Sunday, September 9, 2007

Pendidikan T.Jawab Sosial Pemerintah

Negara-negara di dunia seperti Sweden, Finland, Norway dan sebagainya merupakan pengamal tanggungjawab sosial terhadap masyarakatnya. Bukan sahaja pendidikan rendahnya iaitu sekolah rendah dan menengahnya tidak dikenakan sebarang bayaran malahan pendidikan tingginya juga diberikan secara percuma.

Malaysia
sebuah negara yang masih dalam kumpulan negara membangun sewajarnya memikirkan keperitan rakyatnya yang mana kedudukan ekonomi mereka masih diparas yang rendah. Pendapatan perkapita penduduknya hanyalah RM12,700.

Bajet 2008 sewajarnya menterjemahkan falsafah pendidikan percuma sehingga ke tahap ijazah pertama dengan mengambilkira sebab-sebab kemanusiaan, ekonomi, kebajikan dan pendidikan warganya.

Falsafah yang dicadangkan adalah untuk melahirkan masyarakat yang berpendidikan tinggi bukan sahaja untuk negara Malaysia tetapi juga untuk keuntungan agama, bangsa dan demokrasi itu sendiri.

Sudah sampai masanya dengan pendapatan negara yang tinggi dalam bidang petroleum, warga Malaysia diberikan hak dan manafaat menikmati kemakmuran bukan sahaja dalam bidang pendidikan tetapi juga dalam soal rawatan kesihatan.

Sewajibnya dalam negara seperti di Malaysia, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sudah tidak ada. Ianya ibarat, 'rumah kata pergi, kubur kata mari". Kewujudannya tidak dikehendaki. Susah lagi menyusahkan.

Bajet 2008 menjadi cacat dan kurang upaya dalam menegakkan keadilan masyarakat di Malaysia selagi dua perkara utama ini tidak diperbetulkan semula oleh kerajaan.

II. Yuran Sekolah Dihapuskan ?

Lihat di sini. Yuran apa lagi yang sedang menunggu.

Yuran PIBG, Komputer, Kelas Tambahan, Alat Tulis, Yuran Ceria, Yuran Kertas Ujian, Yuran Majalah, Yuran MSSM, Yuran MSSD, Yuran Kebersihan, Yuran Pelapis, Yuran Gerko dan berbelas jenis yuran lain bukanlah termasuk dalam yuran yang ditentukan kerajaan.

Saya bimbang isu ini dikeluarkan dari mulut buaya lalu masuk ke mulut naga pula.

Kita juga bimbang anak bangsa kita hilang keyakinan terhadap diri sendiri. Manakan tidak. Diusia yang awal mereka tercicir dari sekolah akibat kemiskinan. Diusia pertengahan mereka gagal melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma atau ijazah hanya kerana keluarga tidak berkemampuan dari segi kewangan.

Persaingan dalam kehidupan yang melibatkan ekonomi sudah tentu membawa tekanan. Tekanan menuju akhir usia dikhuatiri menjadi luka dendaman yang dibimbangi pula membawa perubahan menuju anti sosial.

Perubahan sebegini biasanya akan mengubah dasar politik negara.

Masih belum terlewat jika kerajaan ingin balik ke pangkal jalan menuju legasi yang dibawa oleh Bapa Kemerdekaan, Bapa Pembangunan dan Bapa Perpaduan Malaysia - Pendidikan percuma atau biasiswa. Itu yang dituntut rakyat.

Tetapi bukan yang mematahkan bahu ketua keluarga dan meremukkan emosi ahli keluarga seperti sekarang.

Wang, wang dan wang !

3 comments:

tokasid said...

salam afrar:

Alhamdulillah, akhirnya kerajaan BN nampak juga akan praktikaliti manifesto pembangkang pada pilihanraya lalu( dan pilihanraya reformasi) di mana pembangkang mahu rakyat di beri pendidukan percuma hingga ke menara gading. Saya ingat itu kata-kata ALLAHyarham Ust Fadzil Noor.

Sekarang saya ingin melihat supaya ada usaha dilakukan agar dasar korikulum pendidikan negara, di ubah berperingkat-peringkat agar kita dapat melahirkan pelajar yg mampu berfikir dalam pelbagai bidang dan tidak menjadi robotik seperti sekarang. Mereka perlu di didik supaya ada sikap bertanya dalam diri masing-masing terhadap ilmu dan kehidupan: Why/Mengapa? Mengapa ini dan tidak ini? Mengapa begini dan tidak begitu. Apa hujah atau dalil atau bukti untuk mengatakan begini? Apa pula hujah untuk menolak yang itu.

Bila kita mendapat golongan yg mahu bertanya tanpa menerima membabi buta dan menghafal sahaja( taklik), kita akan mendapat the thinking man.

The thinking man yg berilmu dan beriman akan mencapai kecermelangan tanpa melanggar hak-hak orang lain/masyarakat. Kemajuan material akan dapat di seimbangi dgn peningkatan iman dan nilai2 moral/akhlak.

Semoga itu boleh di capai nanti....

AFRAR YUNUS said...

salam Dr
pergerakkan mahasiswa hari ini lesu. auku mengekang mereka secara tidak langsung. akta ini dijadikan asas untuk kendurkan perjuangan seperti mana matlamat asal penubuhan akta ini. bagi saya wajar - sudah sampai masanya tuntutan bukan sahaja pembangkang yg memperjuangkan hasrat rakyat, tetapi juga ianya merupakan perjuangan ngo dan individu yg prihatin terhadap nasib dan masa depan tunas harapan kita yang bakal mewarnakan persada politik negara. alhamdulillah jika kerajaan menyahut dan menerima cadangan pembangkang dan ngo utk merealisasikan cita-cita murni utk menjadi masyarakat berilmu -sekurang-kurangnya pendidikan percuma sehingga ke ijazah pertama diadakan.
seperti kata Dr, bilamana peluang ini terbuka luas, percambahan fikiran akan melahirkan graduan berkualiti, bukan robotik, beriman, tanpa kerosakkan akhlak dan moral - yg dapat mengimbangi dunia dan akhiratnya, InsyaAllah.

AFRAR YUNUS said...

pembetulan:
...sudah sampai masanya tuntutan bukan sahaja pembangkang yg memperjuangkan hasrat rakyat, tetapi juga..
maksud saya, bukan sahaja pembangkang, tetapi juga...