Friday, January 7, 2011

Berapa ramai pegawai Perdana Menteri

Kita sudah mempunyai enam orang Perdana Menteri.

Bermula dengan YTM Tunku, Najib Razak, Hussein Onn, Mahathir, Abdullah dan Najib pdrm.

Kelihatan Najib penghisap darah rakyat Malaysia [Najib pdrm] mempunyai paling ramai pegawai yang bertugas dengannya sebagai pegawai-pegawai Perdana Menteri.

Ada penasihat ekonomi, penasihat kewangan, penasihat agama, setiausaha politik, setiusaha sulit, setiausaha akhbar, pegawai khas dan banyak kategori pegawai lain.

Begitu juga isterinya dikatakan ada diberi kemudahan seperti itu.

Saya berharap Jabatan Perdana Menteri dapat keluarkan satu senarai pegawai-pegawai beserta dengan tugas, gred dan gaji yang dibayar kepada mereka.

Tidak semestinya jika setiauasaha politik bermakna ada seorang sahaja. Ada ramai setiausaha politik yang dilantiknya. Najib pdrm bukan menggunakan duit keluarganya untuk membayar gaji mereka.

Jangan terkejut, untuk menyeronokkan kawan-kawannya Najib pdrm menawarkan berpuluh jawatan seperti ini kepada mereka.

Rakyat wajib tahu dan dirasakan JPM tidak akan berfatamorgana dengan maklumat ini.

Saya berharap maklumat ini akan dibenarkan untuk disalurkan oleh Najib pdrm tanpa prasangka.

Wednesday, January 5, 2011

Jika dirogol itu anak Pak Lah atau adik Reezal

Amah Indonesia dirogol "bapa menteri" Malaysia.

Betulkah peristiwa ini berlaku dan ketika itu perdana menterinya adalah pejuang Islam Hadhari dan cucu ulama dari Kepala Batas Pulau Pinang.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas adalah Reezal Merican yang pernah dengan lantang mempertikaikan wang syubhah kerajaan negeri Pulau Pinang.

Apabila Pak Lah bersyubhat dengan bapa menteri dalam kes rogol, dimana Reezal Merican dan pemuda bahagiannya.

Jangan lupa, Pak Lah adakalanya boleh berlakun menjadi bisu tetapi hakikatnya dia seorang yang normal.

Masyarakat mendesak Abdullah Badawi memaklumkan kisah benar yang terjadi.

Abdullah perlu empati jikalah amah tersebut adalah anaknya atau adik Reezal.

Orang ramai meminta Shahrizat Abdul Jalil dan T.Murugiah menyiasat perkara ini dan jika didapati betul, mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.

Tuesday, January 4, 2011

MAIK akan jawab isu Masjid Sg Lalang Kedah - Taulan

Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) akan menulis dan memberitahu kepada Jawatankuasa Masjid Sungai Lalang tentang keputusan kerajaan berkaitan isu masjid berkenaan.

YB Dato' Hj Mohamed Taulan B Mat Rasul, Exco Agama, Pelajaran dan Koperasi Negeri Kedah memberitahu bahawa satu mesyuarat telah diadakan bersama MAIK bagi membincangkan perkara tersebut.

"Pihak MAIK sendiri secara pentadbiran akan memberikan jawapan kepada jawatankuasa masjid dalam waktu terdekat ini" kata Taulan ketika dihubungi.

Ada beberapa kriteria yang perlu dipatuhi dan dijangka turut akan dimaklumkan kepada pihak berkenaan.

Perkara ini telah dibangkitkan oleh blog alkerohi dan KedahLanie bagi membantu masyarakat di Sungai Lalang.

Pindaan Undang-undang Selangor wajib diperhalusi

Pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor dalam memberikan kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri kepada Menteri Besar dan Sultan hendaklah lebih berhati-hati.

Biarlah kata putus berada di pihak eksekutif. Pandangan-pandangan lain perlu dan boleh diambil kira.

Kebimbangan rakyat tentang masalah yang sama yang pernah berulang hendaklah tidak diabaikan.

Mereka masih ingat apa yang dikatakan, "ditelan mati emak, diluah mati bapa"

Monday, January 3, 2011

Masjid Sg Lalang Kedah perlu tindakan Exco Agama

[setakat jam 6.23ptg tadi, kenyataan Sultan Selangor tentang SUK yg baru mahu dilantik, sangat cantik ]

Dua hari yang sudah, dalam perjalanan ke Alor Setar saya singgah di Sungai Lalang, Sungai Petani.

