Hospital Kerajaan Masih Warisan Penjajah
Di e mel kepada:
Perdana Menteri Malaysia
Menteri Kesihatan Malaysia
Ketua Pengarah KKM
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Sistem penjajah di hospital-hospital kerajaan masih diteruskan selepas 50 tahun merdeka.
Bukan soalnya anda sakit apa. Soalnya siapa yang anda kenal di hospital itu. Bukan soalnya apa yang anda bincang dengan pegawai perubatan di hospital. Soalnya apa yang telah dilakukan oleh kakitangan hospital kepada anda sebagai mangsa.
Pembantu Perubatan boleh 'menyunatkan' pesakit tanpa mengikuti garis panduan yang ditetapkan. Pakar boleh memberikan arahan dari rumah. Bukan pertama kali berlaku. Pegawai Perubatan Pelatih boleh memberikan suntikan tanpa prosidur. Anda menerima ubat yang tidak sepatutnya. Anda dilayan secara kasar di hospital. Pegawai Perubatan boleh menggelarkan dirinya pakar tunggal di Malaysia. Sesiapa yang ada kenalan di hospital, boleh diberikan keutamaan dalam semua perkhidmatan hatta jika mengenali pemandu ambulan atau attendannya.
Apa reaksi mereka yang bertanggungjawab ? Kanak-kanak luruh tangan akibat disalah suntik.
Sudahlah Chua Soi Lek. Jika di negara Cina, anda sudah ditolak keluar dari peta politiknya kerana gagal melaksanakan tanggungjawab.
Kita tidak ingin melihat sandiwara anda. Beritahu kami apa tindakan yang telah diambil terhadap Pakar yang memberikan arahan dari rumah. Beritahu kami apa tindakan yang diambil terhadap Pegawai Perubatan Pelatih tersebut.
Bayangkan jika anak anda diluruhkan tangan itu. Bayangkan jika anak PM diluruhkan tangan tersebut. Bayangkan tiub getah ditinggalkan di saluran buah pinggang atau rahim Rafidah Aziz. Bayangkan darah HIV digantikan kepada Samy Vellu. Bayangkan perbincangan tertutup yang dibuat oleh pegawai perubatan dengan pesakit tanpa adanya hitam putih yang akhirnya memangsakan pesakit.
Bayangkan Jean Denker tidak dilayan secara sepatutnya di hospital kerajaan. Bayangkan Jean keguguran akibat ambulan kehabisan minyak.
Kami ingin mendengar dari Menteri Kesihatan Malaysia. Berapa ramai Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, ADUN, dan pengurusan tertinggi agensi kerajaan yang menerima rawatan pintu depan di hospital kerajaan. Berikan kami maklumat tersebut.
Berapa ramai dari mereka yang menjadi mangsa kelemahan pihak hospital berbanding rakyat biasa.
Berapa banyak kes yang telah menuntut ganti rugi dari kerajaan Malaysia sepanjang 10 tahun yang lalu ? Berapa banyak kes kecuaian hospital yang telah diselesaikan di luar mahkamah ?
Rombak segera pentadbiran hospital kerajaan di Malaysia. Gantikan dengan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) di hospital-hospital kerajaan. Terlalu banyak masalah dengan pentadbiran warisan penjajah ini.
Kami pernah membangkitkan perkara kroni di hospital kerajaan dengan Prof Kamaruddin Kacha sewaktu beliau di Biro Tata Negara tetapi ianya hanya bagai menuang air didaun keladi.
Jika dahulu penjajah tidak mengambil berat akan risiko akibat rawatan yang diberi kepada warga Malaya, apakah kerajaan Malaysia ingin meneruskan sistem mereka ? Dahulu penjajah tidak menubuhkan jawatankuasa siasatan awam, mereka tidak membenarkan pentadbiran mereka disaman dan mereka membunuh di atas nama perubatan.
Chua Soi Lek - kita sudah merdekakah dengan mengekalkan sistem penjajah yang mana penjajah sendiri sudah tidak mengamalkan kepada penghuni di negara mereka.
15 comments:
Masalahnya ialah doktor tidak dikenakan tindakan dibuang kerja. Mereka melampau dan kejadian terus berulang.
sdra
bagi saya baik peg perubatan kah atau mana-mana orang yg berkhidmat untuk masyarakat sewajibnya bertanggungjawab di atas apa yang dilakukannya. bayangkan jika mangsa adalah kaum kerabatnya. perkara kedua, agensi atau individu hendaklah memberikan sebab kenapa perkara tersebut telah terjadi.baru ada check and balance. jangan membisu saja.
