Wednesday, April 21, 2010

Kamalanathan dan Azeez Rempit di satu universiti ?

Calon MIC yang mewakili Barisan Nasional di Hulu Selangor dikatakan tidak memiliki ijazah.

Ghaffar Baba pun dikatakan tidak ada ijazah tetapi beliau tidak pernah mengaku mengatakan ada ijazah.

Maksudnya beliau tidak 'menipu' seperti Kamalanathan jika benarlah dakwaan itu.

Kamala mengingatkan saya tentang Azeez Rempit Ketua UMNO Bahagian Baling yang mengaku mempunyai ijazah. Pengakuannya banyak mencalarkan imej UMNO.

Nasib baiklah dia tak mengaku diliwat hari itu. Jika tidak pengakuannya itu akan banyak menyusahkan orang selain mereka dari Barisan Nasional.

Azeez, kes hang jadi lagu mana ? Kasihan, ramai yang belasah hang hari kempen tu.

Hang kena belasah, polis naik kelam !

Saja nak tanya, kot-kot la hang tau Kamalanathan mengaji satu universiti ?

Hulu Selangor : Sepatutnya Zaidkah ?


Sepatutnya Zaid Ibrahimkah ?

Kaki minum, kaki betina, rasuah dan judi. UMNO sinonim dengan empat kriteria yang serupa dengan najis anjing dan babi itu.

Dalam hal Zaid, ia dikaitkan sebagai kaki minum sedangkan bekas Perdana Menteri dan ahli-ahli UMNO bukan sahaja dikaitkan dengar arak, malah judi, rasuah dan betina.

Namun apabila sampai masanya, Zaid mengaku bertaubat dan sudah meninggalkan lorong kejahilan dan ianya sesuatu yang wajib dipuji.

Perlukah Zaid Ibrahim menjadi wakil rakyat di Hulu Selangor ?

  • Dari parti yang kecil, miskin dan sedang bertarung - meninggalkan perjuangan lalu masuk ke parti yang besar, kaya dan dihinggapi kriteria anjing dan babi, maka itu tidak berprinsip.
Tetapi Zaid melakukan yang sebaliknya. Dari parti yang mewah, kaya, bergelumang dengan tahi dan serba kesyaitanan, ke parti yang miskin, kecil dan sedang melalui perjuangan.
  • Inilah yang dikatakan tidak tamak, bukan gila kuasa atau pangkat dan jenis manusia yang ada prinsip.
  • Dari jawatan menteri sanggup tidak berjawatan kerana mempertahankan perjuangan menyahkan ISA.
  • Menasihatkan Perdana Menteri Abdullah Badawi agar kembalikan hak-hak enam orang hakim di zaman Salleh Abas yang diperkosa oleh Tun Dr Mahathir Mohamed melalui tribunal yang rata-rata dikira rakyat sebagai separuh gila.
  • Teresa Kok mendapat simpatinya dalam isu azan yang sengaja diputarbelitkan oleh akhbar Utusan Malaysia. Teresa bukan Melayu dan bukan juga Islam.
  • Wartawan Cina yang ditahan mengikut ISA turut mendapat simpatinya yang dipanjangkan kepada Perdana Menteri ketika itu. Kehendak dan nilai-nilai demokrasi ada padanya.
  • Prestasi kerajaan Negeri Selangor sekarang berada pada tahap yang memberangsangkan. Ianya suatu yang perlu dijadikan pengukur oleh pengundi.
  • Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Abd Hadi Awang juga memohon pengundi di Hulu Selangor menyokong Zaid.
  • Lebih penting, asalkan sahaja bernama manusia pasti ada kesilapan yang dilakukan. Maka sebagai hamba Allah, Zaid sudah bertaubat dan penyesalan ada di dalam dirinya.
Tidak seperti politikus anjing dan babi yang sanggup menggadaikan bangsa dan negaranya apatah lagi agamanya. Terus berpesta dengan arak, rasuah, judi dan betina biarpun rakyat sedang menderita akibat tekanan ekonomi dan sosial.

Bagi mereka matlamat boleh menghalakan cara. Demokrasi pun tidak, Islam jauh sekali !

Tuesday, April 20, 2010

Semua mantan PM kaki botol kecuali Pak Lah

Seperti yang saya tuliskan di sini, kita tidak hairan apabila ahli UMNO atau bekas ahli UMNO dikaitkan dengan arak, rasuah dan 'betina'.

