Tuesday, September 18, 2007

BPR dan BPA wajar ditutup

Dua agensi kerajaan ini sepatutnya berfungsi dengan cemerlang selaras dengan perubahan Malaysia menuju negara maju. Malangnya, agensi ini gagal memberikan komitmen yang diharapkan rakyat dan negara.

BPR bukan sahaja bermasalah dengan Ketua Pengarahnya malah seluruh jabatan tersebut gagal berfungsi dengan sepenuhnya akibat kongkongan Jabatan Perdana Menteri sendiri. Beribu aduan yang dibuat, gagal diselesaikan.

Biro Pengaduan Awam (BPA) ini pula hidup pada nama sahaja. Fungsinya tidak lebih dari seorang posmen. Orang ramai mengadu kepada mereka. Aduan itu dipanjangkan kepada si kena mengadu. Apabila ada masa terluang, si kena mengadu akan 'kelentong' BPA ini. Apabila BPA menerima kelentongan si kena mengadu, maka BPA akan memaklumkan pula kepada pengadu. Itu sahaja kerja mereka.

Jadi, apa kerjanya BPA ini ? Menghabiskan wang rakyat dan menambahkan masalah negara.

Pada hemat saya, jika kedua-dua agensi ini tidak diberi kuasa 'rakyat'melalui parlimen, adalah lebih baik ditutup sahaja. Setiap hari mereka yang berurusan dengan agensi ini untuk menyelesaikan masalah menghadapi pula masalah ketidakpercayaan dan ketidaktelusannya.

Memberi faedah tidak, merugikan negara ada !

2 comments:

tokasid said...

Salam afrar:

Banyak agensi-agensi ni umpama window display kat shopping centre saja.
Nak tunjuk bahawa gomen memang amat prihatin dan membuat sesuatu untuk kepentingan rakyat.

Tapi, sekadar nak tunjuk saja lah...

AFRAR YUNUS said...

salam Dr
ada satu hari tu, kawan mengadu kpd BPA tentang satu masalah. lama sungguh BPA simpan-tak jawab. bila kawan call tanya, BPA kata, "tak terima apa-apa lagi dr pihak yg kena adu. kami tak boleh buat apa-apa".
jadi hampa kerja untuk apa. saja terima gaji tiap-tiap bulan, tunjuk kat orang BPA tempat mengadu. jabatan yg makan gaji sambil menggoyang kaki.

tentang BPR - semua dah tahu.