Salam afrar:
Aku dah tengok hal ni dari masa aku jadi houseman di tepeng lagi.
dan amat malang perkara tu tak berubah-ubah. Aku tahu KMM tahu hal ini tapi sebab tak di hebohkan dalam media mcm kes terbaru ni...semua sapu bawah tikar mengkuang saja.
Pengalaman aku, jarang Pakar datang bila di hubungi. Bila peg perubatan inform ttg cases itu ini, depa akan bagi arahan nak buat apa. Most of the time kalau pegawai tu senior dia akan tahu nak buat apa. Masaalah bila pegawai junior, mungkin pasal takut kena marah ka,atau over confident ka..tak bagi tahu dia tak pernah buat prosedur tersebut. jadi dia cuba tanpa pengawasan. Di sini akan timbul masaalah.
Aku dulu di melaka Alhamdulillah dapat pakar yg rajin dan amat prihatin. Dia tinggal di Muar. Pagi2 pukul 7.30 dah sampai dan balik selalunya jam 9-10 malam.
Dia akan tunjuk macam2 kes pada kami sampai dia yakin kami betul2 tahu nak handle macamana. Kalau malam2 kami akan inform dia. Kalau kes yg dia tahu kami okay, dia suruh proceed tapi bila habis prosedur to call him back. Masa tu dia guna ATUR, kalau di pi Sgapore atau outstation( pakar Muar akan cover) dia akan sentiasa call tanya ttg kes2 yg serius. kalau ada pt kami masuk ICU, dia akan batalkan cuti dan balik terus ke Hospital( anak bini jenuh tunggu dalam kereta).
Ada juga bos lain, bila dia tahu kami yg dah boleh harap, dia akan kata: I'm going for golf. Anythinh you proceed but page me. After 9pm, you can call me at home(zaman tak dak handphone) and brief me.
Alhamdulillah, selama aku di Hospital Melaka dulu, unit kami dgn public tak dak masaalah. Bos-bos insist kami kena have good PR dgn pesakit dan famili depa. kalau sapa2 tak tahu nak explain to call someone senior to explain.
Sedih bila tgk makin banyak kes2 kecuaian sekarang. Hosp Sg Petani lagi la takut, manjang budak hilang di culik dari wad!
salam Dr
nak aku salahkan doktor 100% rasanya tdk kena. yg masalahnya ialah pentadbiran hospital kerajaan sekarang cukup teruk. pernah aku dengar pakar bercerita. katanya yg jadi pengarah grednya lebih rendah. sering arahkan pakar. baru 2 bulan sudah, ada kawan kena serangan jantung. pergi hospital alor star unit kecemasan. dr muda yg check dia kata, nak buat endiogram tak boleh. tiada kemudahan. nak bagi ubat, tiada. pakcik pi buat sendirilah di hospital swasta. aku dengak tu macam terbakak satu badan. buat apa buka hospital, gaji dr, gaji pekerja - lepaih tu apa pun takdak. suruh pesakit pi swasta. ini baru satu cerita. besa aku telefon pejabat Dr ismail merican kp kesihatan ni. nak rujuk satu masalah kawan. 7x call, tak boleh cakap.tinggal pesan kat PA dia, Pn R. tak dak apa pun sampai hari ini. sebelum depa pegang jawatan macam-macam cita-cita depa. tapi bila dah dok di atas, jahanam. e-mel kem kesihatan - saja depa bagi. 100 kali e mel pun tak dak jawapan. sama seperti jabatan yg ketuanya bangang di lembaga pelesenan tu. puak ni patut mau potong gaji atau kenakan surcaj saja. depa buat apa pun gaji dok banyak tu juga. ini masalah dgn pentadbiran awam yg dirasuk hantu politik.
Afrar:
Tentang pentadbiran ni...tak tahu bila boleh improve. Masaalah dgn pentadbiran ni ialah politik dalaman dan campurtangan politik dari luar. That is the problem. Bila ini berlaku akan berlaku banyak perkara yg sampai ke bawah dan seterusnya kpd yg ada direct contact dgn orang ramai.
Sudah lah itu, jarang sekali saya lihat, yg menjaga 'frontline' di kursuskan bagaimana melayan orang awam. Itu sebabnya kita lihat ramai yg endah tak endah bila org bertanya. Saya sering jika terpaksa berurusan dgn pihak2 begini, akan di layan begitu. Ada kawan2 kata,lain kali sebelum pergi talipon lah pegawai atau ketua jabatan dulu dan introduce yourself. Malangnya, aku tidak selesa begitu. Kadang2 bila bawa keluarga jumpa doktor pakar pun , aku tidak akan introduce myself as a doctor, baru kita tahu bagaimana mereka layan orang awam( kalau depa dah tahu kita siapa,kita akan di layan dgn baik).
