Wednesday, September 12, 2007

Rasuah : Tun Haniff Di'belasah'

Apa kata Badruddin B Amiruldin, Ahli Parlimen Jerai mengenai komen Haniff Omar, bekas Ketua Polis Negara tentang rasuah:

(dari screen shots - Jeff Oii)

“Are you telling me Hanif is not corrupt? He is the deputy chairman of Resorts World Bhd in Genting, a gambling hotel. Is this right? What kind of a Muslim is he? A Malay, Muslim would not do all this things,” he said.

“If I was him, even though I don’t have food, I will not do it. If he wants to talk about corruption, where is his integrity?”

"As a Muslim, I have the right to criticize him. The hotel ( Resorts World) is a gambling organization. What kind of a Muslim is he?”

“When he was the IGP, the police officers under him suffered. Their welfare was neglected. Are you championing this guy?” he asked Lim.

Sebenarnya beberapa hari yang lalu apabila Haniff bercakap mengenai rasuah dan integriti, saya dan beberapa orang kawan sudah nampak bahawa ia akan di'belasah' terutama sekali berkaitan 'periuk nasinya'.

Apakah ini yang ingin disampaikan oleh YB Jerai:

Pecah-pecah sepak raga
Tentang sepak kusepak juga
Tujuh bilah keris di dada
Tentang kulekuk kulekuk juga.

Nah! Terasa pedih cuping telinga. Apa lagi yang masih ada ?

4 comments:

tokasid said...

Salam Afrar:

Tentang Tun Hanif jadi org tempelan di Syarikat Kasino itu kita semua sudah maklum. Jgn kita lupa kenyataan Hanif sedikit masa dulu bahawa dia tidak jumpa dalam Quran ada haramnya judi!

Peribadi Hanif adalah satu hal. Jika beliau bercakap tentang agama atau hukum hakam agama, pasti akan saya tolak mentah-mentah atas dasar peribadinya seperti yg Jerai katakan.

tetapi apabila beliau bercakap ttg hal ehwal politik atau pengurusan jabatan yg beliau sendiri pernah terajui, walau pun tidak saya terima secara face value, saya jugak tidak reject kenyataan beliau, kerana dalam perkara ini, saya pasti dia mempunyai information. Sepatutnya, kenyataan beliau itu, membuat pihak berkuasa look into it dan siasat. Jika kenyataan Hanif tidak benar, nafikan dgn bukti. Jika benar bagaimana?

Kenyataan Jerai amat terang lagi nyata. saya yakin seyakin-yakinnya jika hanif membuat kenyataan ttg pembangkang, sudah pasti jerai dan Jasin dan Tangga Batu dan Kinabatangan dan Yg Johor(yg nak campak Hattan ke laut) akan menyokong Hanif. Tetapi bila tuduhan Hanif kena batang hidung BN, mereka membuka pekung peribadi hanif.

Bagaimana Jerai rasa jika ada perkara yg dia perkatakan adalah benar tetapi sebagai hujah menolak, org membuka pekung Jerai di parlimen( yg ada immuniti. Mengapa Jerai tak buat kemyataan terhadap Hanif di luar Parlimen?)

Ternyata, pemerintah hanya akan guna dan sokong kenyataan yg memihak kpd mereka dan yg bakal menyulitkan mereka(walau ada kebenaran) akan di nafi malah di kondem org tersebut.

Anonymous said...

Hanif ni sama naik dengan Jerai. Kan mereka sama-sama berjuang dalam BN. 2 x 5 saja. Yang satu taukeh judi no 2. Yg satu kaki temberang.

AFRAR YUNUS said...

salam Dr
bekas kpn tu kelihatan seperti orang yg tidak dikehendaki oleh jerai. betul spt kata Dr, jika haniff membelasah pembangkang atau orang yang tidak sealiran dgn jerai, sudah tentu haniff akan dipuji di atas dasar org yg berpengalaman, tahu kerja, ada maklumat dsb. tapi bila yg kena belasah adalah orang jerai, sudah tentu jerai menangis dan menderita kepedihan. ini tak kena. jerai ada kuasa kr partinya sdg memerintah. minta disiasat lah apa yg haniff cakapkan. baru beberapa hari yg sudah, haniff 'tikam' pas.
berkaitan periuk nasi haniff - dia kena terimalah. itu kerja dia, cara dapat rezeki dia, dia kena tanya pandangan alim ulama. kanak-kanak di sekolah pun sudah diajar hukum rezeki spt itu ketika kita dibangku sekolah lagi.

AFRAR YUNUS said...

sdra Anonymous
saya tidak pasti samada haniff bergiat dalam umno. yg saya pasti jerai memang tak kasi peluang kpd orang yang dia tak suka. tapi masalah dgn jerai adalah dia suka baling batu dan sorok tangan. ok lah. katakan apa yg dianggapnya tentang haniff adalah tidak benar. buktikan tentangnya. sepertimana di cuba buktikan haniff seorang islam yg 'tidak sepatutnya'. jangan double standard. con: bakar jalur gemilang jika dikatakan adalah satu kesalahan, maka sesiapa shj yg lakukan - adalah pesalah. jangan pilih-pilih. oh! dia salah, oh! ini kawan aku, dia tak bersalah. jerai pun seorang islam.jerai kena berlaku adil.