Masjid Sg Lalang Kedah perlu tindakan Exco Agama
[setakat jam 6.23ptg tadi, kenyataan Sultan Selangor tentang SUK yg baru mahu dilantik, sangat cantik ]
Dua hari yang sudah, dalam perjalanan ke Alor Setar saya singgah di Sungai Lalang, Sungai Petani.
Di sana, secara kebetulan saya ada menemui beberapa orang penduduk setempat termasuk beberapa orang kawan lama.
Mereka memaklumkan bahawa masalah Masjid Sungai Lalang yang dipanjangkan untuk tindakan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) sejak lima belas bulan yang lalu masih belum ada penyelesaiannya.
Penduduk tempatan bercadang memperbesarkan masjid berkenaan dan memohon agar MAIK memberikan kebenaran untuk mengutip derma dan sumbangan.
Malah kertas kerja cadangan telah dihantar kepada YB Taulan Rasul semasa beliau menjadi Exco Agama.
Kata salah seorang daripada mereka, "setiap kali AJK menelefon MAIK, pegawainya bermesyuarat dan keluar. Kami faham kesibukan mereka"
Namun mereka berharap agar YB Taulan Rasul dan kerajaan negeri dapat membantu mereka mengatasi masalah yang dihadapi ini.
3 comments:
Terima kasih saudara atas posting ini.(dan Kedahlanie)
Kes Masjid Sungai Lalang bukan perkara baru.Ia telah dibincang sejak 1999 lagi sewaktu masjid yang berada dalam "kawah: ini mula dilindongi olih bangunan sekeliling dan perlebaran jalan utama yang dinaikkan ketinggiannya.Ini belum dikita tambakan tanah bagi kubur baru yang kini telah penoh.
Kegagalan projek ini lantaran kekuatan UMNO yang terlampau dikawasan ini.Menjadi realiti bahawa UMNO hanya memandang sebelah mata jika kawasan ini disahkan sebagai kubu utamanya.
AJK masjid yang rata rata dianggotai olih mereka yang pro UMNO menyukarkan lagi keadaan ini. Perbincangan dengan penduduk diperingkat awal penuh dengan emosi dan prasangka,lebih lebih lagi apabila "kami" yang memang seorang ahli UMNO yang aktif berhijriah kepadang baru bersama PKR-PAS.
Bermula dengan akujanji lisan disusuli mesyuarat demi mesyuarat dengan syarikat yang dipertanggong jawap sebagai proxsi seorang menteri kabinet yang bertanggong jawap hal duit,bagi memudahkan pelaksanaan pembangunan bandar setelit dengan tukarganti masjid baru bernilai RM 1juta pada tahun 1999.
Namun setelah 7 tahun berlalu mereka melupakan dan mula melepas tanggong jawap dengan alasan syarikat yang menjanjikan telah tidak lagi bertanggong jawap dan diambil alih sebuah syarikat baru dan hasilnya,hanya sebuah bangunan KAFA bernilai RM200,000.00 saja yang realiti nya kita ada.
Nafsu serakah pemimpin UMNO tidak kenal taraf keilmuannya.Seorang Menteri anak Sg Limau Yan yang diundang dalam satu majlis dengan sinis berkata"Mintalah pada kerajaan Kedah" mungkin sebagai tanda kecewa DUN Bukit Selambau dan P Merbok jatuh ketangan Pakatan,dan terima kasih pada beliau kerana ini mengajar UMNO tempatan bahawa undi yang hampa bagi pada BN memang tak ada nilai seduit pun.Yang depa nampak undi ini bernilai kalau menang."Kemarahan" ini mungkin bertambah apabila diberitahu bahawa "Jawatankuasa Pembinaan Masjid" dianggota mojoriti mereka yang bersama Ustaz Azizan atau pun non-kepartian.
.Catatan yang dibuat olih Alkerohi adalah benar.Sikap sambil lewa mereka yang dipertanggong jawap di jabatan agama tidak bolih dipertikai.Sudahlah gagal dihubungi,malah bila berjumpa pula plan yang diserah entah kemana di"hilangkan"nya
.Diharap Kerajaan Kedah sekarang peka dan mengutamakan perancangan masjid ini dan pegawai agama yang berkaitan jadilah seorang individu yang yang lebih bertanggong jawap.Buangkan budaya pemimpin UMNO yang hanya akan lakukan sesuatu projek jika projek itu bolih menambahkan apa yang dia dah ada.
Maaf kepada sahabat2 aku yang masih bersama UMNO samada bertaraf pemimpin besar atau kecik.Inilah hakikat UMNO yang sebenar.
salam sdra jap
tk di atas respon. lihat kenyataan yb taulan di posting terbaru.
2. sedih juga membaca tulisan sdra. bab masjid pun dipolitikkan juga.
selamat berusaha dan selamat berjaya.
tk
Saudara Afrar,
Saya juga baru berjumpa dengan Che Atiqur Rahman(Tim Pengerusi Pembangunan Masjid) yang katanya memang kenal saudara dan pernah memberitahu saudara mengenai perkara yang dibincangkan ini.
Terima kasih dari beliau.
Post a Comment