Pernah 3 tahun dulu, aku pi buat pasport antarabangsa utk anak kami, kami ikut prosedur biasa: ambil nombor,isi borang etc2. Kemudian yg mengendali kami bagitahu bahawa esok baru boleh ambil pasport. Okay lah bagi aku sebab beliau layan kami cara baik. Tiba2 ada kawan dia nampak aku dan tegur serta tanya aku buat apa di situ. Aku bagitau. Kemudian dia beritahu pa yg dok layan aku tadi aku ni sapa.Terus sungguh aku tunggu utk ambil pasport dalam masa 20 minit. Dia hilang ke belakang dan dalam 20 minit aku dapat pasport utk anak aku. Mujur petang tu tak ramai pelanggan buat pasport antarabangsa. kalau tidak, mungkinkah mereka akan kena tunggu lebih lama kerena kes aku di selesaikan dulu?
Itu yg kita tak mahu. Ada favours kalau seorang itu ada pangkat atau jawatan atau kedudukan. dan ini byk berlaku di jabatan2 dan agensi kerajaan.
KKM juga tidak bebas dari gejala ini. Kita maklum orang besar2 ni sibuk, tapi kan ramai pembantu yg boleh di beri tugas utk kendali hal2 begini. IBila ini tidak dilakukan dgn baik, di mana lagi org awam boleh bersuara? Hanya media sahaja.
Kita berharap, kepala kerajaan dan segala KSU JPA atau KSU semua kementerian, tolong lebih prihatin. dalam bab berkerja ni, kurangkan lah politik.
The government servants for the time being ada immunity. Mereka boleh bunuh orang di hospital jika mereka mahu. Kita perlu satu jawatankuasa yang terdiri dari orang awam, peguam, wakil persatuan NGO dan sebagainya untuk menyiasat perkara kecuaian di hospital yang semakin menjadi-jadi. Jangan kita harapkan pengurusan tertinggi Kementerian Kesihatan untuk mencadangkan. Syabas kepada Al Kerohi kerana prihatin tentang perkara ini.
salam Dr
itulah hakikatnya. pengarah satu hospital beritahu aku (cakap besar)ketua hakim negara datang jumpa dia ambil ubat. itu satu kes pintu belakang. berapa banyak lagi. aku bukan apa. biar org berjawatan tinggi ni ikut prosidur,baru tahu kerenah birokrasi di hospital kerajaan. aku tak pernah nampak muka wakil rakyat kita di hospital kerajaan kecuali wr cina. itupun bukan ambil ubat. tolong kira pesakit dapat rawatan terbaik. itupun ada juga. wr kita apa cam? ada kawan terlupa bawa kad temujanji. pergi cek mata dgn pakar. jaga kaunter kata, "tak boleh jumpa Dr. walaupun ingat no kp tak boleh. susah cari. en balik ambil kad janji, nanti datang lain. kita bagi tarikh 3 bulan yg baru. lepas tu baru boleh jumpa dr".
apa kita nak kata?
kad temujanji macam kad manila nipis warna kuning muda tu agaknya fungsinya macam kad atm - bila dah bagi kat jaga kaunter tu, jaga kaunter tu jolok je kad kuning tu kat mana-mana mesin canggih yang ada padanya , dapatlah folder atau kad rawatan pesakit.
aku tak faham dengan sistem hospital ni. nak mengadu semua pakat tak layan. kawan aku terus tak pi dah hospital kerajaan. katanya"kad temujanji takdak, bagi tau no kp pun depa tak boleh cari kad rawatan, bermakna sistem hospital kerajaan di malaysia terlalu canggih"
ismail marican kp kkm kena buat sesuatu. jangan dok berteori sahaja. kita bimbang esok rakyat menyumpah anda. anda naik pun kerana isu SARS. entah anda ada kepakaran pentadbiran atau tidak. anda menyusahkan masyarakat. anda salah seorang pentadbir awam yg perlu didenda.
