Monday, January 12, 2009

Hj Mahfuz ceria selepas pembedahan

Ahli Parlimen Pokok Sena merangkap Ketua Penerangan PAS Pusat Hj Mahfuz Omar ceria selepas menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star pada hari Sabtu yang lalu.


“Saya dimasukkan ke wad pada hari Khamis 8 Januari 2009 dan dibedah dua hari selepas itu” kata Hj Mahfuz semasa saya sampai ke bilik bernombor 25 tingkat tujuh wad Bunga Raya hospital tersebut petang tadi.


Beberapa orang tetamu yang datang menziarah turut terkejut kerana tidak tahu masalah yang dihadapinya dan mengambil peluang bertanyakan khabar beliau.


Hj Mahfuz memberitahu beliau tidak dapat hadir sesi khas parlimen petang tadi oleh kerana masalah tersebut.


Beliau dijangkakan akan keluar wad pada hari Khamis ini. Hj Mahfuz yang berada di Kuala Terengganu pada hari penamaan calon berkemungkinan besar tidak dapat hadir ke pilihanraya kecil itu pada 17 Januari akan datang.


Walaupun begitu kata beliau, “saya berharap pilihanraya akan berjalan lancar. Saya merayu kepada pengundi supaya membuat pilihan yang bijak. Berilah tanggungjawab kepada calon kita untuk berkhidmat kepada masyarakat Kuala Terengganu”.


Dalam keadaan yang memerlukan rehat, beliau masih ceria menjawab pertanyaan wartawan yang menghubunginya melalui telefon bertanyakan pandangannya tentang peristiwa di Gaza.


Beliau mengucapkan terimakasih kepada pengunjung dan sampaikan salam kepada semua ahli PAS, Pakatan Rakyat dan penyokong-penyokongnya serta berharap mereka mendoakan akan kesihatannya.

2 comments:

Anonymous said...

nak tau juga Yb Hj mahfuz kena bedah , sakit apa?

AFRAR YUNUS said...

salam sdra,
beliau menjalani pembedahan membuang ketumbuhan kecil.
boleh melayari blog beliau dan lihat gambarnya sekali di sini- gemasuara.blogspot.com/2009/01/pembedahan-kecil.html

tk