Di sana, secara kebetulan saya ada menemui beberapa orang penduduk setempat termasuk beberapa orang kawan lama.

Mereka memaklumkan bahawa masalah Masjid Sungai Lalang yang dipanjangkan untuk tindakan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) sejak lima belas bulan yang lalu masih belum ada penyelesaiannya.

Penduduk tempatan bercadang memperbesarkan masjid berkenaan dan memohon agar MAIK memberikan kebenaran untuk mengutip derma dan sumbangan.

Malah kertas kerja cadangan telah dihantar kepada YB Taulan Rasul semasa beliau menjadi Exco Agama.

Kata salah seorang daripada mereka, "setiap kali AJK menelefon MAIK, pegawainya bermesyuarat dan keluar. Kami faham kesibukan mereka"

Namun mereka berharap agar YB Taulan Rasul dan kerajaan negeri dapat membantu mereka mengatasi masalah yang dihadapi ini.

Sunday, January 2, 2011

Surau dan masjid Selangor : Tak pakai baju dan seluar dalam ?

Ada kawan-kawan bertanya, jika memakai pakaian luaran tetapi tidak memakai baju dalam atau seluar dalam, seseorang itu boleh tak berada di perkarangan surau atau masjid di Selangor?

Kasihan YB Ahli Parlimen Serdang.

Tidak sahaja yang bukan Islam, penganut Islam pun tertanya-tanya dengan 'ajaran baru' Jabatan Agama Islam Negeri Selangor ni.

Eloklah JAIS keluarkan panduan dan peraturan supaya kekeliruan masyarakat dapat diatasi.

Setelah 1432 tahun, Islam kelihatan semakin bercabang. Tak salah jika ada masyarakat antarabangsa yang melihat Islam sebagai membimbangkan.

Saya teringat sekitar tahun 1970-an dan 80-an. Ramai pelancong wanita yang masuk ke dalam Masjid Negara di Kuala Lumpur dengan pelbagai fesyen pakaian mereka.

Beberapa bulan yang sudah, saya melihat senaman Tai Chi dilakukan oleh masyarakat wanita Melayu di perkarangan Masjid Sultanah Bahiyah Alor Setar.

Apa yang kita tahu, Islam telah berada di seluruh dunia. Bukan sahaja di Malaysia. Islam adalah satu tamadun yang cukup tua. Sama tuanya dengan kewujudan manusia.

Entahlah. Adat mahu dijadikan agama atau agama mahu dijadikan adat.

Jangan menjual beli agama kerana politik sudahlah.

Nik Aziz pertahan Teo senamrobik di masjid
Jabatan Agama paling corot dalam perkhidmatan awam

Saturday, January 1, 2011

Harga minyak : Presiden Bolivia tahu peranan sbg Ketua Negara

Presiden Bolivia batal perintah naikkan harga minyak BH 2011/01/01

LA PAZ: Presiden Bolivia, Evo Morales, lewat Jumaat (waktu tempatan) membatalkan perintah undang-undang kerajaan susulan kekacauan di negara itu berpunca daripada kenaikan harga minyak.

Naib Presiden Alvaro Garcia mengeluarkan perintah itu Ahad lalu menamatkan pemberian subsidi bagi mengekalkan harga minyak pada paras rendah tetapi menyebabkan kerajaan Bolivia menampung kira-kira AS$380 juta setiap tahun.

Susulan kenaikan harga minyak sehingga 83 peratus menyebabkan harga minyak naik pada paras tinggi sejak 1991. - AFP

Sudah tentu rakyat Bolivia gembira dengan kewujudan dan peranan Presiden mereka sebagai ketua negara
.

2011


TAHUN 2011 BERSAMAAN 26 MUHARRAM 1432 HIJRIAH

Friday, December 31, 2010

Kedah : Lantikan Mukhriz melepaskan ular bisa

Bermulalah episod baru perjalanan UMNO dalam menghadapi politik cantas-mencantas di Kedah setelah pelantikan Ahmad Bashah Hanipah sebagai Ketua Badan Perhubungan UMNO Kedah dan Mukhriz Mahathir sebagai timbalannya diumumkan oleh Setiausaha UMNO Teuku Adnan Teuku Mansor.