salam sdra Wak Khairy,
jawatankuasa siasatan awam sangat-sangat perlu. jika tidak, siasatan dalaman kkm sangat tidak telus dan meragukan. di MALAYSIA, PEGUAM BOLEH MENYAMAN PEGUAM, ARKITEK BOLEH MENYAMAN ARKITEK, JURUTERA BEGITU JUA, LAIN-LAIN PROFESSION BEGITU JUA - ADAKAH ANDA PERNAH DENGAR PEG PERUBATAN MENYAMAN PEG PERUBATAN. MEREKA NI TAK AKAN BANGUN UNTUK MENEGAKKAN KEADILAN DI MAHKAMAH KECUALI ANDA MENDAPATKAN KHIDMAT PEG PERUBATAN LUAR NEGARA. Seboleh bolehnya mereka akan cuba menutup kes kecuaian sesama mereka. Peguam di Malaysia, tidak ramai yg cekap bahagian perubatan. Ini diakui beberapa peguam. Jadi Persatuan Pengguna juga tiada kepakaran dalam hal ini spt yg dimaklumkan wakil CAP kepada saya tempohari. Jadi, org yg ada wang, dia boleh bawa kes ke mahkamah. Bagi orang miskin termasuk Islam dhaif, "kita serah pada takdir. ini qada dan qadar. umur kita setakat tu saja. jangan lawan kuasa tuhan". Habeh ? sapa nak lawan kuasa Allah swt ? Kita bercakap soal perkhidmatan, kepakaran, ketelusan dan kemajuan teknologi dan kecanggihan out put.
Afrar:
Tentang peg perubatan tu aku rasa betoi. Aku pun tak pernah dengar ada yg saman-menyaman.
Tapi sekarang sudah ada yg berani beri keterangan mahkamah against decision yg pihak lain buat, tapi tak banyak lagi lah.
Dalam apapun kerja yg kita buat, kita kena berterus terang pada pelanggan kita. Kalau nak buat sesuatu prosedur, terangkan secara ringkas apa yg nak di buat, berapa lama prosedur itu dan apa komplikasi yg boleh dan mungkin berlaku. Ini jarang berlaku atau dilakukan di hospital kerajaan. Apa yg sering berlaku ialah, bila nak ambil consent utk buat prosedur: " Pakcik tolong sain sini ye.." tak ada explaination pd pesakit atau waris terdekat.
Jika kita terangkan dgn jelas dan pelanggan faham, tidak akan terjadi kecoh-kecoh. Ini tidak. Dah lah mereka tak tahu apa yg di buat, bila ada komplikasi, mereka tidak juga di beritahu dgn jelas.
Di sini, miscommunication atau NO communication menyebabkan banyak masaalah.
Seperkara lagi, para doktor harus tahu dan akui setakat mana kemampuan mereka sendiri. Kalau rasa tidak cekap atau yakin nak buat sesuatu, rujuklah kepada yg tahu. jangan nak bolot semua atau dok fikir aku terpandai semua aku boleh buat.
Jika para doktor masih ada sikap ini, tak kemana mutu perkhidmatan kesihatan kita.
( aku bukan nya pandai pun, tapi aku tahu limitation aku)
salam Dr
penerangan Dr cukup jelas, ikhlas dan lagi terang. itu yang kita nak. ini, dah bedah baru nak minta t.tangan surat persetujuan pun ada. entahlah. kementerian kesihatan dan hospital universiti perlu telus. buka siasatan aduan yg dibuat untuk dianggotai oleh orang awam yg berkelayakkan.
Dr
ada satu hari tu aku ke hospital. Dr tu banyak kore nya. aku tengok pesakit tanya beberapa soalan kat Dr muda tu. dia mula gabra.dia geram. aku nampak air mukanya. dia suruh pesakit masuk wad nak cek penyakit kencing manis pesakit tu. dia kata pesakit tu banyak akai. pesakit tu tak mahu. dia suruh pesakit t.tangan AOR. pesakit tanya dia balik, apasal nak t.t AOR. aku dok perhati gelagat mereka berdua. rupa-rupanya pesakit tu t.t AOR dgn catatan yg perlu. Dr tu marah . katanya borang tu tak boleh ditokok tambah.aku dengar pesaki tu kata, "Dr kata semua tak boleh, semua takdak, saya tak ikut arahan Dr dan bla..bla..bla. borang ni bukan tuhan yg buat. Dr sorang sj boleh tulih di sini. org macam saya tak boleh?"
Lepaih tu akau tengok Dr tu berubah nada. dia merayu kpd pesakit agar jangan tuleh apa-apa diborang tu...
pegawai atasan dia tak benarkan.
aku macam nak baca apa yg ditulis pesakit tu. tapi..payah.
