Monday, September 24, 2007

Kemiskinan : Ahli Parlimen dan ADUN sebagai 'bapa angkat'

Kemiskinan bandar atau kemiskinan luar bandar merupakan satu masalah yang perlu dilihat dari pelbagai sudut. Banyak strategi yang dapat dilaksanakan untuk meminimakan fenomena ini.

Satu strategi jangka pendek yang dikenalpasti sebagai mujarab dalam menangani kemiskinan ialah dengan menjadikan Ahli Parlimen (AP) dan ADUN sebagai bapa angkat. Pada hari ini didapati kebanyakkan kes dikendalikan secara melepaskan batuk ditangga sahaja. AP dan ADUN merujuk kes ke agensi tertentu dan kemudiannya tidak menoleh semula untuk mengetahui apa yang terjadi kepada kes berkenaan.

Setiap AP dan ADUN bagi satu-satu kawasan hendaklah mengambil sekurang-kurangnya 5-8 kes ‘kurang upaya’ setiap tahun. Kes kurang upaya yang dimaksudkan adalah dari kalangan dhaif dalam pelbagai segi yang membawa kepada kemunduran dan keciciran keluarganya. Bukan kurang upaya ‘cacat’ sahaja.

Sebagai contohnya, kes yang kurang berkemampuan kewangan dari keluarga yang miskin. Biasanya disebut dan dikenali sebagai kes miskin. Sudah tentu banyak masalah yang mereka hadapi. Diantara lainnya ialah:

1.Kehimpitan kewangan ekoran pendapatan harian yang rendah

2.Perbelanjaan rumah yang tidak dapat diuruskan dengan sempurna

3.Anak-anak tercicir dari persekolahan

4.Tiadanya sijil lahir, tiada kad pengenalan

5.Keadaan rumah yang bocor, pecah di sana-sini, menumpang di tanah orang dan sebagainya

6.Ketua keluarga atau pembantuya yang sedang sakit, berpenyakit kronik, meninggal, dipenjarakan atau hilang

7.Pembelian alat tiruan, perubatan, vitamin yang diluar kemampuan keluarga

8.Menanggung orang kurang upaya (cacat) yang memerlukan perbelanjaan dan penjagaan

9.Kenakalan anak-anak yang memerlukan kaunseling dan bimbingan

10.Perbelanjaan sekolah seperti wang saku, tambang bas, basikal, yuran asrama dll

11.Masalah pengangguran, penderaan, penceraian, gantung tidak bertali, hamil di luar nikah dan berkaitan dengannya

12.Keterlibatan dalam dadah

13.Mereka kurang berpengetahuan ke agensi mana perlu masalah mereka dirujuk atau dibawa

Maka, setiap AP dan ADUN berkenaan hendaklah menubuhkan satu jawatankuasa peringkat daerah yang melibatkan Pegawai Kebajikan Masyarakat, Pegawai Kesihatan, Pegawai Pendidikan, Polis, Penghulu, Pegawai Daerah, Imam, Pegawai Agama, Pegawai AADK dan dari agensi-agensi yang berkaitan.

Mesyuarat mempastikan senarai tindakan yang telah diambil hendaklah diadakan paling kurang dua bulan sekali. Setiap tindakan, keputusan dan perbelanjaan hendaklah dicatitkan.

Saya maksudkan AP dan ADUN baik dari parti pemerintah atau parti pembangkang. Jika satu pihak sahaja yang diberikan peruntukan, bermakna satu kawasan sahaja dicegah manakala satu lagi kawasan dibiarkan menderita berpenyakit.

Akhirnya, penyakit dari kawasan tadi akan kembali menular ke kawasan yang telah dihapus atau dibersihkan. Usaha pencegahan seperti ini tidak akan membawa apa-apa makna dan bakal merugikan masyarakat.

Peruntukkan kerajaan hendaklah disalurkan kepada semua AP dan ADUN melalui tabung khas ‘anak angkat AP dan ADUN’ untuk membangunkan keluarga ini. Jangkamasa 1-3 tahun hendaklah dijadikan sebagai kayu pengukur membangkitkan kemajuan keluarga angkat masing-masing.

