Saturday, September 29, 2007

Ketua Pengarah Kesihatan, Letak Jawatan la..

Jika saya di tempat Ismail Merican Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, sudah lama saya meletak jawatan kerana tidak mampu mengubah mentaliti kakitangan bawahan saya.

Begitu jua, sebagai seorang yang bermaruah, sumpahan orang ramai mengatakan saya makan gaji buta, sudah tentu akan membuatkan saya berfikir tentang tanggungjawab dan amanah bukan sahaja daripada masyarakat tetapi daripada Allah swt.

Begitu banyak kecuaian kakitangan Jabatan Kesihatan, tiada satu tindakan yang diambil. Lihat apa pula yang berlaku di Klinik Kesihatan Tasek Gelugor.

Semasa baru hendak memegang jawatan Ketua Pengarah, terlalu banyak idea dan visi, tetapi setelah berada di kerusi itu, baru kita nampak apa yang boleh dia lakukan.

Jika sudah tidak malu kepada orang lain, malulah kepada isteri dan anak-anak !

4 comments:

. said...

Sdr Afrar, jangan marah pada bulan puasa ni, kurang pahala ... hehehehe

AFRAR YUNUS said...

salam sdra norizan (Nobisha)
tak maghah ehh pd bulan posa. cuma sikit geram ja.. tadi dengak berita, Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, dah 6 bulan tak ambik tindakan terhadap aduan orang ramai tentang pencemaran alam sekitar. sudahnya depa (org kg) panggil tv3. habeh.. geram la sikit, bukan maghah. selamat berposa.

Hamzah M. Zain said...

Assalamualaikum,

Sdr saya cuba hubungi melalui emel sdr (@gmail), tolong response.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra hamzah,
tk kerana ziarah. e mel sdra telah disantuni. semoga Allah swt merahmati kita semua.selamat dan ceria.