Saturday, January 24, 2009

TNB rugi : Tunggu apa lagi, cari jalan

TNB rugi RM944.1 juta ?

Baca berita Bernama.

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd mengalami kerugian bersih RM944.1 juta bagi suku tahun pertama berakhir 30 November, 2008, selepas mengambil kira kerugian pertukaran asing RM1.439 bilion.

Jika tidak kerana kerugian pertukaran asing itu, TNB yang membekalkan elektrik kepada 7.3 juta pelanggan, sepatutnya mencatatkan keuntungan bersih RM495.6 juta.

Leo Moggie dan Khalib tunggu apa lagi ?

Syarikat yang tiada persaingan, dapat sokongan kerajaan seratus peratus, kadar tarif elektrik dinaikkan membebankan pengguna, gaji eksekutif berpuloh ribu sebulan, cakap berdentum - rupa-rupanya kerja tak menjadi. Carilah jalan keluar dari TNB. Berilah peluang kepada orang lain yang ada 'skill' pula.

4 comments:

LensaPR said...

La ni terus dapat bil merah jika lambat bayar bil bulanan, walaupun tiada tunggakan bulan lalu. Cekap dah!!!!

AFRAR YUNUS said...

salam sdra ali,
ini merupakan satu lagi projek bn yg gagal. 'penswastaan' syarikat negara. akhirnya rakyat tidak untung. yg untung adalah sahabat dan kroni. malah rakyat dibebankan dengan tarif yg tinggi. sistem negara sedang berjalan dilandasan yang salah.

Anonymous said...

Salam Tuan
Gaji dan elaun mereka mencecah RM30,000.00. Hidup mewah. Mana mereka tahu kesusahan orang kampung. Lepas ini kita tengoklah, apa dan berapa lagi peratus kenaikkan.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra ano 11.36,
apabila tun m memperkenalkan dasar penswastaan negara, ramai yg gembira juga kerana rakyat akan dapat habuan lantaran persaingan sesama syarikat. sedih, tnb adalah kegagalan syarikat penswastaan. malaysia tidaklah boleh bangga kerananya. beberapa kerat sahaja yg untung. diantaranya eksekutif dan pemegang saham. orang kampung nganga sahaja.