Wednesday, August 19, 2009

Permatang Pasir : Calon ibarat air dari syurga

UMNO kekurangan calon yang betul-betul bersih. Tidak kira di dalam pemilihan cawangan, bahagian, negeri dan peringkat kebangsaan.

Terbaru, calon UMNO bagi kawasan Permatang Pasir Rohaizat Othman dikatakan terpalit dengan pecah amanah sehingga membuatkan Majlis Peguam membatalkan lesen amalan guaman Rohaizat.

Sesama ahli UMNO sudah menjadi perkara biasa menerima mereka yang perasuah, kaki minum, perogol, pemecah amanah dan sebagainya. Kini Najib Razak dan Muhyiddin Yassin hendak meluaskan empayar amalan negatif mereka kepada orang di luar UMNO.

Minggu sudah Tun Mahathir Mohamed membayangkan keresahan beliau mengenai gejala buruk UMNO ini.

Hari ini bekas Menteri Kewangan Malaysia Tengku Razaleigh Hamzah pula sangat resah dengan cara pemilihan calon oleh pucuk pimpinan UMNO yang mahu mengekspot amalan buruk seperti itu ke dalam masyarakat yang lebih luas.

"Kita nak rakyat meletak kepercayaan kepada wakil kita sebagai ketua. Dia tidak mempunyai kelayakkan menjadi calon bagi jawatan awam" kata Tengku merujuk kepada calon UMNO Permatang Pasir.

Apa yang hendak dihairankan. Amalan jijik UMNO sudah menjadi seperti darah daging mereka. Itulah yang dianggap sebagai terbaik. Setelah tapis berkali-kali dari telaga yang kotor, keluarlah air yang bersih seperti itu.

Maka air itu bukan sahaja Najib dan Muhyiddin yang meneguk, seluruh ahli UMNO gembira meminumnya.

Bagi UMNO, kelazatannya seolah-olah seperti air dari syurga agaknya. Entahlah MCA, Gerakan dan MIC merasakannya seperti apa ?

Bagi mereka yang menyokong PAS dan Pakatan Rakyat, aromanya sahaja sudah menterjemahkan bahawa itulah kekasih UMNO.

Maka terbayanglah rasuah, pecah amanah, mengisi perut sendiri, rogol dan sebagainya.

Mahukah memilihnya. Tun Mahathir, Tengku Razaleigh dan ramai lagi sejak awal-awal sudah menolak amalan kriteria memilih calon seperti itu.


No comments: