Saturday, April 17, 2010

Samy serah presiden MIC pada Muhyiddin

Penduduk Tamil Hulu Selangor sangat marah kepada Samy Vellu kerana megikuti telunjuk Muhyiddin Yassin memilih orang Rawang - Kamalanathan menjadi calon di kawasan pilihanraya kecil itu.

Mereka bermati-matian mahukan G Palanivel atau Mugilan yang pada tanggapan mereka merupakan anak tempatan.

"Presiden kita Samy Vellu sudah dalam peralihan kuasa dengan menyerahkan jawatan Presiden MIC kepada Muhyiddin. Ini sangat-sangat memalukan. Tidak pernah berlaku dalam sejarah kaum Tamil. Kita anggap dia kalah sebelum berperang" kata peminat Mugilan.

Apa sudah jadi pada Samy ? Meninggalkan kaum Tamil Hulu Selangor bertempiaran tanpa arah ?

Friday, April 16, 2010

Bakal Presiden MIC ditolak BN

Hulu Selangor mengesahkan bahawa bakal presiden MIC sudah ditolak oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Hanya Samy Vellu mahukan G Palanivel. UMNO menolak Palanivel kerana prestasinya menimbulkan kemarahan penduduk di Hulu Selangor yang diwakilinya sejak empat penggal yang lalu.

Berkaitan tawaran jawatan sebagai Senator dan dilantik Timbalan Menteri - jika ia benar-benar terjadi, itu adalah gula-gula UMNO memalukan Samy dan MIC.

Lebih-lebih lagi dalam situasi Palanivel, bukan rakyat yang akan memilih dan melantiknya. Ia adalah tawaran yang 'syok'kan Samy, Palanivel dan MIC biarpun Samy menganggap isu Hulu Selangor satu kemenangan.

Tidak salah jika saya menjangka, Palanivel akan menerima nasib yang sama seperti Ong Tee Keat. Presiden MIC yang singkat usianya.

Cuma bezanya, lambat dan cepat keputusan dari ahli-ahli MIC dalam hal ini.

Ahli-ahli MCA ramai yang 'berpolitik cara jantan' berbanding dengan kebanyakkan ahli-ahli MIC.

Diharap selepas Samy menjadi mendiang politik MIC, dasar parti itu akan lebih demokratik.

Tanda-tanda ke arah itu sudah ditunjukkan Muhyiddin dalam isu Hulu Selangor. Samada Samy faham atau buat-buat tak faham, itu soal lain.


Thursday, April 15, 2010

Kedah : Seorang lagi ADUN PKR istihar bebas

Seorang lagi ADUN PKR di Kedah Tan Wei Shu dari DUN Bakar Arang mengistiharkan diri keluar dari parti itu dan menjadi Bebas.

Permintaan pada parti politik 'Bebas' semakin meninggi di Malaysia terutama sekali dari wakil PKR.

Kedudukan kerusi terkini PAS 16 , BN 14, PKR 3, DAP 1 dan Bebas 2


Manikumar, Exco PKR Kedah bercakap soal lompat parti

Wednesday, April 14, 2010

Hulu Selangor : Samy-Palanivel atau Muhyiddin-Mugilan ?

Aiyo...

Palanivel dan Mugilan. Siapa calon yang mewakili Barisan Nasional di Hulu Selangor.

Palanivel atau Mugilan.

Samy suka Palanivel. UMNO tak suka Palanivel. MIC dan Samy tak mahu Mugilan, UMNO dan Muhyiddin banyak suka Mugilan.

MCA banyak ketawa. Samy sudah naik 'dara'.

Dulu, Mahathir pun takutkan Samy. Sekarang Muhyiddin tarak peduli Samy.

Palanivel Mugilan, Mugilan Palanivel, Palanivel Mugilan, Mugilan Palanivel...

Sapa dapat jadi calon ?

Samy Vellu Muhyiddin, Muhyiddin Samy Vellu, Samy Muhyiddin, Muhyiddin Samy...

Tuesday, April 13, 2010

Lutfi menjalani 'bypass'

Prosedur Angioplasti jantung yang ketiga bagi Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman pada pagi Isnin 12 April 2010 tidak dapat dilakukan.

Difahamkan Lutfi perlu menjalani pembedahan jantung bypass dengan segera. Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan beliau dan kesabaran buat ahli keluarganya.

Semoga pembedahan tersebut berjalan lancar dan berjaya.

Lutfi turut juga mengucapkan jutaan teima kasih di atas doa, ingatan, dan segala bantuan dari semua pihak khususnya dari Harakah. - Detikdaily.

Monday, April 12, 2010

Malaysia pengeluar terbesar bayi dunia

Buang bayi sudah menjadi perkara biasa di Malaysia.

Berapa ramai yang 'termengandung' dan melahirkan bayi diambil tindakan undang-undang. Minta Jabatan Agama keluarkan statistik untuk kes-kes seperti ini yang terdiri dari penganut agama Islam.

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia pula melalui menterinya Shahrizat Jalil seolah-olah menggalakkan pelaku zina menghantar bayi kepada mereka.

Beliau juga ada pakej mesra. Ibu bayi akan diberikan kaunseling, bantuan kewangan, diberi perlindungan, dibekalkan vitamin, makan sehari enam kali dan bermacam-macam lagi.

Tindakan ? Tak pernah terbaca pun dalam pakej.

Adakalanya pakej ini tidak terdapat di rumah sendiri.

Mungkin lepas ini Malaysia boleh dikenali sebagai negara pengeluar terbesar bayi di dunia.

Esok bila orang bertanya, mirip siapa anak ini ?

Itu bukan soalnya.

Soalnya ialah anak 1Malaysia. Versi untuk diekspot pun ada ! Begitu ?

Saturday, April 10, 2010

CUEPACS : Minta pinjaman rumah turun pada dua peratus

KUALA LUMPUR 7 April - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan supaya mengurangkan kadar faedah pinjaman perumahan penjawat awam kepada dua peratus dari empat peratus sekarang.
Ia bagi diselaras dengan kadar pasaran semasa.

"Banyak bank kini mengenakan kadar yang kurang daripada empat peratus dan kerajaan patut mengambil langkah yang sama untuk menyelaras kadar berkenaan,” kata Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zin.

Beliau memberi alasan bahawa kadar empat peratus itu sudah lama diperkenalkan iaitu sejak awal 70-an.

"Oleh kerana sudah hampir 40 tahun, keadaan sudah berbeza maka penyesuaian perlu dilakukan,” katanya. - BERNAMA

Tuesday, April 6, 2010

MIC boleh tapi bukan G Palanivel di Hulu Selangor

Kumpulan UMNO di Hulu Selangor berkata, MIC boleh tanding di situ tetapi bukan calonnya bernama G.Palanivel.

Tentu Samy naik darah bila mendengar ini.

Kata Samy, Palanivellah yang terbaik sesudahnya. Puak UMNO buat tak faham-faham. Jangan biarkan Samy melenting.

Samy sudah bersedia untuk dikalahkan. Dia juga sudah tambat Subramaniam sebagai 'kambing hitam'.

UMNO pula tak mahu menggunakan Palani dan Samy sebagai batu loncatan untuk dimalukan oleh Pakatan Rakyat.

Aiyo Samy...

Saturday, April 3, 2010

Isu Zambry Kadir : Suara Keadilan tidak betul ?


Laporan Suara Keadilan tidak benar ?

Thursday, April 1, 2010

1Malaysia 2Darjat

Najib Tun Razak tidak tetap dengan pendiriannya. Sekejap dikatakan satu Malaysia, dan sekejap lagi katanya satu bangsa pun boleh didahulukan.

Bermakna slogan 1Malaysia yang dilaungkan kini sudah kembalikan kerajaan sekarang kepada apa yang pernah dimiliki kerajaan Pak Lah dan Perdana Menteri sebelum itu.

Tiada yang baru.
[ Kamus Dewan mendefinisikan 'darjat' bersamaan makna dengan martabat, pangkat, taraf, kedudukan, tingkat, peringkat, kelas sosial]

(Dari : Malaysian Mirror)