Dr
aku rasa apa pun, KKM kena prihatin. jika KP dan KSU dia dok ataih, kerja bagi arahan sj, banyak teori- tak banyak yg boleh berubah.
t.k. di atas pandangan Dr tu.
sapa yang pandai sgt kat sini . pegi la minta keje kat hospital /kementerian kesihatan.
bandingkanlah kualiti perubatan negara kita dgn negara jiran.
baru anda akan sedar & bersyukur.
kita dalam era membangun, kesilapan mmg berlaku tapi dh byk dikurangkan.
bandingkan beban dgn sektor swasta, nisbah doktor:pesakit mereka kurang sbb mereka ambil doktor yg dh di train kerajaan.
insyaallah , dgn budget baru ini & tak lama lagi skim insuran nasional.
hospital swasta akan suffer & kerajaan akan dpt tingkatkan kualiti penjagaan pesakit dgn nisbah doktor : pesakit yg ideal.
sekian
sdra Anonymous
kualiti ubat memang baik sekali buat masa ini di malaysia. saya tidak menafikan berbanding 15 tahun dahulu.
apa guna j.raya berkualiti jika selalu berlaku kemalangan dan malaysia salah satu dari negara di dunia yg statistik kemalangannya sgt tinggi.
apa guna pejabat yg canggih jika kakitangan awamnya keluar minum terlalu lama, ponteng, selalu 'cuti' sehingga menimbulkan masalah kpd pelanggan.
apa guna polis menyaman kesalahan lalulintas jika di hadapan sdra, ada yg dihakimi dan dilepaskan.
apa guna taman perumahan yg banyak jika kualitinya dipertikaikan.
apa guna wakil rakyat jika masalah rakyat tidak dapat ditangani.
apa guna pemimpin negara jika rakyat menderita.
apa guna hospital canggih, ubat terbaik- jika ramai yg dicedera, terbunuh dan dicacatkan.
sdra
saya tidak nafi negara lain ada cacat celanya tetapi cacat celanya diakui, diperbetulkan, digantirugikan, di bawa ke mahkamah, supaya menjadi teladan. tetapi di malaysia, diunder carpetkan sehinggakan pesakit atau keluarga tidak mendapat maklumat sebenar kecuali anda somebody. ketelusan dalam siasatan, permohonan maaf, gantirugi, pemabaikkan dsb amat diperlukan.
bangunan dan alat yg canggih tidak semestinya mencanggihkan minda dan sikap kakitangan hospital. dimana-mana hospital kerajaan ada ramai kakitangannya menjadi pesakit dan penumpang bot perkhidmatan awam dan cari makan secara tidak telus. ini yg kena diperbetulkan segera. jangan sampai ahli keluarga anda menderita dan dimangsakan, baru anda sedari akan kealpaan ini. tk
Saya bersimpati dengan pesakit yang dinyatakan. Memang sepatutnya perkara itu tidak harus berlaku.
Walaubagaimanapun perkara ini dapat dielakkan. Mengikut laporan, ianya adalah disebabkan kecuaian. Doktor yang merawat pula ialah doktor houseman/pelatih (saya tidak pasti) dan tiada kepakaran di dalam merawat pesakit bayi.
Untuk mengatakan 100% kesilapan doktor saya bersetuju ianya tidak patut. Untuk mengatakan pentadbiran bermasalah, perlu dikaji dahulu.
Apapun punca sebenarnya ialah masalah kekurangan pegawai perubatan U ini, lantas menyebabkan kurangnya bilanan doktor pakar di hospital awam. Isu lapuk ini harus membuka mata pihak berkenaan.
Langkah sementara yang diambil untuk menambahkan kuantiti doktor bukan penyelesaiannya secara menyeluruh.
Langkah yang sepatutnya diambil ialah bagaimana memastikan doktor kekal di hospital kerajaan. Barulah bilanan doktor akan bertambah dan seterusnya doktor pakar akan bertambah. Maka pengurusan HR menjadi lebih teratur.
kerjagomen.blogspot
salam sdra
t.k di atas pandangan saudara. itu adalah diantara cadangan yg harus kerajaan memikirkan untuk mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap hospital.
mslhnya skrg bil Dr. x cukup.. yg ada pakat lari p private.. walau sebanyak mne pn gaji kat KKM...byk lg kt private... apa yg ada hanyalah pembantu perubatan yg melihat kes di klinik2 kerajaan.. nk harapkan doktor..mmg payah ler sbb doktor x suka keja kt pedalaman.. jd apa kata pihak KKM menaiktaraf pembantu perubatan..kpd jawatan pegawai perubatan klinikal... kerana hanya mereka yg terpaksa keja kt pedalaman..
Post a Comment