Nasrallah dan Hosni di bumi Arab
Hosni Mubarak dari Mesir salah seorang pemimpin bangsa Arab yang sudah lama menguasai pemerintahan Mesir - sejak 1981. Tidak kira ianya dengan cara autokrasi atau demokrasi.
Tangannya banyak membantu Israel dalam memusnahkan bangsanya sendiri. Banyak telah dilakukan oleh rakyat Mesir untuk me'nyah'kannya dari peta politik Arab hatta beberapa percubaan membunuhnya turut gagal.
Hosni menggantikan Anwar Sadat sebagai Presiden. Agaknya Hosni lupa Anwar telah ditembak mati oleh musuh-musuh politiknya.
Di rantau Arab, bukan seorang sahaja pemimpin bangsa Arab yang tangannya bermandikan darah rakyat mereka sendiri seperti Hosni tetapi bilangannya ramai.
Ramai yang mengatakan bahawa bangsa Arab memerlukan pemimpin seperti Sayyid Hassan Nasrallah pemimpin Hizbullah yang menewaskan Israel dalam peperangan pada tahun 2006 yang lalu.
Namun, Nasrallah lahir dari acuan Syiah yang menjadikan Ayatollah Ruhullah Khomeini sebagai ikutannya. Sedangkan pemimpin bangsa Arab fobia dengan cara pentadbiran Khomeini.
Jika pemimpin bangsa Arab kekal dengan mereka yang sedia ada, tidak kemanalah politik Palestin.
Setiap hari akan berlaku malapetaka di bumi Arab. Amerika dan Israel pasti gembira dengan situasi itu.
6 comments:
akhi,
selagi pemimpin arab atau bukan arab takut dengan 'cara kepimpinan' khomeini, mereka takkan ke mana..
yang menjadikan khomeini adalah khomeini dan nasrallah adalah nasrallah bukan kerana syiah mereka atau apa..tapi mereka adalah contoh orang yang benar2 mengikuti ajaran Islam..
renung2kan kehidupan mereka, perkataan mereka, seruan mereka, amalan mereka dan cuba bandingkan dengan pemimpin dunia arab (atau melayu) yang lain..
Saudara,
Khomeini,Nasrallah dan Ahmadenijad adalah pemimpin ulong Islam buat masa ini. Mereka sepatutnya dijadikan contoh.
Salam Tuan,
Sungguh malang umat Islam, bila ada puak sendiri yang berani berdiri menegakkan kebenaran, puak itu di label dengan pelbagai benda. Kenapa sebelum bangkitnya Ayotollah Khomeini dan Nasrallah, tidak banyak bangkangan terhadap orang Syiah? Kenapa sekarang apabila pemerintahan mereka menyerlah, baru hendak pertikaikan iman mereka, sedangkan iman pimpinan yang jelas sudah menyempang tidak ditentangi? Dan mereka yang menentang ini juga yang mengajak kita di Malaysia bersatu di bawah Islam Hadhari?
salam sdra pl,
saya setuju dengan pandangan saudara. pada hemat saya, samada khomeini, nasrallah atau ahmadenijad - mereka adalah pemimpin yang bikin serupa cakap. ikut suruhan allah dan rasulnya. tiada kecacatan dalam visi mereka. mereka yg fobia adalah dari kalangan yang menjauhi quraan dan sunnah.
tk
salam sdra ano,
benar spt kata sdra - mereka yg mengikuti allah dan rasullah sepatutnya menjadi ikutan kita. dikalangan manusia biasa, kedudukan mereka adalah paling tinggi iaitu yg menjadikan quraan dan hadis sebagai ikutan. bukan peraturan buatan manusia.
tk
salam sdra shah,
mungkin sdra masih ingat apa yang pernah dikatakan saddam hussein. pemerintah kuwait berkahwin berpuloh, setiap malam jumaat mahu bertukar-tukar wanita. kerajaan saud pula di saudi arabia mewah dengan kekayaan - bersujud kepada amerika, qatar begitu juga, dan boleh dikatakan pemimpin bangsa arab ini bergelumang dengan wanita, wang, arak dan kebendaan.
mahukah mereka mengikuti khomeini, nasrallah dan ahmadenijad? mereka ini digeruni oleh pemimpin-pemimpin negara barat. mereka tidak dapat digula-gulakan oleh emerika, britain, russia dsb.
negara barat pula tahu menilai tiga pemimpin ini dikala mereka memerintah.
jika perlu mereka bertiga diikuti, nescaya hilanglah wanita, arak dan kebendaan dari pelukkan pemimpin bangsa arab.
Post a Comment