Saya pasti, dengan adanya AP dan ADUN sebagai bapa angkat, projek jangka pendek ini akan membawa banyak manafaat kepada keluarga angkat. Kegagalan berlanjutan keluarga angkat ini boleh disifatkan kegagalan bapa angkat dan jawatankuasanya mentadbir dan menguruskan ahlinya.

Untuk mempastikan kejayaannya, senarai keluarga tegar boleh diperolehi dari kes-kes Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan bukannya secara langsung dari mana-mana parti politik.

Jika hendak- seribu daya.

4 comments:

Anonymous said...

Tubuh apa saja jawatankuasa, UMNO hanturaya ini akan menggunakan segala dana untuk kepentingan mereka. Tambah pula untuk memberikan peruntukan kepada wakil pembangkang, sudah pasti mereka tidak akan mempertimbangkan. Jatuhkan dulu BN. Baru ada jalan.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra
kita mengharapkan ketelusan dari semua pihak terutama sekali pihak yg berkuasa bagi menjayakan apa-apa misi yg melibatkan rakyat dan negara. hak memilih kerajaan terletak di tangan kita. sekadar retorik tdk membawa ke mana. oleh itu, carilah lorong yg sesuai.

tokasid said...

Salam saudara ku afrar:

Masaalah begini sukar di atasi kerana mentaliti Melayu masih di tahap feudalistik. Mereka masih mengharap dan mungkin berfikir hanya Wakil Rakyat atau UMNO sahaja yang boleh membantu menaikkan taraf kehidupan mereka. Malangnya itu tidak berlaku di banyak tempat, namun kebanyakkan masih terpedaya atau terpercaya dengan janji manis yang di taburkan.

Di peringkat yang hendak memberi bantuan pula, ada yang mengambil sikap diskriminasi kepartian atau ke-ketuaan. Kalau dari parti aku,akan aku bantu. Atau kalau parti sama, kalau selama ini sokong aku akan aku bantu,kalau selama ni penyokong rival aku, pi main jauh2.

Dan ini menjadi satu kitaran yang umpama rekod lama berpusing. Rakyat mengharap wakil rakyat, wakil rakyat pula seolah-olah melakukan sesuatu. At the end of the day, rakyat tak dapat apa yg sepatutnya, dan wakil rakyat tidak membantu dalam erti kata sebenar.

Kesukaran yg kita hadapi ialah utk mengubah mindset Melayu supaya lebih kritikal terhadap kepimpinan dan kelakuan pemimpin serta ketelusan dalam program yg dianjurkan utk rakyat.

AFRAR YUNUS said...

salam Dr
kelamrin ada terbaca kenyataan zainuddin maidin. katanya majoriti yg tdk mendaftar sbg pengundi adalah orang melayu. katanya lagi, org melayu tidak mementingkan masa depan politik mereka.

betul katanya kerana:

org melayu telah diajar begitu oleh siapa?
org melayu diajar bahawa hanya BN boleh memerintah. bermaksud, parti politik lain di dunia, tdk bijak mengatur agenda.
orang melayu diajar mengenali 'dacing'.
orang melayu diajar menongkat dan mengampu supaya dgn bersikap demikian boleh di sogokkan dgn lawatan sambil belajar, projek yg berpatutan, dsb.
orang melayu mudah dilupakan. sepatutnya org melayu diberitahu, siapa terbaik diantara hang tuah dan hang jebat yg perlu diikuti. tetapi or melayu dibiarkan berpolemik supaya senang diperintah dgn sistem pecah dan perintah.
orang melayu tua yg sebati dgb BN sudah hampir 'hilang' akibat penuaan. kini orang melayu 'kampus' dijadikan sasaran.

jika orang melayu kampus hilang pertimbangan dan boleh diwariskan dan di'saka'kan, akan lahirlah melayu yg ibaratnya 'pungguk rindukan bulan' dalam semua bidang.
inilah yg kita tak mahu.