Thursday, February 28, 2008

Awang Adek dan UMNO Kelantan bak penyengat

Bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin sanggup bersekongkol dengan kerajaan persekutuan mendera dan menyeksa penduduk negeri Kelantan demi memenuhi temboloknya sendiri.

Beliau dipetik sebagai berkata, jika Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan negeri, maka geran tahunan sejumlah RM400 juta yang diperuntukkan untuk negeri Kelantan akan ditambah menjadi RM1 billion.

Bermakna, wang untuk pembangunan negeri dan rakyat Kelantan memang ada dan disediakan. Memandangkan kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat adalah kerajaan yang berlainan ideologi dengan kerajaan persekutuan dan berlainan fahaman dengan penerimaan Awang Adek, maka rakyat Kelantan didera dan diseksa dari segi materialnya.

Pengakuan Awang Adek jelas membuktikan kerakusan pemimpin BN di negeri itu. Rata-rata penduduk menyifatkan pengakuan Awang Adek jelas bukan sahaja bertentangan dengan Islam, malah manusia bertamadun tidak sanggup melakukan sedemikian kepada binatang apatah lagi sesama manusia.

Apakah rakyat Kelantan tidak membayar cukai. Apakah rakyat Kelantan begitu hina sekali dimata Awang Adek. Apakah Awang menganggap rakyat Kelantan akan mati kebuluran jika peruntukkan tambahan itu tidak disediakan?

Ataupun, Awang cuba mengkambingkan anak-anak harimau dari Kelantan ?

Sikap dan tindakan kerajaan BN yang pernah merampas sumber pendapatan minyak di Terengganu ketika PAS memerintah negeri itu pada penggal yang lalu tidak dapat disorok.

Tindakan nakal pemimpin BN di Kelantan sudah dijangka dan kelihatan diamalkan. Pengakuan Awang Adek sudah terang lagi bersuloh.

Memelihara penyengat di dalam baju akan membawa bahaya dan padah. Bagi pengundi di Kelantan, Awang Adek dan pemimpin UMNO di Kelantan adalah 'penyengat politik' yang ganas.

Jika dibiarkan terus, mereka bukan sahaja akan menyengat malah sanggup menghisap darah sesiapa yang dianggap sebagai musuh politik
serta meruntuhkan tamadun bangsa dan negeri mereka sendiri.

No comments: