pun jika di beri 'rating' dari 0 ke 10, beliau duduk no.4 sahaja. Banyak lagi perkara2 yang kena perbaiki. Kalaulah dalam PRU 13, PAS masih boleh kekal kerajaan negeri, itu hanyalah atas sebab rakyat sudah meluat dengan BN.
Ribuan Maaf.

Mahathir J said...

Bukan sahaja MB Kedah tetapi wakil PAS yang lain juga mandom. Jika berkekalan begini, PRU 13 bolehlah lihat keputusannya,

Anonymous said...

Salam Tuan
Azizan Razak sepatutnya tidak lagi menjadi MB Kedah. Bukan ada kelayakanpun. Maksud saya, dia bukan ada tokoh. Cuma dilantik kerana dia adalah Pesuruhjaya PAS Kedah masa itu. Saya berharaplah, beliau akan berfikir bila hendak letak jawatan dan gantikan dengan orang yang lebih sesuai sebagai MB. Jika setakat hendak berikan ceramah dan lawak kampung, suruh siapa pun boleh.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra ano
saya bersetuju sangat dengan pandangan sdra. mentaliti umno dan kakitangan kerajaan masih pekat pada diri ahli PAS termasuk beberapa kerat kepimpinannya. seperti sukar sangat berubah. janganlah kata apa-apa pada PAS. jika boleh difatwakan, mereka akan berfatwa.

II.salam sdra mansor junus,
ini bukanlah kali pertama saya dengar tentang ust azizan. ramai sahabat-sahabat yang rapat dan pernah berurusan dengannya, memaklumkan banyak hal tentang MB ini. bagi saya jika MB Kedah mahu kekal pada penggal hadapan, bukan sahaja beliau, exco, adun dan pegawai-pegawainya perlu berubah.

III.sdra mahathir jr,
beberapa kali saya menghubungi talian tangan diantara mereka (exco kedah) tiada jawapan. apa bezanya mereka dengan adun terdahulu ?
cuba saudara baca tulisan terbaru SETPOL MB Perak Mizbahul Munir - itukah mentaliti pemimpin dan harapan rakyat yang akan ada jika malaysia dikuasai oleh pakatan rakyat ? tidakkah ia serupa dengan SETPOL2 dahulu yang bongkak, degil, perasan dan banyak akal ?

IV.salam sdra ano
terpulanglah kepada rakyat menentukan siapakah perlu menjadi MB Kedah. bagi saya setakat ini, selain TG Nik Aziz, Lim Guan Eng adalah yang terbaik.
di Perak ketika PR berkuasa, mereka angin satu macam. lupa daratan agaknya.
tk semua.

arm said...

salam hj,

dah lama jgk tk dgr erk pasal ustaz kita ni
dah jadik macamni, sama jela dgn yg sebelum2 ni kan? tepuk dada tanya selera la ye, hehehe