Kes Ananthan : Angkara 'athma' atau 'binatang'
Matinya Kugan Ananthan 22 tahun pemuda India di Balai Polis Taipan, USJ, Subang Jaya ketika dalam tahanan polis Malaysia menimbulkan pelbagai tandatanya.
Kata ibu mangsa, kematian mengerikan anaknya itu masih belum membuatkan keluarga mereka untuk menerima alasan Ketua Polis Selangor.
Gambar pun sudah ada. Kesan penderaan pun sudah dirakamkan.
Matinya dikatakan oleh Khalid Abu Bakar Ketua Polis Selangor itu sebagai "setelah minum segelas minuman dan setelah diserang 'athma'". Bermaksud dikala 'athma' menyerangnya, seluruh badannya menjadi seperti dihiris-hiris menggunakan benda tajam dan seperti dihentam menggunakan sesuatu. Begitukah ?
Hebat sungguh diagnosis KP Selangor itu.
Andaikan diagnosis itu tidak betul, siapakah binatang yang cuba merobek dan mengoyakkan badan Kugan ?
Bukan sahaja Abdullah Ahmad Perdana Menteri, malah Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Selangor adalah orang yang bertanggungjawab dalam malapetaka ini.
Penafian awal polis tanpa siasatan sangat-sangat memalukan rakyat Malaysia. Polis cuba mengibaratkan rakyat Malaysia sebagai 'orang utan' yang tidak mempunyai pemikiran.
Jika diagnosis KP Selangor adalah salah, rakyat Malaysia wajib mencari binatang mana yang melakukan kerja ini ?
6 comments:
salam Tuan:
Sekarang rakyat perlu bangkit membongkarkan KESIALAN mereka pada umum. Para pemimpin PR perlu menyerang habis-habisan di PARLIMEN. sudah tentu para pemimpin BN pasti ada yg PRO DAN KONTRA dalam soal sifat2 KEBINATANGAN yg telah betapak lama dalam sistem kepolisan MALAYA ini.
Tuan,
Kejadian polis mendera orang awam semakin menjadi. Elok rakyat bangkit dan bicarakan keadilan apa ini?
salam sdra kl,
harapkan pagar, pagar makan padi. saya tidak tuduh 100% kerja polis. tapi dalam custody polis - mati, takkanlah kerja 'jin'. ketika anwar dibelasah di bukit amanpun, si rahim ketua penjenayah tu tak mengaku pada mulanya. mahathir pun buat cerita.
cuba anak dia kena hentam macam tu. habis manusia hidup dan mati mahu dikumpulkan untuk menyuarakan bantahan.
sdra,
samada kugan itu penjenayah atau tidak, belum dibuktikan. jika ia pun ia penjenayah, itukah cara polis mengkelar penghuni lokap.
jika kelar kepala kp selangor atau musa hassan sebegitu, apa rasanya?
atau kepala cucu pak lah?
sdra anonymous 12.04,
adakalanya kuman dok di israel kita nampak, kuman di bukit aman kita tak nampak.
polis ni dok buat kerja macam anak ayam kehilangan ibu. ramai sangat kot depa ni sampai tak ketahuan apa yang wajib, sunat, halal dan haram?
Saya dah tua - umur hampir pertengahan 50-an. Sepanjang harungi usia tersebut tak pernah:
1. tengok kerja buat polis macam ni ... sekarang ada. Nauzubillah.
2. pun kena tahan dengan polis dalam lokap - insyaAllah orang baik?? Orang baik tentu tidak ditahan - yang kena tahan tentu ada kes atau sekurang-kurangnya disyaki.
Bayangkan orang yang disyaki tu pernah ragut beg anak kita yang sedang menunggang motosikal - jatuh & cedera parah (koma). Polis dapat kesan (belum terbukti salah). Ditahan di lokap. Polis bancuh kopi dengan lemah lembut tanya... si syaki dgn keras, sombong & tengking polis - tidak mengaku. Lalu dibebaskan... anak kita yang koma terus tak sedarkan diri.
Bagaimana kalau kita buat demonstrasi/perhimpunan macam PPSMI yg tuan war-warkan agar polis hanya ambil anggota yang 'lembut' sahaja.
Dulu teringat kes ketuk ketampi - dibawa oleh YB Teresa Kok (kenalah hormat orang - buat kebaikan sebesar zarah - janganlah bahasakan orang Dolah. Bila didapati dakwaan salah, mana orang-orang macam saudara??? Memang benar kuman dok di israel kita nampak ....
Bukan menyokong tindakan polis, tetapi menghargai jasa polis .. yang buat sorang dua sahaja. mengapa seluruh sistem nak di salahkan...
salam sdra
ramai orang baik yg ditahan tanpa bicara. ada yg dilepaskan kemudian dari itu. ada yg terus ditahan.
bersikap tinggi akhlak, berlemah lembut, bersopan santun, beriltizam dan berhemah bukan bermakna 'darai' atau orang lembut. kikiskan salah faham kita tentang dua fakta ini.
adat kita, muhammad kita panggil mat, abdullah kita panggil dolah, fisol kita panggil 'chon' dll. ada yg suka dan ada yg tidak. dolah di sini saya tidak tuju kepada sesiapa. satu andaian sahaja. con: suwandi dlm kes batu burok, bagi saya adalah dolah.
adakah saudara bermaksud, anak sulong sdra terketuk kepala anak bongsu dengan bata ketika sedang bermain, lalu anda akan mengambil bata yg sama dan mengetuk dgn lebih kuat lagi kepala anak sulong anda ?
tk sdra. saya suka berterus terang.
blog saya alkerohi, nama saya afrar, saya orang keroh. saudara disebalik topeng, siapa?
Post a Comment