Saturday, September 1, 2007

Rakam Percakapan Dengan Kakitangan Kerajaan

Kakitangan kerajaan tempatan akan ditukarkan tempat kerja bagi memantapkan perkhidmatan. Berita dari Kedah pada 31 Ogos 2007.

Pertukaran pegawai mampu mantapkan khidmat PBT


Sistem baru bukan hukuman tetapi elak wujud kakitangan tepu, ‘little Napoleon: Mahdzir Khalid

ALOR STAR: Kerajaan negeri bercadang memperkenalkan sistem yang membolehkan pegawai dan kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT), khususnya yang sudah berkhidmat di tempat sama sejak lebih 20 tahun, bertukar tempat kerja bagi memantapkan perkhidmatan agensi itu.

Perubahan sistem itu kali pertama dilakukan kerajaan negeri sejak merdeka.

Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, yang sebelum ini pernah mencadangkan sesetengah peraturan tidak relevan kerajaan diubah untuk memantapkan sistem penyampaian, berkata langkah itu juga akan mengelakkan seseorang pegawai atau ketua jabatan majlis daerah atau perbandaran memegang jawatan di tempat sama terlalu lama sehingga ‘tahap tepu’ dan ketandusan idea.


Saya bersetuju sangat agar ianya dapat dilaksnakan segera. Bukan sahaja di Kedah tetapi di seluruh Malaysia. Bukan sahaja yang 20 tahun bekerja tetapi selepas 5 tahun bekerja. Sudahlah gaji naik, kerja masih ditakok lama. Menyusahkan orang ramai. Tambahan pula kakitangan awam di Kedah. Jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain mereka adalah diantara yang paling 'slow' dari segi mutu kerja.


Jika ditanya hal ini, mereka sering menuding jari kearah kelembapan kerja politikus di negeri mereka.


Oleh itu, bukan pertukaran mereka sahaja dapat meningkatkan cara kerja cemerlang, pilihanraya kerajaan tempatan juga hendaklah diwujudkan semula supaya tidak ada lagi lantikan politik atau 'little Napoleon dari kalangan politik"yang duduk dikerusi Ahli Majlis dan sibuk menjaga perut mereka sahaja.


Akhir sekali, saya juga hendak bertanya kepada KSN, adakah setiap kali berurusan dengan kakitangan perkhidmatan awam, kita perlu membawa alat perakam?


Kebayakkan kakitangan awam pandai bercakap. Ramai daripada mereka tidak tahu prosidur jabatan sendiri. Seringkali mereka memberitahu “tidak boleh” apa yang mereka “tidak tahu”. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah orang ramai.


Jika setelah orang ramai dimangsakan, ditanya semula dengan kakitangan tersebut, pasti ia tidak mengaku apa yang dicakapkannya.


Lihat sahaja aduan orang ramai. Saban hari mereka ditipu. Terutama oleh kakitangan hospital kerajaan. Diikuti oleh jabatan-jabatan lain.


Saya sendiri mempunyai pengalaman ditipu oleh pegawai perubatan di PPUM (Hospital Universiti Malaya) dan kemudian oleh Pengarahnya dalam soal pembedahan. Akhirnya mereka tidak mengaku apa yang kami bincangkan.

Oleh itu wajarkah selepas setengah abad merdeka, orang ramai yang berurusan dengan jabatan merakam perbualan dan perbincangan dengan kakitangan kerajaan?

2 comments:

tokasid said...

Salam afrar:

Betoi bila lama sangat di satu jabatan/pejabat ramai yg naik lemak.
Elok rotate every 3 years.rotate jabatan.

Aku harap bila Pak Lah bentang budget 2008, harga MP3 akan diturunkan supaya lebih ramai orang awam boleh beli,utk rakam perbualan dgn front desk agensi2 kerajaan dan PBT.

AFRAR YUNUS said...

salam Dr
idea tu bagus. mp3 banyak kegunaannya. eloklah jika masyarakat dapat menggunakannya . lebih-lebih lagi apabila pakcik dan makcik dapat gunakannya. fullamak, macam perbincangan dalam mesyuarat kabinet terbocor dulu. kes zaman nabi takdak pisau cukur. ha..baru kita tau, sapa betoi sapa dak.