Tuesday, May 19, 2009

Penasihat Undang-Undang tipu Sultan Perakkah ?

Apabila Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan pada 11 Mei yang lalu bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah, adakah ini bermakna bahawa Penasihat Undang-Undang Negeri Perak Datuk Ahmad Kamal Md Shahid telah memberikan fakta yang salah atau menipu Sultan Perak supaya mempercayai bahawa Zambry yang bercita-cita haram itu boleh menjadi Menteri Besar halal dengan Sultan mempunyai kuasa memecat MB yang halal pada ketika itu ?

Atau, adakah Kamal Shahid mempunyai kelayakkan yang sepatutnya sebagai Penasihat Undang-Undang ?

Atau, semasa memberikan nasihat, Kamal Shahid sedang pening dan tidak normal ?

Orang kampung lagi pening. Depa dok tanya macam-macam.
Ini baru tiga soalan.

Kamal, hang tolong jawab sat...

5 comments:

Unknown said...

Sapa yang pernah kerja makan gaji dia pasti ada pengalaman seperti Penasihat Undang-Undang Perak tu. Cakap benar kena sergah orang politik, lama-lama ikut telunjuk depa sajalah. Cuma satu - di mahkamah Allah nanti, pandai-pandailah jawab!

Anonymous said...

biasa lah tu.. undang2 ciptaan manusia. dia pun makan gaji, mcm kita jugak terpaksa la. cover sultan lg. xcover kang kena tukar. mcm2 dunia ni. bila nak kiamat pun xtau.

Anonymous said...

Samaada bodoh atau pun bahlul. Dah duduk kat jawatan tu ingat lah amanah.
Rosak lah negara kalau ramai begitu begini... hancur cari makan dan penting diri sendiri.

kulatlapok said...

salam Tuan;

PENASIHAT UNDANG2 PERAK TU MULA2 NAK TIPU RAKYAT PERAK RUPA2NYA DIA TIPU SULTAN PERAK. DENGAR KATA MEREKA SEMUA NAK KENA BUANG DI PULAU SYCHELLIS (BETUL KE NAMANYA TU) MACAM KES PASIR SELAKLAH GAMAKNYA.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra zukri,
lari dari mahkamah dunia, padang mahsyar tidak akan melepaskan kita. betul kata sdra. hakim segila manapun, akan diadili InsyaAllah.

II.salam sdra ano7.49pm,
undang undang ciptaan manusia satu. keduanya, akhlak dan moral. cara didikan semasa usia perkembangan. lihat ibu bapa, 80% boleh dapat kuih acuan itu.

III.salam ano 9.23pm
seperti jawapan saya di atas. di negara cina, korea dll, jika penjawat awamnya khianat, rasuah, tidak jujur - akan dihukum bunuh. di malaysia, demokrasi pun kurang, islam lagi jauh.

IV.salam kl,
dulu apabila mokhtar abdullah AG bersubhat dengan mantan pm, banyak pihak melakukan solat hajat. sudahnya....
sebagai umat muhammad saw, itulah senjata akhir yg perlu digunakan.
tk