Kini ada pula maklumat terbaru mengatakan bahawa semua bekas Perdana Menteri Malaysia adalah kaki minum atau kaki botol.

Pak Lah dikecualikan.

Orang yang pernah terlibat dalam gabungan dengan Barisan Nasional suatu ketika dahulu mendedahkannya.

Mustafa turut mendedahkan bahawa ada yang terlibat dalam penyakit empat serangkai sekaligus iaitu rasuah, betina dan judi selain arak.

Bapa-bapa presiden begitu, apa lagi dengan ...?

Istihar harta : MCA dan Gerakan pakat dgn UMNO

Di saat rakyat diminta berbelanja secara hemah, Rosmah Mansor membawa rombongan isteri-isteri menteri dan timbalan-timbalan menteri melancong ke luar negara.

Betapa hebatnya mereka !

Dalam kehebatan mereka, parti MCA dan Gerakan merasa diri mereka lagi hebat. Bersubahat dengan UMNO membelakangkan kehendak rakyat - enggan mengistiharkan harta.

Apakah manafaatnya MCA dan Gerakan membisu dalam hal pengistiharan harta ini? Dimana suara pemuda-pemuda mereka?

Adakah mahu memiliki kekayaan negara dan menjadikan hak milik peribadi, keluarga dan kroni.

Monday, April 19, 2010

Kabinet Malaysia mengatasi undang-undang dan rakyat

Sejak zaman beberapa Perdana Menteri - kabinet Malaysia bagaikan mengatasi undang-undang.

Mereka tidak perlu mengistihar harta, biar rakyat berbuih mulut mendesaknya.

Siapa yang diperbodohkan oleh kabinet Malaysia yang terdiri dari UMNO, MCA, Gerakan, MIC dan parti di Sabah dan Sarawak.

Rakyat dan kakitangan awam diminta jangan memboros. Semuanya perlu berhemah.

Disaat itulah Rosmah Mansor membawa isteri-isteri menteri dan isteri-isteri timbalan menteri melancong keluar negara pada minggu lepas.

Berapa belanja yang dihabiskan ?

Kaya sungguh menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri di Malaysia. Di ketika rakyat menangis menderita, menteri, timbalan-timbalan dan isteri-isteri mereka menghanguskan wang rakyat.

Selagi rakyat diperbodohkan, selagi itu harta tidak akan diistiharkan oleh mereka dan selagi itu rakyat akan menjadi mangsa keganasan kabinet Malaysia.

Guruku pernah mengibaratkan politikus sedemikian yang tidak pernah insaf dan tidak sedar diri sebagai anjing dan babi.

Arak : Pemimpin anjing dan babi ?

Zaid Ibrahim mengaku pernah minum arak. Katanya itu di zaman mudanya dulu dan kini telah insaf.

Bagaimana pula dengan mereka yang dulu, kini dan mungkin selamanya ?

Pakai kopiah, simpan janggut, cakap soal agama - judi, arak, perempuan dan telah pun ke tanah suci Makkah namun masih menghirupnya.

Saifuddin Nasution membangkitkan perkara ini di dalam parlimen tetapi agaknya tidak membabitkan pemimpin UMNO, keluarga dan kroni kerana tiada seorangpun daripada mereka yang mengaku seperti Zaid.

Jadi, siapakah mereka itu ?

Guruku pernah mengibaratkan politikus sedemikian yang tidak pernah insaf dan tidak sedar diri sebagai anjing dan babi.

Sunday, April 18, 2010

Anjing dan babi

Kita tidak hairan apabila ahli UMNO atau bekas ahli UMNO dikaitkan dengan arak, rasuah dan 'betina'.

Begitu juga kita masih tidak hairan apabila ada ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat terutama sekali tahap kepimpinan yang mengistiharkan diri keluar dari parti PKR.

Mereka tidak berasa bersalah sedikitpun apabila mengkhianati amanah agama dan tanggungjawab moral terhadap pengundi di kawasan sendiri.

Ada yang berkata, ada atau tiada mereka tidak memberikan apa-apa kesan.

Teringat cerita anjing dan babi masa zaman persekolahan dulu.

