Tuesday, April 10, 2007

Parkinson's : Penyakit Saraf Yang Mencelarukan

Buat masa ini parkinson’s merupakan sejenis penyakit saraf yang melibatkan otak dan masih belum mempunyai penawar bukan sahaja dalam bidang allopati malah perubatan ayurvedik, homeopati, perubatan sinseh atau tradisional Cina, colour vibrating , acupuncture, unani dan sebagainya. Penyakit ini dikesan pada tahun 1817 iaitu hampir 190 tahun yang lalu.


Gejala atau simptom penyakit ini sangat-sangat menyukarkan aktiviti harian pesakit. Diantara lainnya menimbulkan ketegangan pada sistem saraf, menggeletar, melambatkan pergerakkan, sukar berjalan, kepayahan tidur, kesukaran untuk menelan, keadaan badan yang yang tidak seimbang, pening, suara tidak nyaring, kepayahan menulis , sakitnya segala sendi-sendi dan sebagainya. Bukan itu sahaja, seluruh ahli keluarga mengalami tekanan akibatnya.


Ubat-ubatan seperti levodopa, entacapone, cabidopa, pramipexole, pergolide, bromocriptine, amantadine dan lain-lain yang ada dalam pasaran dunia pada hari ini hanya dapat bertahan . Dikatakan penyakit ini terjadi akibat sel-sel di otak tidak dapat mengeluarkan dopamine yang fungsinya untuk mengawal pergerakkan luar biasa atau pergerakkan di luar kawalan anggota badan pesakit. Perubatan moden menuding jari ke arah keturunan, kecederaan kepala, terdedahnya pesakit kepada racun, dadah dan sebagainya di antara punca penyakit ini.


Disamping ubatan, ada beberapa kaedah pembedahan yang dilakukan. Di antaranya pallidotomy dan deep brain stimulation (DBS). Di Malaysia, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Sunway ada melakukannya. Saya mempunyai saudara terdekat yang menjalani pembedahan di PPUM . Pembedahan yang dilakukan oleh PPUM kepada pesakit ini adalah sebanyak 11 kali. Sesuatu yang tidak masuk akal dan akhirnya pembedahan ini tidak berjaya. Pembedahan DBS memerlukan kepakaran. Bukan sebarang pegawai perubatan yang dapat melakukannya. Dengan membekalkan pengalaman membedah sejumlah 9 pesakit di PPUM bukan bermakna satu kejayaan. Kita perlu melihat samada pesakit itu sudah berjaya dipulihkan atau dijadikan mangsa percubaan ?


Namun kepada pesakit parkinson’s dan 70 jenis penyakit lain ada berita gembira yang menanti . Kejayaan perubatan barat dalam bidang stem-cell atau sel batang bakal mengejutkan dunia . Jutaan pesakit dijangka dapat dipulihkan dengan kaedah rawatan sepertinya.


Hanya masa akan menentukan cepat atau lambatnya kaedah rawatan ini akan berada di pasaran. Esok 11 April merupakan Hari Penyakit Parkinson’s Sedunia.


Kepada pesakit dan keluarga, kita sama-sama mendoakan agar sistem rawatan terbaru ini segera berada di Malaysia . Sabda Rasulullah saw bermaksud, “setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati”.

1 comment:

dr man said...

Salam Ramadan dan selamat menyambut hari kebangsaan.sedikit pembetulan saya rasa perlu sampaikan bagi pehak pengamal perubatan homeopathy, penyakit parkinson bukanlah satu masaalah besar dlam perubatan kami,saya sendiri telah acap kali merawat pesakit parkinson alhamdulillah dgn izin Allah ianya dapat disembuhkan. antara penawar yg saya gunakan adalah : gelsm,agar,stramo,kalip dll kami juga ada penawar h1n1 utk info lanjut lawati http://azbhomeopati.blogspot.com