Pemerhati politik membayangkan bahawa untuk membuang terus Bashah yang mempunyai kelulusan akademik yang rendah dan rentetan perkhidmatannya yang tidak cemerlang dari politik Kedah dikira sebagai menghina diri dan penyokongnya.

Lagipula bukankah Bashah merupakan salah seorang dari 22 ADUN di Kedah yang pernah dipanggil menghadap Dr Mahathir Mohamed di Jabatan Perdana Menteri dalam isu melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar kelapan.

Apakah Bashah akan membiarkan anak mantan Perdana Menteri itu terlepas ?

Melantik Mukhriz sebagai Timbalan Ketua UMNO Kedah bermakna melepaskan ular-ular tua yang berbisa ke gelanggang pilihanraya ketigabelas.

Jika tidak mematuk sesama sendiri, menggeletek pun memadailah.

Seperti kata Bang Din Setiausaha UMNO Bahagian Kubang Pasu bahawa Mukhriz terlalu mentah di arena politik.

Shamsudin adalah orang kuat Johari Baharom panglima perang G7 yang berjaya menyahkan Mahathir dari poitik Kedah satu masa dahulu.

Exco Kerajaan Negeri Kedah Abdul Ghani Ahmad menyifatkan pelantikan Mukhriz dibuat hanyalah kerana mengenangkan bapanya.

Sama seperti pelantikan yang dibuat terhadap Najib (pdrm) penghisap darah rakyat Malaysia dan Hishamudin Tun Hussein.

"Dari segi kelayakan lebih ramai ahli UMNO yang mampu mengetuai mereka tetapi bukankah UMNO parti anak beranak" kata Wahab Din penyokong kuat Johari di Jitra.

Ramai penyokong UMNO menuding jari di atas apa yang mereka sifatkan kesilapan Majlis Tertinggi dalam memilih calon. Bahkan Shapie Apdal pun di'sepak' keluar dari peta politik Kedah biarpun Tun Mahathir memberikan sokongan seratus peratus kepada orang Sabah itu.

"Mukhriz masih budak-budak dalam politik. Tidak menonjol berbanding KJ yang lantang. Pelantikannya memberikan isyarat kepada Bashah supaya cari kotak dan bungkuslah barang" marah seorang penyokong Azeez Rahim dari Pulai, Baling.

Pengundi di Megat Dewa dan Jerlun memberitahu, sangat sukar menemui Mukhriz di kawasannya.

Mahfuz Omar pula mengatakan Mukhriz jarang sekali hadir mesyuarat bahagian di Kubang Pasu kerana tidak sebulu dengan beberapa pemimpin di situ

Jika bapanya pernah tinggal di Titi Gajah Jitra, Mukhriz pula sudah berhijrah dan tinggal dibanglo berjuta ringgit di Kuala Lumpur.

Seorang wartawan veteran membayangkan bahawa UMNO tdak mempunyai calon untuk dijadikan Menteri Besar.

Najib pdrm kini sedang menari mengikut rentak Mahathir. Pengaruh Mahathir sudah mula kembali.

"Kita boleh beri markah 9 kepada KJ. Mukhriz yang berahi dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri sama seperti bapanya boleh diberi markah 1.5 sahaja" kata Kak Kiah bekas jawatankuasa Wanita Negeri.

Apapun, pilihanraya ketigabelas yang dijangka akan diadakan diantara Mac-Mei 2011 pasti akan mempamerkan kehebatan jaguh-jaguh politikus di Kedah.

Bukan diantara PAS dan UMNO tetapi sesama jaguh-jaguh kampung UMNO.

[pembetulan : sanusi junid sebagai mb kedah yang ke 7 dan bukan ke 8. harap maaf ]

Wednesday, December 29, 2010

Veto Malaysia sama dengan veto PBB ?

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mempunyai lima kuasa besar yang seringkali menggunakan kelebihan veto.

Negara-negara besar itu ialah Amerika, Rusia, England, Cina dan Perancis.

Di Malaysia terdapat 'kuasa veto' ditangan sembilan pemimpin negeri dan seorang pemimpin persekutuan.

Apakah itu veto ?

Kuasa veto merujuk kepada hak yang diberi kepada seseorang atau sesuatu kumpulan untuk menolak sebarang keputusan undang-undang yang diluluskan oleh beberapa ahli yang lain biarpun secara majoriti.

Tak serupa tapi macam nak sama.

Tetapi di Malaysia, perlembagaannya dikatakan adalah yang paling tinggi dan berdaulat.