Kata seorang guru, anjing jika kita ajar dia menjaga rumah tuannya - ia akan ikut. Anjing juga jika kita mengajarnya memburu, ia dapat melakukannya. Anjing juga selalunya digunakan dalam pertunjukkan sarkas yang boleh membawa pulangan wang kepada penganjurnya.

Jarang atau tak pernah langsung kita mendengar babi berbuat demikian.

Anjing ada juga sedikit faedahnya kepada orang. Babi pula tersangat sedikit faedahnya dibanding dengan anjing.

Kata guru itu lagi, peranan anjing itu akan menjadi tak ketahuan dan membahayakan apabila dia ada penyakit anjing gila. Keselamatan dirinya sendiri tak terurus, macamana nak jaga tuannya.

Atau jika dihubung kaitkan dengan izin, macamana nak jaga masyarakat, negara dan kedaulatannya.

Lainlah jika yang menguruskan itu juga adalah manusia. Entah kenapa guru itu tidak memasukkan 'orang atau manusia' di dalam kisahnya itu.

Agak-agak saya, dia sengaja membahagikan politikus itu kepada dua. Pertama - manusia dan yang keduanya anjing dan babi.

Bayangkan, jika babi yang ada penyakit babi gila !

Saturday, April 17, 2010

Samy serah presiden MIC pada Muhyiddin

Penduduk Tamil Hulu Selangor sangat marah kepada Samy Vellu kerana megikuti telunjuk Muhyiddin Yassin memilih orang Rawang - Kamalanathan menjadi calon di kawasan pilihanraya kecil itu.

Mereka bermati-matian mahukan G Palanivel atau Mugilan yang pada tanggapan mereka merupakan anak tempatan.

"Presiden kita Samy Vellu sudah dalam peralihan kuasa dengan menyerahkan jawatan Presiden MIC kepada Muhyiddin. Ini sangat-sangat memalukan. Tidak pernah berlaku dalam sejarah kaum Tamil. Kita anggap dia kalah sebelum berperang" kata peminat Mugilan.

Apa sudah jadi pada Samy ? Meninggalkan kaum Tamil Hulu Selangor bertempiaran tanpa arah ?

Friday, April 16, 2010

Bakal Presiden MIC ditolak BN

Hulu Selangor mengesahkan bahawa bakal presiden MIC sudah ditolak oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Hanya Samy Vellu mahukan G Palanivel. UMNO menolak Palanivel kerana prestasinya menimbulkan kemarahan penduduk di Hulu Selangor yang diwakilinya sejak empat penggal yang lalu.

Berkaitan tawaran jawatan sebagai Senator dan dilantik Timbalan Menteri - jika ia benar-benar terjadi, itu adalah gula-gula UMNO memalukan Samy dan MIC.

Lebih-lebih lagi dalam situasi Palanivel, bukan rakyat yang akan memilih dan melantiknya. Ia adalah tawaran yang 'syok'kan Samy, Palanivel dan MIC biarpun Samy menganggap isu Hulu Selangor satu kemenangan.

Tidak salah jika saya menjangka, Palanivel akan menerima nasib yang sama seperti Ong Tee Keat. Presiden MIC yang singkat usianya.

Cuma bezanya, lambat dan cepat keputusan dari ahli-ahli MIC dalam hal ini.

Ahli-ahli MCA ramai yang 'berpolitik cara jantan' berbanding dengan kebanyakkan ahli-ahli MIC.

Diharap selepas Samy menjadi mendiang politik MIC, dasar parti itu akan lebih demokratik.

Tanda-tanda ke arah itu sudah ditunjukkan Muhyiddin dalam isu Hulu Selangor. Samada Samy faham atau buat-buat tak faham, itu soal lain.


Thursday, April 15, 2010

Kedah : Seorang lagi ADUN PKR istihar bebas

Seorang lagi ADUN PKR di Kedah Tan Wei Shu dari DUN Bakar Arang mengistiharkan diri keluar dari parti itu dan menjadi Bebas.

Permintaan pada parti politik 'Bebas' semakin meninggi di Malaysia terutama sekali dari wakil PKR.

Kedudukan kerusi terkini PAS 16 , BN 14, PKR 3, DAP 1 dan Bebas 2


Manikumar, Exco PKR Kedah bercakap soal lompat parti