Monday, June 29, 2009

Kelantan makan Kelantan

Dahulu apabila disebut sahaja ‘orang Kelantan’, maka terbayanglah semangat kerjasama dan bantu-membantu sesama sendiri biar di mana mereka berada.

Hatta orang Kelantan ini pernah digelar dan dikenali sebagai mengutamakan kaum kerabat atau puak mereka sendiri.

Namun di dalam politik Malaysia kini, semangat ini sudah banyak berubah.

Tun Dr Mahathir Mohamed pernah membuat pengakuan bahawa Mustapa Mohamed ahli parlimen Jeli sekarang pernah mencadangkan kepada beliau untuk menahan dan memberhentikan apa-apa peruntukan kerajaan persekutuan kepada rakyat Kelantan sebagai hukuman tidak menyokong Barisan Nasional.

Bukan setakat Mustapa, Dr Awang Adek Hussin juga pernah mahu mendera dan menyeksa penduduk negeri Kelantan demi memenuhi temboloknya sendiri.

Beliau pernah dipetik sebagai berkata, jika Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan negeri, maka geran tahunan sejumlah RM400 juta yang diperuntukkan untuk negeri Kelantan akan ditambah menjadi RM1 billion.

Bermakna, wang untuk pembangunan negeri dan rakyat Kelantan memang ada dan disediakan.

Memandangkan kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat adalah kerajaan yang berlainan ideologi dengan kerajaan persekutuan dan berlainan fahaman dengan penerimaan Mustapa dan Awang Adek, maka rakyat Kelantan didera dan diseksa dari segi materialnya.

Terengganu pernah dijadikan mangsa oleh kerajaan persekutuan pada pilihanraya kesepuloh yang lalu. Hasil sumber minyaknya dirampas ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Apakah rakyat Kelantan mahu sekali lagi menjadi mangsa kepada Tok Pa dan Awang yang sentiasa memberikan lampu hijau kepada kerajaan persekutuan untuk menindas dan mendera penduduk Serambi Makkah ini ?

Rupa-rupa diamnya Mustapa dan Awang ada udang di sebalik batu.

Dihadapan orang kampong mereka menjadi Lebai Ketayap tetapi ketika bersama pemimpin UMNO mereka menjadi pula Lebai Pulut.

Pilihanraya kecil Manik Urai (N41) akan diadakan pada 14 Julai depan. Masih belum terlambat.

Nampaknya rakyat Kelantan sekali lagi berhadapan dengan penipuan yang dibuat oleh UMNO dan Mustapa serta Awang Adek bilamana mereka bersekongkol lagi dengan kerajaan persekutuan bagi menafikan hak petroleum untuk rakyat dan negeri Kelantan.

"Hasil kajian kita mendapati dalam perangkaan Kerajaan Malaysia yang dikeluarkan pada 2007 mukasurat 187, jadual 5.3 menyebutkan dengan jelas negeri-negri pengeluar minyak di Malaysia," kata Saifudin Nasution ahli Parlimen Machang.

"Dianggarkan royalti minyak yang tidak dibayar oleh kerajaan persekutuan kepada Kelantan telah berjumlah RM1bilion sejak tahun 2002" kata Saifudin lagi.

Penduduk Manik Urai yang mengambil keputusan untuk mengundi Mohd Fauzi Abdullah pastinya akan membawa satu isyarat kepada Mustapa, Awang dan kepada kerajaan peresekutuan bahawa masyarakat Manik Urai bukanlah “berminda kampong”.

Jadi takkan mahu mendengar ayat, Kelantan makan Kelantan. Nyahkan pengaruh Tok Pa, Awang, UMNO dan BN di Manik Urai itu.

3 comments:

Tuk Ketuo said...

Tu la sobab Tuan Guru kito panggil umNO ni sosek dan macam kominih sesuai bona golaran tu.

AFRAR YUNUS said...

salam TK
umno dan pengikut setianya perlu berfikir di luar kerangka sempit agar memahami perjalanan dunia dan kehendak penciptanya.
tk

AFRAR YUNUS said...
This comment has been removed by the author.