Tuesday, September 25, 2007

Khairat Kematian : JKM Tiada Peruntukan

Pelbagai jenis bantuan kewangan yang disalurkan oleh JKM kepada penerima bantuannya.

Diantaranya, bantuan bencana alam, bantuan untuk orang tua, untuk orang kurang upaya, ibu tunggal, orang sakit, keluarga banduan, bantuan sekolah, membaiki rumah dan bermacam-macam lagi.

Namun apa yang menyedihkan ialah, ketika penerima bantuan tersebut meninggal dunia, tiada peruntukan khas yang diterima oleh penjaganya untuk menguruskan mayat.

Ramai yang berpendapat sudah tiba masanya JKM dan YB Datuk Shahrizat Bt Abd Jalil, Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat memikir dan meluluskan bantuan segera khairat kematian diantara RM300.00-RM400.00 kepada keluarga simati yang benar-benar miskin bagi tujuan menguruskan jenazah.

"Semasa hayatnya sudah dibantu. Apa salahnya di waktu kematiannya. Bantuan JKM ini akan memberikan sedikit keselesaan kepada mereka" kata Muhammad Hussin penduduk Kampung Makam, Pulau Pinang.

Bawa belayar pisang emas

Masak sebiji di atas peti

Boleh dibayar hutanglah emas

Hutang budi dibawa mati.

4 comments:

tokasid said...

Salam afrar:

Aku setuju kalau khairat kematian di berikan. Kalau tak silap di Kelantan ada di buat macam sistem Takaful-Khairat Kematian utk warga Emas kan? Tak kira Islam atau bukan Islam.

AFRAR YUNUS said...

salam Dr
dalam diam-diam dan diperlecehkan, kelantan kerapkali muncul dgn idea yg tak terfikir oleh kerajaan pusat. itu bezanya sistem pemerintahan ad-deen dan asabbiyah.
takafful khairat kematian utk warga emas ini baru sj dibuat di kelantan - idea yg bernas utk kepentingan semua kaum.
Dr,
sebenarnya kelantan ni hebat. kehebatan kepimpinan di kelantan perlu dipertahankan oleh rakyatnya.

JKM yg di bawah pusat pun belum terfikir idea spt takaful yg dimaksudkan oleg Dr.

Anonymous said...

Tapi, mana cukup RM400.00. Sekarang semuanya mahal. Minta lebihlah sedikit. Malaysia kita kaya. Semuanya masuk tembolok pemimpin.

AFRAR YUNUS said...

sejahtera sdra,
memanglah - harga barang naik. hari demi hari. pemimpin besar mungkin tidak sedar. RM400.00 satu lontaran jumlah sahaja. terpulanglah kpd kementerian berkenaan utk menentukannya. sesungguhnya bantuan sedemikian jika dibuat secara takafful kpd seluruh wargatua spt di kelantan, adalah lebih baik.