Saturday, June 28, 2008

Pemuda MIC Kedah berani

Terkejut juga apabila pemuda MIC Kedah yang diketuai oleh pemimpin negerinya R Nantha Kumar meletakkan jawatan bersama beberapa ahli jawatankuasanya.

Mereka membantah tindakan Samay Vellu Presiden MIC yang mengeluarkan kenyataan meminta Ketua Pemuda MIC Kebangsaan SA Vigneswaran melepaskan jawatan di atas faktor usia.

Nampaknya sejak Abdullah Ahmad menjadi Perdana Menteri, Barisan Nasional diserang pelbagai kontroversi.

Apa yang menarik dalam isu MIC ini ialah, Pemuda MIC Kedah meminta Samy Vellu meninggalkan parti mereka. Kata mereka Samy sudah tidak relevan. Samy perlu memberi laluan kepada muka baru untuk menerajui MIC.

Kumar juga berkata, Samy kalah di kawasannya sendiri iaitu di Sungai Siput dan seharusnya sudah sedar bahawa faktor menolak terhadap dirinya sudah bermula.

Tahniah kepada pemuda MIC Kedah kerana berani menyuarakan pandangan mereka. Sebelum ini, ahli-ahli MIC hanya mengikut telunjuk Samy dan pemimpin kebangsaan mereka sahaja.

Sikap dan tindakan Samy yang bersiul sambil meminum air tidak dapat diterima oleh kaum India di Malaysia.

Di zamannya, Samy mewakili kontraktor besar dengan mengenepikan hak pengguna. Lihat sahaja dalam isu tol. Bermati-matian Samy mempertahankan syarikat tol. Baginya, usaha 'mengganggu' syarikat tol adalah seperti cubaan menganggu pencipta alam agaknya.

Kini, kerajaan mengumumkan akan mengkaji semula kadar tol.

Bagi saya, diantara politikus Malaysia yang paling tidak bermaruah ialah Samy Vellu. Samy pernah dianggap sebagai dewa oleh kaumnya satu ketika dahulu.

Kaum India di Butterworth memberitahu, kini mereka sangat-sangat meluat dengan Samy. Mereka mahu Samy berambus dengan semua ikatan yang mengaitkan dirinya dengan masyarakat India.

Apa lagi yang Samy mahu? Disepak dan diterajang keluar dari politik MIC?

Pemuda MIC Kedah telahpun membuka laluan.

2 comments:

kulatlapok said...

Salam Alkerohi,

Semangat mereka sepatutnya perlu ada setiap jiwa Melayu yang masih menjaja 'KETUANAN MELAYU' kesana kemari supaya mereka kekal lagi dipilih dalam UMNO.

Parti pemimpin lain begitu berani menyuarakan tidak akan mempertahankan jawatan2 penting yang mereka sandang, apabila telah mendapat isyarat dari bawah bahawa mereka sudah tidak diperlukan lagi.

Hairannya parti UMNO, bukan sahaja masih tidak turun2, malah yang lama pun masih lagi berusaha untuk menempatkan diri mereka semula dan mula dah nak mencari simpati.

Apa yang peliknya lepas dari pergantungan seolah seperti tidak bersalah dan membuat pulak kenduri kesyukuran pas tu tak sampai sebulan dah nak bertanding semula jawatan yang tertinggi pulak.

Mereka rasa pergantungan tersebut seperti bercuti sedang mereka tu dah diketahui umum mengamalkan sikap yang paling rakyat benci iaitu mengamalkan 'RRAASSUUAAHH'
Betullah PELIK N HAIRAN yang ada dalam UMNO. Pengalaman kononnya. Apakah beerisan pelapis yang ada sekarang tidak layak menerajui UMNO? Kita semua fikirlah sendiri..

PS* tabik dengan keberanian MIC dan MCA.

AFRAR YUNUS said...

salam kl,
apabila chua soi lek terlibat dalam skandal video dgn temanitanya, ia meletakkan jawatan. pemimpin cina kelihatan lebih bertanggungjawab berbanding pemimpin melayu hadhari dan pemimpin mic. sepatutnya islam menjadi contoh kpd yg lain tetapi di malaysia, islam itu hanya diperjuangkan pada 'nama' sahaja.betul kata sdra, pemimpin umno yg sudah lama dan tidak diperlukan lagi menawarkan diri semula kerana ahli-ahli umno 'bengap'.