Thursday, October 4, 2007

Bila Hakim Diajak Berpolitik

Mahkamah di Pakistan boleh dan telah mengeluarkan perintah agar Ketua Polis Islamabad, Marwat Shah digantung dari menjalankan tugas ekoran keganasan yang timbul ketika menyuraikan penunjuk perasaan anti Musharraf.

Bermaksud, penunjuk perasaan di Pakistan meluahkan ketidakpuasan hati terhadap Presiden mereka sendiri yang kemudiannya dikasari oleh pihak Polisnya.

Akhirnya, mahkamah telah memainkan peranan yang sepatutnya dengan menjadi orang tengah dan sudah tentu selepas ini akan mengadili kes berkenaan.

Bagaimana jika di Malaysia ?

Mahkamahnya sudah menjadi semacam 'rubber-stamp'. Dengan pelbagai kerenah tawar-menawar jawatan kehakiman, menjadi kaki pengampu pemerintah, sehingga menampakkan kurang kewibawaan dan akhirnya rakyat mula mempersoalkan peranannya.

Adakah mahkamah di Malaysia bijak dalam mengadili golongan bawahan sahaja ?

Sesungguhnya keluhuran undang-undang sesebuah negara terletak kepada ketinggian mutu dan ketelusan badan kehakimannya.

Bila badan kehakiman diajak bermain politik, maka tunggu dan lihat saat-saat kejatuhan sistem kenegaraan yang sudah sedia wujud.

2 comments:

tokasid said...

salam Afrar:

Memang di negara kita sistem perundangan/kehakiman sudah tidak di percayai oleh orang ramai. Malah sistem kepolisan pun begitu. Sudah terang lagi nyata,institusi-institusi ini membiarkan mereka di perkudakan oleh kerajaan BN yang memerintah. Sehingga segala penafian oleh menteri atau Ketua hakim Negara atau oleh KPN di tertawakan oleh masyarakat.
Saya percaya,jika sesiapa rajin turun padang, akan di dengar pelbagai lawak bodoh tentang institusi perundangan/kehakiman, Polis atau BPR.

Sehingga bila ini akan berlaku? Selagi rakyat mengizinkan kerajaan BN terus merogol dan mensodomi sistem yang ada.

AFRAR YUNUS said...

salam Dr
bayangkan. si a bunuh b depan mata kita. kemudian setelah heboh dan diperkatakan, si a menafi dengan sekeras-kerasnya. dan bila berdepan dengan kita yg melihat dgn mata kepala sendiri, si a juga menafikan dgn sekeras-kerasnya. jenih manusia apa lagu tu. sia-sia mak dan bapak dia ajak daghi kecik. baik bela burung tiong. ajak dia bagi salam. siapa lalu saja, diberikan salam. binatang burung ini lebih telus.

sistem yg ada Dr, membimbang dan mencemaskan jika hakim mula berpolitik. bimbang jadi macam bosnia, palestine dan iraq. cemas kita hilang kuasa.