Monday, January 12, 2009

Kedah : Kes setubuh paling banyak

Statistik kes rogol membabitkan pelajar di Kedah sepanjang tahun lalu berada pada tahap yang membimbangkan dengan 226 kes direkodkan yang kebanyakannya berlaku di kawasan luar bandar.

Ketua Polis Kedah Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata kes rogol membabitkan pelajar merupakan masalah sosial yang harus dibendung dan memerlukan pendekatan menyeluruh bukan saja dari aspek undang-undang malah perlu melibatkan institusi keluarga dan pendidikan, lapor Bernama.

Katanya daripada 226 kes itu, sebanyak 187 kes membabitkan pelajar berusia 12 hingga 16 tahun, manakala 39 kes lagi membabitkan pelajar berusia 17 hingga 18 tahun.

"Jumlah kes rogol membabitkan pelajar itu adalah kira-kira 74 peratus daripada keseluruhan kes rogol sepanjang tahun lalu di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, di Alor Star hari ini.

"Jenayah rogol membabitkan pelajar itu berpunca daripada kerelaan gadis terbabit yang mengikut teman lelaki," katanya - Sumber :Malaysiakini.

Sebenarnya bukanlah kes rogol. Pada saya ianya lebih kepada kes suka sama suka atau bersetubuh.

Apabila penjaga kanak-kanak adalah tok imam, guru, tok siak, pesara kerajaan dan sebagainya yang gagal mengambil tindakan undang-undang - maka bayangkanlah jika penjaga kanak-kanak adalah orang kampung biasa yang kurang pengetahuan undang-undang.

Saya nak tanya Ketua Polis Kedah, diantara 226 kes tersebut, berapa keskah yang telah berjaya diselesaikan sehingga 'perogol' menerima hukuman ?

Saya bimbang jika kes-kes seperti ini ditutup fail ditengah jalan. Adakah ?

2 comments:

ALI MAIDIN said...

PR kena bikin enakman hudud segera.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra ali,
ibubapa perlu memainkan peranan yang lebih untuk mengawal anak perempuan mereka. begitu jua anak lelaki. dalam masa yang sama pihak polis harus menjalankan tugas tanpa mengira siapa 'perogol'. saya pernah berjumpa satu kes dimana bapa merogol anaknya berusia 11 tahun berbelas kali tetapi bapa itu masih berkeliaran secara bebas.
2.begitu juga seorang gadis memberitahu telah disetubuhi oleh anggota badan beruniform. lelaki itu enggan bert jwb dan telah dinasihatkan untuk merujuk kes itu kepada JKM atau NGO.
apa kesudahnya jika 'perogol' dilepaskan. begitu pun, kes suka sama suka, ada dendanya untuk pasangan masing-masing. bila mahu dilaksanakan?
tk sdra.