Thursday, September 20, 2007

Ketua Hakim Negara : Pagar Makan Padi

Hebatnya mereka !

Rakaman perbualan peguam Dato' VK Lingam dan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dikatakan antara yang hebat kerana mengejutkan dan bertentangan dengan keluhuran perlembagaan.

Selama ini pembangkang mendedahkan satu demi satu penyelewengan yang membabitkan badan kehakiman tetapi kurang dipercayai orang ramai kerana tiadanya bukti kukuh.

Nah ! Baca dan lihat di sini.

Berkabunglah wahai manusia yang bergelar hakim di Malaysia. Ketua anda telah menunjukkan contoh yang 'terbaik' kepada anda.

Mahkamah di Malaysia sepatutnya sudah mengibarkan bendera separuh tiang sehingga perlantikan Ketua Hakim Negara yang baru.

Harapkan pagar, pagar makan padi.

2 comments:

tokasid said...

Salam afrar:

Semua kekotoran ini bermula semasa Tun Salleh Abas di pecat dan di hadap ke tribunal.

Dan kita maklum siapa PM ketika itu. Kita juga maklum siapa PM ketika kes DSAI.

Jadi salahkah rakyat jika tidak lagi mempercayai sistem kehakiman dan sistem keadilan di Malaysia ini?

Tapi jgn risau, kerajaan pasti ada jawapan terhadap pendedahan ini. Spin-doktor depa tengah kerja kuat la ni...

AFRAR YUNUS said...

salam Dr
kita tdk menafikan sumbangan pembangunan terhadap malaysia oleh bekas pm DrM. namun DrM juga adalah penceroboh dan pemusnah sistem kehakiman di malaysia. dahulu, sebelum kes tun sallah, sistem kehakiman malaysia sangat-sangat dihormati malah tdk pernah kita dengar kekecohan. tun mengajar hamid omar, yosoff chin dan beberapa orang bekas cj utk berpolitik cara umno dlm kehakiman. apa yg tun 'saka'kan kpd pm sekarang adalah satu warisan yg cemerlang, gemilang dan terbilang dalam semua hal. badan kehakiman seolah-olah telah dirogol oleh parti pemerintah yg ingin kekal berkuasa sampai kiamat, jika boleh.